Mahkamah Nigeria Arahkan Pembebasan Segera Zakzaky

  • News Code : 795747
  • Source : Press TV
Brief

Sebuah mahkamah Nigeria telah memutuskan bahawa Pengerusi Pergerakan Islam Nigeria, Syeikh Ibrahim Zakzaky perlu dibebaskan segera tanpa sebarang syarat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah mahkamah Nigeria telah memutuskan bahawa Pengerusi Pergerakan Islam Nigeria, Syeikh Ibrahim Zakzaky perlu dibebaskan segera tanpa sebarang syarat.

Mahkamah Tinggi Persekutuan Nigeria di Abuja pada hari Jumaat juga menentukan bahawa isteri aktivis tersebut, Zeenat perlu dibebaskan dengan syarat yang sama.

Hakim Gabriel Kolawole berkata bahawa mahkamah telah mencapai kesimpulan bahawa cendiakawan Syiah dan isterinya itu telah ditahan tanpa kerelaan sekaligus merampas hak mereka untuk bebas.

Hakim turut menyatakan bahawa beliau telah mengarahkan pihak terlibat untuk segera membebaskan kedua-dua mereka. Beliau juga memberi masa selama 45 hari kepada pihak berkuasa untuk menyediakan penempatan untuk Zakzaky dan keluarganya. Penempatan itu harus terletak di bandar Zaria, Kaduna di mana keluarga itu ditahan atau di mana-mana kawasan di negeri tersebut atau di mana-mana bahagian utara Nigeria sendiri.

Hakim juga mengarahkan Perkhidmatan Keselamatan Negeri untuk membayar pampasan sebanyak $78984 kepada Zakzaky dan isterinya di atas pencabulan hak asasi mereka.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky