Timur Tengah Islam bersama kebangkitan rakyat;

Berita sepanjang hari ke-62 kebangkitan rakyat Bahrain

  • News Code : 236939
  • Source : اختصاصی ابنا

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) – Perjuangan Revolusioner Bahrain menuntut hak-hak mereka yang sah dan menentang kezaliman kerajaan Al Khalifdah telah masuk hari ke-62.Beberapa berita sepanjang kelmarin adalah seperti berikut:Pukul 00:05 waktu Tehran- Laungan takbir bergema di seluruh negara.Penduduk kota dan desa seperti biasa melaungkan slogan takbir sebagai menegaskan bahawa perjuangan mereka dalam menuntut hak masih diteruskan.Pukul 00:25 waktu Tehran- Pengiriman fail-fail kekejaman Al Khalifah ke Mahkamah Antarabangsa.Mahkamah Antarabangsa telah menerima pendakwaan berhubung jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh raja Bahrain.Laporan tersebut telah mendaftarkan senarai kekejaman regim Al Khalifah seperti pembunuhan, penyeksaan, penangkapan dan penculikan warga Bahrain. Raja Hamad bin Isa al Khalifah dinamakan sebagai orang utama yang bertanggung jawab terhadap segala jenayah ini.Pukul 01:08 waktu Tehran- Pengikut mazhab Syiah Pakistan bersiap untuk demonstrasi.Anggota Majlis Wahdat-e-Muslimin Pakistan yang merupakan salah satu pertubuhan Syiah negara tersebut memaklumkan bahawa satu demonstrasi akan diadakan sempena memprotes pembakaran al-Quran dan membela warga Bahrain yang ditindas.Muhammad Mahdi dari salah satu pertubuhan Syiah Pakistan mengabarkan demonstrasi ini akan berlangsung pada hari ini yang bersamaan dengan 17 April.Beliau selaku anggota Majlis Wahdat-e-Muslimin Pakistan menerangkan tentang demonstrasi ini yang akan dilangsungkan di kota Karachi. Kata beliau, “Berbagai pertubuhan Syiah seperti ‘Ikatan Umat Ja’fari’, ‘Syura Ulama Syiah’, ‘Pertubuhan Mahasiswa Imamiyah Pakistan’, ‘Majlis Wahdat Muslimin’, ‘Persatuan Ulama Imamiyah’ dan beberapa pertubuhan yang lain turut memaklumkan penyertaan mereka”. Pukul 02:30 waktu Tehran- Cabaran terbesar untuk pemerintah Bahrain.Seorang anggota Pergerakan Keamanan dan Keadilan Bahrain menyatakan, “Mahkamah antarabangsa telah bersetuju mengadili raja Bahrain dengan tuduhan jenayah terhadap rakyatnya”. Beliau menyifatkan perkara ini sebagai cabaran besar untuk dihadapi oleh regim tersebut.Yasir Sha’igh berkata, “Kemungkinan pengadilan Syaikh Hamad bin Isa akan mengundang tekanan politik terhadap mahkamah antarabangsa”.Beliau menegaskan bahawa, “Regim Al Khalifah hingga ke hari ini telah banyak melakukan jenayah dan pencabulan hak asasi manusia seperti pembunuhan beramai-ramai, penangkapan dan penyeksaan penunjuk perasaan yang ingin mendapatkan hak mereka melalui jalan aman”.Anggota Keamanan dan Keadilan Bahrain menyatakan kebimbangan terhadap penerusan jenayah regim Bahrain sebagai, “Kemungkinan serangan dan pembunuhan di Bahrain akan menjadi lebih parah sempena ulang tahun Syahadah Fahtimah Az-Zahra ini”.Beliau turut meminta masyarakat antarabangsa membuka mata tentang jenayah ini. Pukul 8:46 waktu Tehran- Rakyat Bahrain memberi tentangan terhadap Al Saud dan Al Khalifah.Penduduk dari berbagai kota di Bahrain kelmarin telah melangsungkan demonstrasi besar dengan slogan ‘Memecahkan Kepungan’.Penduduk di wilayah al-Diraz berhampiran Manama kelmarin turut memenuhi jalan untuk berdemonstrasi. Mereka menyatakan kecaman terhadap serangan polis terhadap orang awam serta mengutuk campur tangan Saudi dalam membubarkan demonstrasi aman. Demonstrasi ini berlangsung ketika pihak polis sudah menempati ramai anggotanya di kota tersebut.Pukul 10:15 waktu Tehran- Penangkapan pemain bola di Bahrain.Zulfiqar Naji Abdul Amir, pemain bolasepak Iraq telah ditangkap. Alasan penangkapan beliau tidak dinyatakan namun ada pendapat mengatakan beliau pernah menyertai demonstrasi aman rakyat negara ini di Bulatan Lu’lu’. Penangkapan Naji Abdul Amir telah dimaklumkan kepada keluarganya.Pukul 10:52 waktu Tehran- Perarakan jenazah Allamah Alawi al-Gharifi.Jenazah ulama besar Lubnan Allamah Alawi al-Gharifi telah selamat dipusarakan berhampiran kubur anaknya Sayid Ahmad al-Gharifi di pinggir kota Manama.Allamah Alawi al-Ghafari merupakan seorang ulama terkenal di Bahrain. Pukul 11:23 waktu Tehran- Demonstrasi besar berlangsung.Para revolusioner dengan beraninya melangsungkan demonstrasi aman tanpa memperdulikan tindakan dan ancaman daripada pihak polis kelmarin.Pukul 12:00 waktu Tehran- Revolusi warga Bahrain tidak akan mendapat sokongan dari Barat.Bekas duta Russia di Bahrain mengatakan, “Wujudnya hubungan politik dan ketenteraan yang kuat antara Amerika dan Bahrain menyebabkan revolusi rakyat negara ini tidak mendapat sokongan Barat sepertimana sokongan terhadap Mesir dan Libya”. Pukul 13:02 waktu Tehran- Permintaan seorang ulama Sunni Bahrain.Abdul Latif Mahmud, ulama Sunni Bahrain dan Imam Jumaat Masjid Aisyah meminta regim Bahrain menyiasat secara adil tentang kematian tahanan yang diseksa.Permintaan ini dilihat sebagai menentang pemerintah Bahrain.Pukul 13:30 waktu Tehran- Perempuan ke-dua gugur dalam perjuangan revolusi Bahrian. Jawahir Abdul Amir yang ditangkap dalam serbuan ke atas sebuah universiti di Bahrain telah meninggal dunia pagi kelmarin.Dengan ini angka kematian dalam konflik ini telah meningkat menjadi 31 orang.Pukul 14:49 waktu Tehran- Ulama Bahrain umum majlis hari kewafatan Fatimah.Ketika regim Bahrain berusaha menghalang atucara majlis kewafatan Fatimah, ulama terkenal negara ini mengumumkan kelangsungan majlis tersebut dengan tema “Wahdah Islami”.Kementerian Keselamatan Bahrain pada hari Khamis lalu memaklumkan kepada semua pemimpin Husainiyah larangan mengadakan majlis kewafatan Fatimah di jalan-jalan.Seorang ulama Bahrain pula mengistiharkan, “Sempena hari kewafatan Fathimah yang sudah hampir menjelang, seluruh lapisan masyarakat diundang menyertai majlis tersebut”.Ulama tersebut menerangkan, “Hendaklah kita menjaga Syi’ar Wahdah Islami dan menjauhkan diri dari fitnah Mazhab dalam majlis tahun ini”. Marji’ besar Syiah Bahrain Ayatullah Syaikh Isa Qasim dan Ayatullah Sayid Jawad al-Wida’i, Sayid Abdullah al-Gharifi, Syaikh Abdul Husain al-Sitri dan Syaikh Muhammad Soleh al-Rabi’i telah menandatangani pernyataan ini.Pukul 16:26 waktu Tehran- Protes rasmi Iran terhadap pengiriman polis Pakistan ke Bahrain.Surat Khabar Islamabad menulis, Kementerian Luar Iran telah mengeluarkan protes rasminya kepada kerajaan Pakistan tentang pengiriman pasukan polis untuk menyuraikan kebangkitan rakyat Bahrain.Surat khabar dalam bahasa Inggeris tersebut menyatakan, Tehran merasa tidak senang dengan keputusan Islamabad membantu Bahrain dan Saudi untuk menindas pendukung demokrasi.Pukul 17:00 waktu Tehran- Satu lagi mogok lapar.Keadaan Zainab al-Khawajah sudah semakin lemah dan telah dipindahkan ke hospital. Menurut laporan terbaru, seorang lagi anak perempuan Abdul Hadi al-Khawajah bernama Maryam kelmarin mengistiharkan mogok laparnya untuk memprotes penangkapan ayahnya.

Download FILES


کنگره جریان‏های تکفیری