Dokumen bersejarah berusia 172 tahun bukti kesatuan ulama Sunni dan Syiah di Iraq

  • News Code : 733784
  • Source : ABNA24.com
Brief

Najaf: Yayasan Darul Turas di Najaf mempamerkan sebuah dokumen lama tentang kesatuan ulama Sunni dan Syiah di Iraq.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Yayasan Darul Turas yang berpusat di Najaf mempamerkan dokumen bersejarah yang telah disimpan selama 172 tahun untuk tatapan masyarakat.

Dokumen tersebut mengandungi tandatangan kesefahaman dan kesatuan di antara ulama Sunni dan Syiah di Iraq yang menyumbang ke arah kehidupan harmoni sesama umat Islam.

Pengarah Perhubungan Awam dan Media yayasan tersebut, Hasan al-A’sam berkata, dokumen tersebut ditandatangani para ulama Sunni dan Syiah pada tahun 1844 Masihi yang bertepatan dengan 1260 Hijrah dalam satu persidangan “Ikatan konfrontasi bagi menghadapi Atheism dan Takfiri.

Menurut beliau lagi, dokumen ini sangat penting sebagai bukti semangat perpaduan umat Islam yang menganjurkan kehidupan harmoni dalam sebuah masyarakat.

“Kerja-kerja mencetak dokumen bersejarah tersebut yang berukuran 70 cm lebar dan 100 cm lebar telah berjaya. Yayasan juga sedang berusaha mengatur kembali huruf dokumen tersebut bagi memudahkan pembacaan dan melihat nama-nama ulama yang menandatanganinya,” tutur beliau.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram