Sekatan Imigresen A.S Tidak Ditujukan Kepada Islam: Menteri Luar UAE

  • News Code : 808826
  • Source : ABNA24
Brief

Menteri Luar UAE mempertahankan sekatan imigresen yang diperkenalkan oleh Presiden Donald Trump sebelum ini sambil menegaskan bahawa tindakan itu tidak bersifat anti-Islam. Sekatan itu melarang warga negara kepada 7 negara Islam daripada memasuki A.S.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar UAE mempertahankan sekatan imigresen yang diperkenalkan oleh Presiden Donald Trump sebelum ini sambil menegaskan bahawa tindakan itu tidak bersifat anti-Islam. Sekatan itu melarang warga negara kepada 7 negara Islam daripada memasuki A.S.

"Amerika Syarikat telah mengambil keputusan yang tertakluk di bawah kedaulatan Amerika sendiri," kata Syeikh Abdullah bin Zayed Al-Nahyan di dalam sebuah sidang akhbar bersama dengan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov di Abu Dhabi pada hari Rabu.

Menteri Luar UAE itu berkata larangan, yang telah mencetuskan protes di dalam A.S sendiri dan kritikan komuniti antarabangsa termasuk beberapa negara Eropah dan Islam, sebagai sebuah urusan dalaman negara Amerika Syarikat.

Menteri itu turut mengatakan adalah salah untuk menuduh tindakan itu ditujukan kepada penganut agama tertentu.

Pada hari Jumaat lepas, Presiden Trump telah menandatangani sebuah arahan eksekutif yang mengenakan sekatan selama 90 hari kepada rakyat dari beberapa negara Islam daripada memasuki A.S. Arahan itu turut melarang kemasukan pelarian dari Syria. Trump mendakwa langkah itu perlu untuk mengelakkan bahaya keganasan yang dibawa oleh 'Islam radikal'.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

conference-abu-talib
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky