Akhtari;

Kebangkitan Arab diilhamkan oleh Revolusi Islam Iran 1979.

  • News Code : 264765
  • Source : TNA
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Setiausaha Agung Majma' Ahlul Bait mendedahkan peranan Revolusi Islam Iran dalam kebangkitan Arab baru-baru ini.

Hujjatul Islam Wal Muslimin Hasan Akhtari berkata demikian di hadapan konsultan kebudayaan Iran ke negara-negara lain, sambil menekankan kepentingan peranan revolusi Islam Iran dalam gerakan kebangkitan di beberapa negara Islam baru-baru ini.

"Republik Islam Iran menyebarkan kebangkitan Islam dengan berkesan", kata ulama tersebut meskipun terdapat pihak yang tidak menerima fakta ini.

Akhtari mengatakan "Ada beberapa kumpulan yang cuba memburukkan peranan Revolusi Islam Iran yang mengembangkan kebangkitan Islam dalam gerakan umat di beberapa negara Islam".

"Kita harus sedar dan tidak mempercayai dakwaan tersebut, sudah berapa kali mereka cuba menutup dan menyembunyikan fakta ini.

"Kuasa gerakan gergasi Islam akan berpindah ke negara-negara lain", ujar beliau.

Selain itu beliau menyatakan salah satu faktor utama kemenangan revolusi Islam Iran ialah peristiwa 17 Shahrivar (8 September 1978) dan ianya telah memudarkan warna-warna regim Pahlavi (peristiwa Jumaat berdarah apabila ratusan rakyat Iran dibunuh oleh pasukan polis regim Pahlavi, di Medan Syuhada dan beberapa wilayah lain).

کنگره جریان‏های تکفیری