Isu Mahdawiyat;

Ucapan Ayatullah Khemenei tentang penantian dan pengakuan

  • News Code : 379512
  • Source : khamenei.ir
Hendaklah kita bersungguh-sungguh menghindari kerja-kerja orang biasa dan jahil. Antara contoh sesuatu yang boleh mengundang bahaya besar ialah tidak bergantung dengan sumber dan bukti dalam masalah yang berkaitan dengan Imam Zaman. Inilah latar belakang yang disediakan oleh para pengaku dan pendusta.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Sayid Ali Khamenei memberikan penerangan makna penantian Imam Mahdi dan berpesan untuk menghindari pekerjaan yang tidak standard dalam penyebaran propaganda atau pengakuan tentang Imam Mahdi. Pesanan Ayatullah Sayid Ali Khamenei ini dirakam pada 5 Julai 2011 kepada para ustaz dan pakar Mahdawiyat. Petikan ucapan beliau adalah seperti berikut: "Mengenai masalah Mahdawiyat pada hari ini, ada relevannya jika penerangan diberikan tentang Mahdawiyat sempena menjelang pertengahan Syaban dan hari besar dalam Islam - bahkan manusia -. Betapa perlunya kita berikan penjelasan, di mana masalah Mahdawiyat dihitung sebagai masalah prinsip dalam kitaran makrifat tertinggi agama; Kepentingan masalah mahdawiyat hendaklah diketahui sampai ke tahap ini. Mengapa? Ini disebabkan apa yang diberitakan oleh Mahdawiyat ialah sesuatu yang sampai ke tahap seluruh nabi didatangkan dan diutuskan. Ianya membentuk dunia ketauhidan, membangunkan dan menumpukan perhatian terhadap asas keadilan, dengan menggunakan seluruh keupayaan yang mana Allah (s.w.t) telah wujudkannya dan meletakkannya dalam diri insan. Sesungguhnya zaman kezuhuran Imam Mahdi merupakan zaman komuniti tauhid, kepimpinan tauhid, kepimpinan hakikat untuk moral, serta agama dalam segenap penjuru kehidupan manusia, serta zaman perletakan "keadilan" yang meliputi semua makna adil yang sempurna dan menyeluruh.Beberapa kali kita nyatakan bahawa di dalam zaman Imam Mahdi, semua gerakan yang dilaksanakan oleh insan di bawah naungan ajaran para nabi sepanjang perjalanan kurun, mereka akan bergerak berlandaskan jalan yang luas dan berkesinambungan, menuju ke arah keluhuran. Sebagaimana sekumpulan jemaah manusia di gunung ganang, terdapat kesukaran di tengah jalan, mereka berpandukan pedoman-pedoman dan bimbingan orang yang sama-sama bergerak seperti itu sehingga diri mereka sampai ke jalan yang sebenar. Ketika sampai ke perjalanan yang asli, maka jalan itu terbuka dan Siratul Mustaqim turut menjadi jelas; pergerakan di sana menjadi senang dan mudah. Apabila sampai di perjalanan yang sebenar tidak boleh berhenti lagi, bahkan hendaklah memulakan haluan ke arah matlamat keluhuran ilahiyah; ini disebabkan kemampuan insan merupakan sebuah kapasiti yang tidak akan habis. Sepanjang kurun ini, manusia bergerak di jalan-jalan yang kasar, sukar, bersimpang siur, berhadapan dengan berbagai rintangan, meletihkan, dan melukakan kaki sehingga sampai ke perjalanan asli. Jalan asli ini adalah zaman kezuhuran; iaitu dunia zaman kezuhuran yang boleh dikatakan sebagai gerakan manusia ke arah satu makna bermula dari era tersebut.Jikalau tidak ada Mahdawiyat, ini bermakna tidak ada faedah lagi semua usaha para nabi, seruan, kebangkitan, dan susah payah mereka. Kerana itu masalah Mahdawiyat merupakan masalah asasi; iaitu salah satu juzuk daripada masalah asli makrifat Ilahi. Oleh itu menurut apa yang sampai kepada kita, dalam semua agama-agama Ilahi mempunyai suatu intisari dan makna hakiki yang hampir mirip dengan Mahdawiyat ini. Namun semuanya dalam bentuk sesat, misteri dan tanpa penjelasan apa yang diingini oleh perbicaraannya sebagaimana yang terjadi dalam Mahdawiyat di dalam Islam, dan ianya tidak terhad pada Syiah sahaja. Setiap mazhab dalam Islam menerima tafsiran bahawa akan tertegak sebuah kerajaan yang benar dan adil di alam semesta melalui Imam Mahdi.  Banyak riwayat muktabar dari berbagai jalan dalam berbagai mazhab telah menukilkan hadis daripada Nabi (s.a.w). Tidak ada penolakan lagi tentangnya. Sedangkan keistimewaan Syiah ialah masalah Mahdawiyat bukanlah suatu yang dapat diragu-ragukan; bukan juga sebuah masalah rumit sehingga tidak dapat difahami; ianya sebuah masalah yang jelas, hakikatnya jelas yang mana hakikat ini kita mengenalinya. Kita tahu ciri-ciri, nenek moyang, keluarga, kelahiran, perinciannya. Makrifat tentang ini tidak hanya pada riwayat Syiah semata-mata; bahkan terdapat juga hadis-hadis dari jalan bukan Syiah yang mana ianya mencerahkan lagi makrifat ini. Mereka yang berada di dalam mazhab-mazhab lain hendaklah memahami dan meneliti sehingga hakikat ini menjadi jelas. Oleh itu kepentingan masalah ini mempunyai sebuah peringkat, dan kita memerhatikannya melebihi daripada yang lain, iaitu tindakan kajian ilmiyah dan penelitian.Masalah penantian juga tidak lekang daripada hal ehwal Mahdawiyat, dari sini kata kunci asli pemahaman agama, pergerakan asasi, global dan kemasyarakan umat Islam adalah menuju ke arah keluhuran Islam; Penantian adalah taraqqab (menunggu) iaitu menunggu sebuah hakikat dengan persiapan yang benar-benar muktamad; inilah dia penantian; apa lagi yang dinantikan itu adalah sebuah kewujudan yang hidup dan hadir; masalah ini sangatlah penting. Bukannya dikatakan seseorang itu bakal lahir dan akan wujud; tidak. Ini berkenaan orang yang sudah ada, wujud, hadir di kalangan manusia. Ada riwayat bahawa orang ramai melihatnya sebagaimana beliau melihat mereka. Sebahagian riwayat menyamakannya dengan Nabi Yusuf sehingga menganggapnya sebagai saudara Yusuf, yang berada dikalangan dan disamping mereka, berjalan di atas permaidani, cuma mereka sahaja yang tidak mengenalinya. Penantian ini memerlukan kabarnya. Umat Islam memerlukan jalan yang lebih baik. Penantian ini berada pada tanggung jawab insan. Ketika insan berkeyakinan bahawa ini semua ada pada masa depan; sebagaimana di dalam ayat al-Quran: { وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِى الزبور مِن بَعْدِ الذكر أَنَّ الأرض يَرِثُهَا عِبَادِىَ الصالحون } [ الأنبياء : 105 ]Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".Maka orang yang ahli ubudiyyah (perhambaan) kepada Allah mengerti, mereka hendaklah mempersiapkan diri, mereka hendaklah menunggu dan berjaga-jaga. Kelaziman dalam penantian ialah persiapan diri. Kita tahu sebuah peristiwa besar akan terjadi dan kita sentiasa menantinya. Tidak boleh hanya menyatakan masih ada jangka masa dan beberapa tahun lagi untuk berlaku peristiwa ini, tidak boleh hanya mengatakan bahawa peristiwa ini sudah dekat, hendaklah sentiasa berjaga-jaga dan menanti. Penantian seorang insan memerlukan pendekatan format, bentuk, keadaan dan jiwa seperti itu. Inilah kelaziman sebuah penantian. Apabila zaman al-Muntazar itu penuh keadilan, memang benar-benar ada, wujud keikhlasan, perhambaan kepada tuhan - berada di dalam diri - maka kita pun menantinya. Kita hendaklah mendekatkan diri kepada perkara ini, kita hendaklah mengenali keadilan, bersiap-siap untuk keadilan dan sedia menerima kebenaran. Penantian merupakan sebuah situasi seperti ini.Salah satu ciri-ciri yang termasuk ke dalam hakikat penantian ialah manusia tidak perlu merasakan cukup dengan keadaan dan kemajuan yang ada. Hendaklah kemajuan, kajian terhadap hakikat ini, kualiti maknawiyah dan ketuhanan dalam diri serta masyarakat  dikaji setiap hari. Ini semua adalah kelaziman buat sebuah penantian.Alhamdulillah, hari ini mereka yang bergiat secara standard dalam masalah penantian, adalah sepertimana di dalam laporan-laporan daripada Agha Qiraati, saya juga telah membaca laporan tersebut sebelum ini. Kita tidak boleh leka terhadap kerja-kerja berstandard yang disertai dengan ketelitian dalam masalaah penantian dan zaman kezuhuran. Hendaklah kita bersungguh-sungguh menghindari kerja-kerja orang biasa dan jahil. Antara contoh sesuatu yang boleh mengundang bahaya besar ialah tidak bergantung dengan sumber dan bukti dalam masalah yang berkaitan dengan Imam Zaman. Inilah latar belakang yang disediakan oleh para pengaku dan pendusta. Kerja-kerja yang tidak bijak, tidak bersanad, tidak bergantung dengan sumber-sumber dan bukti muktabar, mempergunakan fantasi dan keraguan; ini semua menjauhkan orang ramai dari hakikat penantian. Ia sedang menyiapkan latar untuk golongan yang membuat pengakuan dusta dan Dajjal; Bersungguh-sungguhlah menghindarinya.Sepanjang sejarah para pengaku, sebahagian pengaku juga menegaskan perkara ini sekarang, mereka cuba memakaikan sebuah tanda terhadap dirinya sendiri atau kepada individu lain; semua ini tidak benar. Tidak sepatutnya bersandar dengan sesuatu yang tidak ada di dalam hadis muktabar atau riwayat yang dhaif. Apa yang dapat disandar sekalipun belum tentu dapat dihubungkaitkan dengan mudah. Saya sendiri pernah melihat beberapa orang yang cuba mengaitkan syiar-syiar Shah Nikmatullah Wali terhadap beberapa orang berbeza, dalam kurun yang berbeza. Mereka berkata “iya”, “saya adalah orang itu”, “saya lihat itu”, atau “inilah orangnya”. Begitu juga dalam satu jangkamasa, misalannya seratus tahun nanti, mereka bertemu dengan seorang individu dan menjadi pengikutnya! ini semua tidak benar, ini semua kerja-kerja sesat dan salah. Apabila kesesatan dan kesilapan terjadi maka hakikat akan ditinggalkan, keraguan akan timbul dan sarana kesesatan akan terbentang dalam minda manusia. Oleh itu kita hendaklah bersungguh-sungguh menghindari kerja-kerja tidak berstandard. Wajib bersungguh-sungguh menghindari perbuatan pasrah dalam menghadapi propaganda-propaganda tidak standard itu. Kerja-kerja berstandard itu kukuh, bersandar dengan bukti dan sanad. Namun ini adalah kerja-kerja pakar, bukan semua orang. Hendaklah orang itu pakar, ahli hadis, ahli ilmu rijal, mengenal sanad, pemikir falsafah dan mengenali hakikat. Ketika ini barulah seseorang itu mampu memasuki bidang ini dan melaksanakan kajian. Tugas bahagian ini hendaklah dilaksanakan sebaik mungkin, secara bersungguh-sungguh, sehingga membuka jalan kepada orang ramai Insyaallah. Siapa yang hati nuraninya yang dapat mengenali topik Mahdawiyat dan rapat dengannya maka kehadiran orang seperti ini bagi kita orang yang tinggal di zaman ghaibah sangatlah dirasakan sensitif. Semakin banyak rasa sensitif maka semakin besarlah hubungan kita dengannya. Ia akan menjadikan kemajuan kita ke arah matlamat menjadi lebih baik.Tawassul-tawassul ini terdapat dalam beberapa ziarah di mana sebahagiannya mempunyai sanad yang baik, ianya sangat bernilai. Tawassul, pemahaman, keserasian dengannya dari jauh dan keserasian ini bukanlah sampai ke peringkat ada orang yang mendakwa saya bertemu dengan Imam atau mendengar suaranya. Bukan begini maksudnya. Kebanyakan yang berbicara dalam perkara ini hanyalah pengakuan dan pembohongan belaka. Ataupun tidak berbicara namun hanya berkhayal. Kita melihat ada yang tidak berbohong, namun berfantasi; namun mereka menukilkan khayalan diri sendiri sebagai kenyataan demi untuk tujuan tertentu! Janganlah cuba menyerah dengan perkara begini. Pilihlah jalan yang benar dan bermantik. Tawassul dari jauh ialah tawassul yang didengar oleh Imam. Insyallah ianya diterima. Tidak ada masalah meskipun orang yang kita tuju berada jauh. Allah akan menyampaikan salam dan pesanan orang yang memberikannya. Tawassul-tawassul seperti ini mempunyai keserasian maknawi yang baik dan menjadi suatu kelaziman.Insyallah, saya berharap kepada Allah (s.w.t) kezuhuran beliau semakin dekat, kita semua menjadi pembantunya samada di zaman keghaibahannya atau di zaman kezuhurannya, dan Insyallah kita semua sebahagian dari para pejuang di sisinya dan syahid dalam bimbingan beliau.wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh."


Liputan Khas Kesyahidan  Pemimpin Tentera Islam  Haji Qasem Soleimani dan Abu Mahdi al-Muhandis
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini