Reaksi terhadap firnah Wahabi;

Tabasi: Huzaifi ingkar sunnah nabi dan terkeluar dari Islam

  • News Code : 271583
  • Source : اختصاصی ابنا
Al-Huzaifi perlu mengetahui, menurut fatwa ulama Ahlusunnah, menghina anak cucu nabi di atas minbar masjid Nabawi tanpa hak secara jelas mengingkari Rasulullah dan terkeluar dari Islam. - Hujjatul Islam Wal Muslimin Tabasi berkata.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Hujjatul Islam Wal Muslimin Najmuddin Tabasi menunjukkan reaksinya terhadap publisiti murahan Imam solat Jumaat Madinah dengan mengatakan, "Al-Huzaifi yang bersikap lancang terhadap anak cucu Nabi tanpa hak di atas minbar baginda perlu tahu, bahawa menurut fatwa Ahlusunnah ianya jelas mengingkari sunnah Rasul dan terkeluar dari Islam".

Beliau menjelaskan demikian pada hari sabtu lalu dalam wawancara dengan wartawa ABNA. Katanya, "Sebagaimana Al-Quran menjelaskan: "و اذا خاطبهم الجاهلون قالوا سلاما" (dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat). Penghinaan Al-Huzaifi lebih kecil berbanding para marji', ulama Syiah atau hawzah ilmiyah".

Ustaz Aqidah ini menerangkan kedudukan minbar Nabi lebih tinggi dari manusia hina seperti Huzaifi yang mendudukinya. Beliau menambah, "Meletakkan beliau di atas pentas Masjid Nabawi, penghinaan beliau ke atas Imam Mahdi dan simbol suci Islam yang lain bukanlah hal yang baru kerana orang-orang yang terdahulu sebelumnya di atas pentas yang sama telah menghina Ali bin Abi Talib.

"Marwan Hakam, Hajjaj Thaqafi, Busr bin Arthah, Musrif bin Uqbah, Khalid bin Abdullah Al-Qashri, Mughirah bin Shu'bah dan puluhan orang yang sama seperti individu ini adalah golongan terdahulu sebelum Huzaifi di mana di atas mereka menghina kesucian Ahlul Bait di atas minbar".
کنگره جریان‏های تکفیری