Ali Shamkhani Gesa EU Hentikan Pembunuhan Beramai-Ramai Di Yaman

  • News Code : 811470
  • Source : ABNA24
Brief

Setiausaha Majlis Keselamatan Tertinggi Iran (SNSC), Ali Shamkhani menyeru Kesatuan Eropah untuk bertindak dalam menamatkan pembunuhan warga Yaman yang dilakukan oleh rejim Riyadh sejak mereka memulakan kempen ketenteraan ke atas negara tersebut pada Mac 2015.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Majlis Keselamatan Tertinggi Iran (SNSC), Ali Shamkhani menyeru Kesatuan Eropah untuk bertindak dalam menamatkan pembunuhan warga Yaman yang dilakukan oleh rejim Riyadh sejak mereka memulakan kempen ketenteraan ke atas negara tersebut pada Mac 2015.

Menurut Shamkhani, campur tangan Kesatuan Eropah di dalam menghentikan pembunuhan ke atas warga Yaman oleh rejim Arab Saudi adalah sangat penting. Beliau berkata sedemikian di dalam pertemuan dengan Menteri Luar Luxembourg, Jean Asselborn di Tehran pada hari Isnin.

Pegawai Iran itu turut mengecam kegagalan sesetengah pihak untuk bertindak di dalam menghentikan jenayah Arab Saudi ke atas warga Yaman. Menurut beliau, Arab Saudi melakukan "pembunuhan beramai-ramai sambil memusnahkan sumber dan infrasruktur Yaman" di dalam operasi ketenteraan ke atas negara jirannya.

Shamkhani turut menyeru negara-negara Eropah untuk memainkan peranan "membina dan tidak bersifat berat sebelah" di dalam menangani punca masalah kepada krisis yang wujud di Iraq dan Syria. Perkara itu menurut Shamkhani mampu untuk menghalang keganasan daripada merebak ke negara-negara Barat sendiri.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram