Hasil usaha Yayasan Penyelidikan Amin;

Buku “Teori Pengetahuan” karya Syahid Mutahhari diterbitkan di Malaysia

  • News Code : 318366
  • Source : MEHR NEWS AGENCY
Yayasan Penyelidikan Amin berjaya menerbitkan terjemahan karya Mutahhari berjudul ‘Theory of Knowledge’ dalam bahasa Inggeris di Malaysia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sebuah buku karya As-Syahid Murtadha Mutahhari berjaya diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan diterbitkan di Malaysia dengan judul ‘Theory of Knowledge’.

Menurut penulis asal, pengetahuan merupakan sebuah masalah falsafah yang penting dan telah lama diberi perhatian oleh para cendiakawan sehingga saban hari kepentingannya menjadi bertambah meluas. Ini disebabkan seluruh perbahasan falsafah kemasyarakatan dan berbagai ajaran yang meluas hari ini, termasuklah yang memberi pengaruh kepada masyarakat manusiawi berasaskan tafsir dan analisa tentang insan, kewujudan dan lain-lain lagi.

Penulis berkeyakinan bahawa setiap ajaran di dunia dapat dikenal dengan metodologinya yang tersendiri. Tidak mungkin semua pengiktirafan dan pengetahuan adalah sahih. Oleh itu sebagai ganti perbahasan tentang bagaimanakah dunia ini bermula, kita hendaklah mengenal perbahasan yang lalu selain mengenali pengetahuan yang sahih, kesalahannya, neraca timbangan untuk mengenalpasti perkara ini, sumber-sumbernya dan persediaan untuk mengenalinya.

Buku ini membahaskan secara terperinci tentang ‘kemungkinan pengetahuan’, ‘keperluan-keperluan pengetahuan’, ‘sumber-sumber pengetahuan’, ‘langkah-langkan dan tahap-tahap pengetahuan’, ‘mekanisma kesimpulan am pengetahuan deria’, ‘pengetahuan tanda-tanda’, ‘mentaliti bawah sedar’, ‘pengenalan petanda pengenalan hakiki’, ‘analsia hakikat logik terhadap perkara penting ini’.

Download FILES


کنگره جریان‏های تکفیری