Gambar mayat pengganas Wahabi terputus dua (+16)

  • News Code : 277360
  • Source : ABNA.ir
Pemimpin pengganas Wahabi Pakistan terus melatih ramai anak muda dengan menawarkan habuan syurga di samping Nabi Muhammad (s.a.w) buat mereka yang berjaya membunuh 7 orang Syiah. Gambar mayat yang dipaparkan di bawah ini adalah salah seorang penyerang bunuh diri dari kumpulan pengganas Lashkar-e-Jhangvi (sayap kumpulan pengganas Sepah-e-Sahabah). Pengganas ini cuba menyerang Husainiyyah Imam Muhammad Al-Baqir di Quetta, Pakistan. Malangnya bom yang diikat di pinggangnya meletup lebih awal sebelum waktunya sehingga mengakibatkan badan dan tangannya terputus.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pada hari sabtu lalu salah seorang pengganas dari kumpulan Lashkar-e-Jhangvi(sayap kumpulan pengganas Sepah-e-Sahabah) gagal meletupkan Husainiyyah Imam Muhammad Al-Baqir di Quetta, Pakistan.Pengganas ini cuba menyeberangi sebatang sungai yang kering kontang berhampiran jalan Kurrani dan menuju ke arah Husainiyyah tersebut. Hasratnya ini tidak tercapai apabila bom yang diikat dipinggangnya meledak sebelum waktu sasaran. Anggota pengganas Lashkar-e-Jhangvi ini mati dalam keadaan yang ngeri di mana badan dan kedua tangannya terputus.

کنگره جریان‏های تکفیری