Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Isnin

1 November 2021

6:58:15 PTG
1194479

Ayatollah Ramezani kunjungi di makam Allahyarham Allameh "Seyyed Jafar Morteza Al-Ameli" + Foto

Setiausaha Agung Majma' Ahlul Bait (a.s) menziarahi makam "Sayyid Ja'far Morteza" dan bertemu dengan abang dan dua anaknya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatollah "Reza Ramezani", Setiausaha Agung Majma' Ahlul Bait (a.s) bersama delegasi ke Lubnan, menziarahi makam Allamah Sayyid Jafar Morteza Al-Ameli.



Peserta rombongan membaca al-Fatihah dan berselawat di sebelah makam Allahyarham sambil memohon dilimpahkan rahmat.   

Ayatollah Ramezani juga bertemu dengan Hojjat al-Islam wal-Muslimin "Sayyid Morteza Morteza al-Ameli", ahli Majlis Tertinggi Majma' Ahlul Bait (a.s) dan abang kepada Allahyarham Sayyid Ja'far Morteza.

Sambil berbincang mereka bertukaran pandangan mengenai aktiviti budaya dan dakwah Ayatollah Seyyed Morteza Morteza di Kenya, Mozambique dan Afrika Timur pada masa lalu dan sekarang yang merupakan salah satu bahagian pertemuan itu.

Setiausaha Agung Majma' Ahlul Bait (a.s) turut bertemu dan berbincang dengan dua anak Allahyarham Seyyed Ja'far Morteza bernama Hujjatulislam  "Seyyed Ali Ja'far al-Ameli", dan Hujjatulislam "Seyyed Reza Ja'far al-Ameli".

Ayatollah Ramezani turut melawat tapak perpustakaan yang sedang dalam pembinaan bersebelahan makam Seyyed Jafar Morteza.

Selepas bangunan tersebut siap, perpustakaan ini akan disokong oleh penerbitan Majma' Ahlul Bait (a.s) dan penerbitan ini akan menyokong perpustakaan ini dengan menghantar karya-karya Majma dalam berbagai bahasa.