Ribuan warga Iran berarak menyokong Bahrain.

  • News Code : 265495
  • Source : IRNA, PressTV
Ribuan warga Iran berkumpul untuk menyatakan sokongan terhadap tuntutan mengakhiri pemerintahan Al Khalifah di Teluk Parsi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Penunjuk perasaan memenuhi jalan-jalan di Tehran setelah solat Jumaat bagi memprotes kezaliman regim Al-Khalifah dalam menyuraikan demonstrasi. Rakyat Iran melaung-laungkan slogan anti regim Bahrain dan Amerika menurut laporan Agensi Berita Iran (IRNA).

Penunjuk perasaan turut membawa berbagai sepanduk yang tertera kecaman terhadap kuasa angkuh dunia dan talibarutnya di rantau tersebut. Mereka turut menyatakan kemarahan terhadap penempatan tentera Saudi di Bahrain sejak 13 Mac lalu untuk menumpaskan demonstrasi aman.

Regim Al Khalifah dikritik setelah pasukan keselamatannya yang disokong oleh kerajaan Saudi membunuh remaja berusia 14 tahun, Ali Jawad di penghujung bulan Ogos lalu dan menangkap ulama, Sayid Mohammad Al-Alawi serta Sheikh Abdul Adim al-Mohtadi di Manama.

Jawad dibunuh setelah tiga hari raja Bahrain Hamad bin Isa Al-Khalifah muncul di kaca televisyen dengan mengumumkan hasrat beliau memberi pengampunan kepada penunjuk perasaan yang telah ditangkap sejak kebangkitan rakyat pada pertengahan Februari. Di samping itu beliau turut berjanji untuk membaik pulih peluang pekerjaan dan pengambilan pelajar buat yang mereka yang disingkirkan akibat menyertai demonstrasi anti regim.

Ucapan itu serta merta diiringi protes rakyat Bahrain yang menganggap pengampunan tersebut sebagai penghinaan terhadap ratusan aktivis politik yang masih ditahan di penjara regim atas tuduhan menentang pemerintahan Al-Khalifah yang didukung oleh Saudi-AS.

Pada Jumaat lalu, ribuan penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di Manama dengan menekankan tuntutan pengunduran regim dari singgahsana pemerintahan.

Perarakan tersebut digelar 'Demonstrasi Jumaat' dan dianjurkan oleh parti pembangkang terbesar, Al-Wefaq sambil menegaskan penunjuk perasaan tidak akan berundur dari tuntutan mereka.

Protes ini dianjurkan sejurus selepas ulama senior Bahrain, Syeikh Isa Qassim berkata, bahawa tindakan keras keras kerajaan terhadap penunjuk perasaan anti-rejim telah mengukuhkan keazaman mereka berjuang untuk hak-hak mereka dan penggunaan taktik ancaman oleh pihak kerajaan gagal mendiamkan rakyat Bahrain.

کنگره جریان‏های تکفیری