Remaja Kanada Peluk Islam Di Makam Imam Ridha

  • News Code : 801394
  • Source : ABNA24
Brief

Seorang remaja Kanada telah memeluk agama suci Islam ketika kali pertama melawat makam Imam Ridha yang terletak di Mashhad, Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang remaja Kanada telah memeluk agama suci Islam ketika kali pertama melawat makam Imam Ridha yang terletak di Mashhad, Iran.

Jonathan Clark yang berasal dari Kanada mengucapkan dua kalimah syahadah di makam tersebut dan memilih nama Muhammad sebagai nama baharunya.

"Akhlak, perilaku dan tata cara rakan sekelas saya yang berasal dari Iran menakjubkan saya. Apabila ditanya tentang agamanya, dia menjawab bahawa dia adalah seorang Muslim. Dari situ saya mengambil keputusan untuk mempelajari berkaitan ajaran agama Islam kerana perkara itu kedengaran menarik buat saya," katanya ketika berbicara tentang pengalamannya dengan agama tersebut.

"Dia (rakan dari Iran) mengatakan al-Quran adalah kitab sucinya. Jadi saya mula membacanya secara teliti. Kemudian saya mendapati bahawa kitab itu bercerita berkenaan setiap perkara dengan fasih. Akhirnya saya membuat keputusan untuk mempelajari kitab-kitab agama Islam yang lain," tambahnya lagi.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram