Perkahwinan Imam Mahdi (a.s)

  • News Code : 383051
  • Source : ABNA.co

Perkahwinan Imam Mahdi (a.s)MukadimahSalah satu perbahasan tentang peribadi Imam Mahdi (a.s) ialah kehidupan dan kekeluargaan beliau, perkahwinan, anak, tempat tinggal, keadaan hidup anak-anaknya, ciri-ciri kehidupan merupakan salah satu perbahasan menarik di mana kadang-kadang ada keraguan di dalam pemikiran sebahagian besar orang yang mempunyai kepercayaan kepadanya. Mereka turut berhadapan dengan jawapan yang bertentangan dan negatif.Pada asasnya keghaiban yang panjang Imam Mahdi dari perspektif kehidupan peribadi beliau menyebabkan persoalan ini timbul: Apakah dalam waktu yang panjang ini, Imam Mahdi (a.s) telah berkahwin atau tidak?Sebahagian pertanyaan ini diterangkan dalam bentuk kemuskilan dan mereka berkata: Sekiranya beliau sudah berkahwin dan mempunyai isteri, ini melazimkan beliau mempunyai anak. Kelaziman ini akan mendedahkan rahsia dan pengecaman beliau sehingga tidak serasi dengan hikmah dan falsafah keghaiban.Sekiranya beliau belum bernikah, maka beliau tidak mengamalkan suruhan syarí yang dituntut yang mana ini juga tidaklah membangunkan kedudukan dan martabat Imam Mahdi (a.s). Ini disebabkan beliau adalah pemimpin agama umat, dan beliaulah yang lebih maju ke hadapan dalam mempraktikkan amalan-amalan mustahab, apalagi amalan wajib. Katakan ada seorang imam yang meninggalkan sunat yang dituntut syarʻi, maka realitinya ia melakukan sebuah amalan makruh yang banyak kemuskilan dan mempunyai kemustahilan.Oleh itu sekiranya beliau tidak berkahwin permasalahannya ialah seorang yang maksum meninggalkan perkara yang mustahab, andainya beliau menikah maka permasalahannya ialah mendedahkan rahsia dan bertentangan dengan falsafah keghaiban. Disebabkan kedua-dua kes ini menghadapi masalah, terdapat beberapa orang yang mengambil kesimpulan  mudah bahawa beliau sama sekali tidak pernah wujud.Catatan yang lain ialah: Imam Mahdi (as.) sudah berkahwin atau tidak bukanlah sebahagian daripada prinsip iktikad kita, bahkan ianya menjurus kepada masalah-masalah peribadi yang mana tidak ada pun riwayat-riwayat menerangkannya. Ianyanya tidak juga menerangkan perbahasan imam-imam sebelumnya sehinggakan orang yang hidup di zaman keghaiban pun tidaklah sampai ke tahap persoalan dan permasalahan begini timbul dalam minda mereka.Sepanjang zaman Ghaib Shughra yang mana naib-naib Imam masih hidup pun tidak kedengaran permasalahan ini.Dari sudut lain, andainya seseorang insan memikirkan persoalan perkahwinan Imam Mahdi (a.s), maka persoalan-persoalan sampingan akan timbul juga seperti:Benarkan Imam Mahdi (a.s) mempunyai anak?Apakah terdapat tempat khusus untuk kehidupannya dan anak-anaknya?Dengan mengatakan kewujduan anak dan isteri Imam Mahdi (a.s) apakah kelarasannya dengan hikmah dan falsafah keghaiban?Sekiranya beliau belum berkahwin, apakah ini tidak bertentangan dengan sunnah dan beliau tidakk beramal dengan arahan Nabi (s.a.w)?Sebahagian daripada persoalan-persoalan ini akan dapat dicari jawapannya di dalam makalah ini.Setelah persoalan asasi, berbagai pandangan yang berbeza dan dalil-dalil mereka dijelaskan, kami akan meneliti dalil-dalil sehingga mencapai hasil yang sesuai dan komprehensif.Apakah Imam Mahdi (a.s) telah berkahwin dan mempunyai anak?Sebagai jawapan terhadap pertanyaan ini, terdapat tiga pandangan setelah mengamati masalah akidah seperti: Hikmah dan falsafah keghaiban, begitu juga masalah fikah seperti tuntutan perkahwinan dalam syariat, dan teks-teks langsung atau tidak langsung yang ada menunjukkan perkahwinan Imam Mahdi (a.s):1. Pandangan pertama: Sebahagian orang percaya bahawa Imam Mahdi (a.s) telah berkahwin. Untuk menyabitkan pandangan ini mereka mereka menimbulkan dalil-dalil berikut:A: Kemustahaban perkahwinan:Perkahwinan dan pernikahan di dalam Islam merupakan hal yang mustahab yang dituntut dan sunnah Nabi (s.a.w). Nabi (s.a.w) telah menegaskan arahan perkahwinan dan menggalakkannya. Baginda telah mendorong umatnya untuk melakukan perkara ini dan beberapa kali bersabda: Bernikahlah dan tambahlah bilanganmu dengan membentuk keluarga, yang mana ia akan membuatkan aku bangga terhadapmu di hari kiamat walaupun ada anak yang gugur [1].Dalam hukum hakam agama, perkahwinan ditegaskan sebagai sunnah yang baik sementara ʻUzubah (tidak mempunyai pasangan atau bujang) adalah makruh. Kes enggan menikah pula adalah berpaling daripada sunnah Nabi (s.a.w) di mana baginda bersabda: Pernikahan adalah sunnahku, barangsiapa yang berpaling darinya (berpaling dan tidak menikah) maka ia bukanlah daripadaku [2].Hari yang berlalunya tahun-tahun usia Imam Mahdi (a.s), apakah dapat dikatakan: Beliau meninggalkan sunat yang dituntut dan telah melakukan perkara makruh?Kesimpulan seperti ini tidak sekali-kali boleh diambil. Ini disebabkan beliau adalah imam kita, dan lebih mulia daripada semua orang dalam melakukan hal-hal yang sunat syarʻi, oleh itu sudah tentu beliau telah berkahwin dan mempunyai isteri.Di dalam kitab “al-Najm al-Tsaqib” (النجم الثاقب) terdapat perkara berikut dalam menjawab mereka yang mengingkari kewujudan keluarga Imam Mahdi (a.s):Bagaimana beliau akan meninggalkan sunnah agung ini sedangkan datuknya sendiri begitu mendorong dan menggalakkan perbuatan itu di samping memberi ancaman dan ugutan dalam hal meninggalkannya. Yang paling layak bagi umat ialah mengambil sunnah Nabi (s.a.w) dalam setiap zaman. Sehingga ini barangsiapa yang meninggalkan sunnah tersebut maka ia tidak memiliki ciri-ciri baginda [3].Dalam kitab “Shamus al-Mudhi’ah” (الشموس المضيئة) terdapat perkara ini: Sekiranya di dalam perkara ini (mempunyai isteri dan keluarga), maka ianya tidak mempunyai sebarang riwayat yang telah dinukilkan. Cuma noktah ini iaitu beliau mempunyai usia yang lanjut, dari sisi struktur tubuh jasmaninya masih kuat… kita juga tahu bahawa beliau turut beramal dengan sunnah Nabi, cukuplah dengan menerima bahawa beliau sudah mempunyai isteri dan anak [4]Kritikan dan penelitian:Dalil tersebut mempunyai dua bahagian:Bahagian pertama: Perkahwinan merupakan sunnah Nabi (s.a.w) dan perkara baik, tuntutan syariat.Bahagian kedua: Imam Zaman (a.s) lazimnya beramal dengan sunnah dan suruhan syariat ini.Kedua-dua mukadiman ini perlu diteliti dan diamati.Kemustahaban perkahwinan [5] telah didapati daripada kebanyakan ayat dan riwayat seperti: Ayat al-Quran al-Karim: فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَآءِ [6]Begitu juga ayatوَأَنكِحُواْ الاَْيَـمَى مِنكُمْ وَالصَّــلِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَآلـِكُمْ [7]Begitu juga dalam sebuah hadis Nabi (s.a.w) yang menganggap perkahwinan adalah sunnah baginda [8]. Hadis yang lain menerangkan bahawa baginda bersabda: Barangsiapa yang berpaling darinya maka ia bukan daripadaku [9]. Riwayat yang lain pula menganggap perkahwinan merupakan perkara yang baik dan terpuji [10] sambil menyarankan kelahiran keturunan dan melestarikannya. Memperbanyakkan umat Islam pula dikira sebagai tema sunnah Nabi (s.a.w).Mengenai kepentingan dan dorongan untuk perkahwinan terdapat dalil: Barangsiapa yang berkahwin, maka ia memperolehi sebahagian dari agamanya [11]. Imam Jaafar al-Sodiq (a.s) berkata: Dua rakaat solat mereka yang berkahwin mempunyai keutamaan sebanyak 70 rakaat solat mereka yang tidak mempunyai isteri [12]. Sebaliknya terdapat banyak riwayat mencela mereka yang menghindari perkahwinan dan termasuk sebagai hal yang makruh dan tidak baik di sisi para imam [13]. Riwayat-riwayat ini turut menunjukkan kemustahaban perkahwinan.Setelah mengamati banyak ayat dan riwayat yang lain, para ahli fikah Islam beristinbat atau menyimpulkan kalimah “bernikahlah” dalam ayat al-Quran dan galakan perkahwinan dalam hadis sebagai mustahab syarʻi. Oleh kerana ia termasuk dalam hal yang mustahab [14] sebahagian daripada mereka menganggap ianya adalah wajib dalam keadaan tertentu berdasarkan terdapat sebahagian daripada kemustahaban-kemustahaban amat ditegaskan [15].Dari sudut yang lain, keumuman dalil-dalil kemustahaban perkahwinan menyatakan:Pertama: Perkahwinan samada dalam bentuk kekal atau tidak kekal (sementara) merupakan kemustahaban syarʻi.Kedua: Kemustahaban tidaklah hanya eksklusif kepada mereka yang amat memerlukan perkahwinan. Bahkan hukum ini meliputi mereka yang tidak terlalu asyik dengan perkahwinan atau tidak merasakan pasangan sebagai suatu keperluan [16].Ini disebabkan sebab hukum syariat ini bukanlah sebuah kesimpulan yang dibuat berasaskan tarikan terhadap jantina lawan atau memadam keinginan seksual, sehingga dapat dikhayalkan bahawa perkahwinan untuk orang yang tidak asyik pada perkahwinan itu tidaklah mustahab. Bahkan terdapat beberapa perkara yang turut masuk campur dalam urusan perkahwinan seperti: memperbanyakkan keturunan, melestarikan bentuk kemanusiaan, memperbanyakkan bilangan golongan yang mengesakan Allah [17].Oleh itu perkahwinan juga mustahab dari sisi syariat dan mempunyai tuntutan sekiranya bertujuan mengamankan objektif-objektif ini.Jelas sekali bahawa kemustahaban perkahwinan tidak hanya khusus untuk perkahwinan kekal semata-mata, bahkan meliputi perkahwinan tidak kekal dan Milk Yamin (hamba sahaya) [18]. dari perspektif ini sampailah kepada realiti bahawa sebuah martabat perkahwinan sepanjang umur sudah cukup untuk beramal dengan kemustahaban syarʼi ini sekalipun terdapat pengaruh atau sebab yang menyebabkan suami isteri terpisah [19].Namun dengan mengamati riwayat-riwayat yang menganggap kemakruhan mereka yang tidak mempunyai pasangan walaupun dalam beberapa tempoh tertentu [20], menjelaskan bahawa kemustahaban perkahwinan berkekalan sehinggalah ke akhir usia.Oleh itu beramal dengan kemustahabannya hendaklah diikuti dengan mengekalkan dan meneruskan perkahwinan (sepanjang usia), bukan hanya sekadar mereliasasikan perkahwinan semata-mata . Begitu juga memiliki banyak isteri juga termasuk sunat; iaitu sunat bukanlah hanya untuk satu perkahwinan sahaja [21].Oleh itu, berkenaan dengan mukadimah  pertama (perkahwinan adalah sunnah Nabi s.a.w) dan sunatnya amalan ini telah mendatangkan natijah sebagai berikut:1. Perkahwinan adalah mustahab syarʻi, tidak kira samada perkahwinan itu amat diperlukan atau tidak, samada kekal atau sementara.2. Kemustahaban ini berkekalan dan berlanjutan meliputi seluruh umur seseorang insan.3. Berbilang isteri juga adalah mustahab Syarʻi.Namun dalam mukadimah kedua (kelaziman Imam Mahdi a.s. beramal dengan syariat dan sunnah Nabi (s.a.w) menimbulkan kemusykilan di dalam minda, misalannya ialah:Dengan memperbanyakkan perkara mustahab, apakah Imam Mahdi (a.s) beramal dengan semuanya? atau apakah beliau beramal dengan perkara terpilih dan tertentu sahaja? Apakah beramal dengan perkara mustahab adalah sebuah kemestian untuk Imam?Tidak syak lagi, para imam juga adalah seperti para nabi iaitu memikul tanggung jawab menunjukkan jalan hidayah dan mereka termasuk sebagai para pemimpin daripada Allah (s.w.t). Mereka sentiasa maju ke hadapan dalam beramal dengan hukum hakam Ilahi. Pada asasnya risalah mereka ialah positif dengan: Pertama mereka sendiri beramal dengan hukum hakam Ilahi dan tidak melanggar perintahNya. Mereka berada di dalam arena teladan untuk orang lain. Oleh itu sebagai pemimpin agama, tidak beramal dengan perkara-perkara yang dituntut samada wajib atau mustahab merupakan sifat tercela. Urusan dan risalah mereka dituruti oleh umat di mana mereka harus beramal dengan perintah Allah samada wajib atau sunat. Oleh itu sudah tentu Imam Mahdi beramal dengannya.Oleh itu terdapat dua noktah yang melazimkan Imam beramal dengan perkara-perkara mustahab iaitu:1. Wajiblah bagi para imam beramal dengan sebaik-baiknya amalan mereka selaku model teladan sempurna, kepimpinan dan hidayah dalam kehidupan, sosial dan interaksi dengan orang lain.  Malah merekalah lebih maju ke hadapan dalam praktikal perintah agama samada wajib atau mustahab.2. Menuruti kemuliaan dan model insan sempurna yang beramal dengan amalan mustahab adalah tindakan yang wajar. Tidak diragukan lagi bahawa noktah pertama sebelum ini tidak relevan dengan zaman keghaiban Imam (a.s). Ini disebabkan Imam Mahdi (a.s) tidaklah berada dalam penglihatan manusia dan keimamahan beliau adalah secara batin, bukan secara zahir [22]. Namun noktah kedua cukup memadai untuk sampai kepada objektif (Imam tetap komited dengan perkara mustahab dalam syariat, dan lebih maju ke depan daripada orang lain).Dengan mengamati kedua-dua mukadimah tersebut, ada beberapa pihak yang beriʻtiqad bahawa Imam Mahdi (a.s) telah berkahwin di zaman keghaiban dan mempunyai isteri serta anak.B: Berdalil dengan hadis:Dalil mereka yang percaya dengan perkahwinan Imam Mahdi (a.s) berpandukan beberapa hadis seperti:1. Mufaddal bin ʻUmar menukilkan daripada Imam Jaafar al-Sodiq (a.s) yang berkata:… tidak seorang pun daripada anak-anak dan orang lain yang dapat mengetahui tempat beliau. Tidakkan seorang pemipin yang dilantik adalah urusan beliau [23]. Di sini ketika Imam Jaafar al-Sodiq (a.s) menceritakan tempat tinggal Imam Mahdi (a.s), beliau berkata: Tidak seorang pun yang tahu di mana tempat beliau meskipun anak-anaknya. Oleh itu maklumlah bahawa beliau mempunyai anak sehingga memberi isyarat terhadap perkahwinannya.Namun dengan mengamati riwayat ini terdapat suatu perkara yang menghalang dari penggunaannya sebagai dalil bahawa Imam Mahdi (a.s) sudah menikah. Noktah tersebut ialah:i) Hadis ini telah dinukilkan di dalam kitab al-Ghaibah al-Nuʼmani, dan apa yang membezakannya  ialah perkataan “anak” di sini ialah telah ditulis dengan perkataan “wali”:ولا يطّلع على موضعه أحد من وليّ ولا غيره“Tidak ada sesiapapun yang mengetahui tempatnya samada teman atau bukan teman” [24].Dalam riwayat ini, tidak tertera perkataan “anak” atau “anak-anak”. Oleh itu riwayat ini tidak dapat dipegang atas sebab-sebab tersebut.ii) Dalam riwayat terdapat kata-kata “anak”, namun dari sisi ini hendaklah kita mengatakan bahawa Imam Mahdi (a.s) masih belum mempunyai anak dan isteri menurut istilah secara keseluruhannya. Ini disebabkan anak tersebut kemungkinan akan lahir di zaman menjelang kezuhuran atau setelah kezuhuran Imam Mahdi (a.s).iii) Kemungkinan riwayat ini dan yang seumpamanya menerangkan perhitungan kasar dalam pen


mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky