Syarikat-Syarikat Jerman Tunjuk MInat Labur USD 12 Bilion Di Iran

  • News Code : 807059
  • Source : ABNA24
Brief

Beberapa syarikat minyak dan petrokimia utama dari Jerman telah menyatakan hasrat mereka untuk melabur di sektor minyak Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Beberapa syarikat minyak dan petrokimia utama dari Jerman telah menyatakan hasrat mereka untuk melabur di sektor minyak Iran.

Syarikat-syarikat itusebelum ini telah menyatakan kesediaan mereka untuk melabur sebanyak USD 12 bilion di Iran secara keseluruhan.

BASF sahaja telah menawarkan untuk melabur sebanyak USD 6 bilion di dalam sebuah projek membina fasiliti petrokimia di bahagian selatan Iran.

Pengarah urusan syarikat itu merupakan salah seorang daripada delegasi rasmi yang melawat Iran pada tahun 2016. Delegasi itu diketuai oleh Menteri Ekonomi Jerman, Sigmar Gabriel.

Para pegawai Iran juga telah menganjurkan beberapa perjumpaan dengan syarikat-syarikat Jerman pada tahun lepas.

Sejak perjanjian nuklear 5+1 dikuatkuasakan di antara Iran dan 6 buah kuasa besar, timbul minat mendalam di kalangan pelabur asing untuk meneroka pelaburan baharu di Iran.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram