Syiah Nigeria dibakar tentera kerajaan (+18)

  • News Code : 733677
  • Source : ABNA24.com
Jasad pengikut mazhab Syiah dibakar dalam serangan tentera Nigeria pada Disember tahun lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sebuah klip video yang berkaitan dengan serangan tentera kerajaan terhadap Husainiyah Baqiyatullah, Zaria, Utara Nigeria pada 13 Disember lalu tersebar dengan memaparkan jasad-jasad pengikut mazhab sejurus selepas insiden.

Klip video yang bertempoh 2 minit 13 saat ini menunjukkan jasad-jasad pengikut mazhab Syiah telah dibakar dan bergelimpangan di sekitar kompleks Husainiyah tersebut.

Media tempatan dan antarabangsa cuba menutup berita ini dengan tujuan memberi laluan laporan palsu bahawa pengikut mazhab Syiah yang mengikuti ceramah Sheikh Ibrahim Zakzaki menghalang pergerakan tentera di kawasan terbabit sehingga tercetus pertumpahan darah.

Dalam masa yang sama, para saksi melaporkan tentera sudah menyerbu rumah Sheikh Ibrahim dan melanjutkan serangan ke atas Husainiyah itu. Selain itu, tentera Nigeria yang bertindak ganas terhadap orang awam dari kalangan Syiah itu tidak melancarkan operasi besar-besaran terhadap pengganas Boko Haram yang aktif melakukan aktiviti keganasan di negara terbabit.

Pihak tentera juga telah menyerang perarakan Hari al-Quds sedunia yang diadakan pada tahun lalu sehingga 24 orang awam terbunuh dan 50 yang lain cedera, di mana 3 orang daripadanya adalah anak Sheikh Ibrahim sendiri.

Menurut penganalisa politik, badan hak asasi manusia di peringkat antarabangsa dilihat terus membisukan suara masing-masing bagi mewajarkan perbuatan jenayah ini.


.................


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky