$icon = $this->mediaurl($this->icon['mediaID']); $thumb = $this->mediaurl($this->icon['mediaID'],350,350); ?>
Ayatullah Ali Kourani;

ISIS tidak ada kaitan dengan kebangkitan Sufyani

  • News Code : 629697
  • Source : ABNA.ir
Brief

Wawancara eksklusif bersama Ayatullah Ali Kourani berkenaan kegiatannya dalam bidang Mahdawiyat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah Ali Kourani lahir di wilayah Jabal al-Amil, Selatan Lubnan merupakan ulama terkenal dalam bidang Mahdawiyat. Beliau tinggal di Iran dan bertahun-tahun menetap di kota Qom di zaman kemenangan revolusi Islam Iran dan perang pencerobohan tentera Saddam. Alasan beliau berhijrah ke Iran ialah subjek gerakan Imam Mahdi (a.j.f) bermula dari Timur.

Beliau sempat berguru dengan Ayatullah Sheikh Muhammad Taqi Faqih, Sayid Alla Bahrul Ulum, Sheikh Muhammad Taqi Irwani, Ayatullah Abul Qassem al-Khu'i dan Ayatullah Shahid Baqir Sadr. Meskipun terkenal di negara-negara Islam dengan berpuluh-puluh penulisan karya ilmiyah, ensiklopedia Imam Mahdi dalam 40 bab, ucapan dalam saluran satelit bahasa Arab dan Farsi berkenaan dengan Imam Mahdi, namun penulisan buku "Asr al-Zuhur" beliau amat dihargai sehingga telah diterjemahkan ke berbagai bahasa dan dicetak sebanyak 27 kali.

Dalam kitab Asr al-Zuhur, Kourani mengemukakan koleksi hadis tentang akhir zaman serta tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi (a.j.f) antara Syiah dan Sunni, analisa persamaan hadis-hadis antara dua mazhab tersebut dan gambaran kesuluruhan zaman sebelum kezuhuran Imam Mahdi (a.j.f).

Wawancara tentang kitab Asr Zuhur bersama ulama ceria berusia 70 tahun yang berbahasa Farsi dialek Lubnan ini telah berlangsung di rumahnya, iaitu dalam sebuah bilik yang memuatkan kitab-kitab ensiklopedia tulisannya bersama sebuah potret anaknya, Yasser yang syahid di wilayah Jabal al-'Amil, Lubnan.

Apakah anda menulis kitab Asr Zuhur ketika berada di Iran?
- Benar, di awal peperangan, kira-kira 27 hingga 28 tahun atau lebih dari itu. Saya telah menyelesaikan kitab ini selama 4 hingga 5 bulan. Ini disebabkan saya menggunakan komputer untuk menulis dan saya perlu mengenal hadis. Selalunya kitab saya ditulis dengan cepat dan terkenal sehingga mereka berkata 'dia menulis dengan cepat'. Sekarang mereka berkata hadis itu di ambil daripada siapa? Sebenarnya itu berada dalam ingatan saya, dan saya mampu mengambilnya dari mana-mana sumber dan melihat dari mana sumbernya datang.

Bila anda datang ke Iran?
- Selepas kemenangan revolusi Islam Iran, iaitu saya datang ketika peperangan bermula, dan saya juga pergi ke medan perang selama 2 tahun.

Apa yang terjadi di Lubnan sehingga anda datang ke Iran?
- Masalah kezuhuran merupakan sebab paling utama saya datang ke Iran. Kami percaya kepada kezuhuran Imam Mahdi (a.j.f), iaitu gerakan kemunculannya bermula dari bumi Timur dan kami percaya bahawa gerakan ini berkaitan dengan kezuhuran beliau. Ini menyebabkan saya datang ke Iran. Hadis-hadis yang datang dari Ahlul Bait (a.s), telah diriwayatkan oleh satu golongan, iaitu dari tanahair Salman dan mereka bangkit dari Timur, mereka yang mula-mula membina latar kezuhuran. Oleh itu saya selaku seorang Syiah percaya kepada hadis dan riwayat yang mempunyai kepercayaan ini, bahawa revolusi Islam Iran merupakan gerakan pembangunan latar bagi kezuhuran Imam Mahdi (a.j.f).

Apakah maksud 'Bumi Timur' yang disebut dalam bebebagai bab kitab itu adalah Iran?
- Benar, topik ini sudah dianalisa dan sehinggakan perkara ini telah dijelaskan di kalangan Ahli Sunnah. Mereka juga percaya bahawa para pembantu Imam Mahdi (a.j.f) ialah golongan panji hitam dan warga Khorasan. Riwayat-riwayat bermulanya gerakan pembangun latar kezuhuran Imam Mahdi (a.j.f) ialah Bumi Timur dan sudah tentu ianya adalah Iran, sementara para pembantu Imam Mahdi (a.j.f) merupakan golongan panji hitam di sisi seluruh ulama Islam yang terkenal. Namun beberapa ketika lalu golongan Wahabi menolak topik ini dan berkata maksud dari nukilan ini bukanlah orang Iran. Bahkan pemilik bendera hitam adalah Taliban dan Khorasan meliputi wilayah Afghanistan. Dengan dakwaan ini, Wahabi ingin melarikan diri dari hadis-hadis Nabi (s.a.w.). Masalahnya ialah gerakan ini - iaitu revolusi Islam Iran - merupakan pembentang latar kezuhuran, yang mana kejadian-kejadian latar belakang kezuhuran Imam Mahdi (a.j.f) bermula dengan gerakan ini. Terdapat dalam riwayat Syiah bahawa urusan Imam bermula dari Timur. Terdapat juga dalam riwayat Sunni juga bahawa beliau datang dari Timur. Oleh itu nilai revolusi Islam ialah latar belakang kezuhuran Imam (a.j.f). Dengan memahami perkara ini, saya datang ke Iran, namun pada mulanya saya tinggal di Tehran dan setelah itu saya datang ke Qom.

Hadis berkenaan pembentang latar kezuhuran dalam berbagai sumber, dan anda telah tunjukkannya dalam kitab Asr Zuhur, ia menyebut nama warga Qom dan Taliqan. Apakah maksud kaum-kaum ini adalah orang Iran atau warga wilayah khusus itu juga?
- Nama dari bumi Iran yang disebut kadang-kadang ialah Taliqan, iatu sempadan pergunungan Alborz, kadang-kadang dengan nama Khorasan, kadangkala sebagai kaum Salman, Bumi Timur dan warga Qom yang mana maksud semua ini ialah Iran. Ini adalah riwayat yang terkenal yang mana beberapa orang telah datang kepada Imam Hadi (a.s). Beliau bertanya, "Kamu warga mana?" Jawab mereka, kami penduduk Rey. Beliau berkata, benar, tapi kalian adalah warga Qom. Warga Qom (di sini) bermakna Syiah dari negeri ini dan seluruh warga Iran. Ataupun bilah dikatakan "Sayid Khorasani" selaku pembentang latar kezuhuran di Iran, tidak melazimkan bumi Khorasan semata-mata, bahkan Khorasani bermakna pemerintah Islam seperti Yamani dan Shami selaku pemerintah Syria.

Sejak bila anda tumpukan fokus terhadap penulisan Asr Zuhur?
- Sebelum saya menulis kitab ini, saya telah banyak berucap mengenai Imam Mahdi (a.j.f) dan saya telah menulis buku kecil, namun saya belum ada kitab yang lengkap sehinggalah saya datang ke Iran, saya telah menulis dan mencetaknya. Selepas itu juga di Qom, dengan kerjasama sebuah yayasan penyelidikan, saya mula menyusun sebuah ensiklopedia Imam Mahdi (a.j.f) secara terperinci dan lengkap, iaitu kitab Asr Zuhur."

Secara zahirnya, kitab ini kelihatan banyak diperbicangkan di negara-negara Arab?
- Benar, alhamdulillah, kitab tersebut telah dicetak berkali-kali. Terdapat terjemahannya di dalam bahasa Turki, Urdu, Hindi, Inggeris, Indonesia dan Malaysia. Kitab ini amat diperhatikan dan menjadi jualan terlaris di negara-negara Arab.

Apakah anda sendiri berfikir bahawa kitab ini akan menjadi popular?
- Berasaskan subjek kezuhuran, insyallah berasaskan riwayat, revolusi Islam Iran merupakan pembentang latar kemunculan Imam Mahdi (a.j.f). Semua orang Syiah di seluruh dunia insyallah mempunyai akidah tersebut. Itulah faktor penerimaan kitab ini. Di kalangan warga Iran, perkara ini diberikan perhatian di mana kitab ini mempunyai khabar gembira untuk mereka sebagai kaum Salman. Menyedari bahawa rekod sejarah orang Iran dalam Islam, kecenderungan mereka kepada Ahlul Bait (a.s), termasuklah revolusi Islam, ini semua menunjukkan bahawa mereka mempunyai kelayakan ini; Kabar gembira ini menyatakan bahawa orang Iran mempunyai tanggung jawab dan risalah penting dalam menyediakan kelengkapan untuk kezuhuran, dan mereka ada kedudukan khusus di kalangan 313 orang pembantu khas Imam Mahdi (a.s).

Apakah kitab Asr al-Zuhur hanya disambut oleh umat Islam, atau ianya juga mendapat perhatian non muslim dan penganut agama Kristian?
- Ia amat dititik beratkan oleh golongan Kristian. Pernah terjadi di satu tempat penduduk Kristian dikatakan kepada saya bahawa pendeta besar Kristian bertindak membeli kitab ini. Kita bertanya kenapa dia membelinya? Jawab pendeta tersebut, anak-anak kita sudah menjadi Atheis, saya ingin mereka membaca kitab ini supaya mereka faham bahawa al-Masih merupakan salah seorang yang akan kembali di zaman kezuhuran Imam Mahdi (a.s) dan berada di sisinya. Ini disebabkan orang Kristian juga mempunyai akidah kezuhuran dan akan berada bersama-sama Imam Mahdi (a.j.f). Orang Kristian juga mempunyai akidah tentang topik kemunculan juru selamat."

Dari mana anda mengumpul hadis-hadis yang berkaitan dengan kejadian-kejadian zaman kezuhuran?
- Sumber-sumbernya adalah masyhur. Iaitu sumber-sumber yang menyebut Imam Mahdi (a.j.f). Di kalangan ulama Syiah dan Sunni, terdapat bab-bab mengenai Imam Mahdi (a.j.f) dan mereka juga mempunyai kitab-kitab terkenal mengenai Imam Mahdi (a.j.f). Contohnya Suyuthi mempunyai kitab (al-Urf al-Wardi), ataupun Muttaqi al-Hindi mempunyai kitab Kanzul Ummal yang khusus mengenai Imam Zaman (a.j.f). Nu'aim bin Hamad yang hidup sezaman dengan Imam Ridha mempunyai kitab berjudul al-Fitan dan ia amat masyhur dan dirinya sendiri adalah sumber. Namun kita berpegang dengan sumber-sumber Syiah. Kitab paling penting kita ialah Kamal al-Din Syeikh Saduq, al-Kafi Syeikh Kulaini, al-Ghaybah Syeikh Tusi, al-Gyaibah Syeikh Nu'mani. Inilah dia kitab-kitab khusus Syiah yang sebahagiannya eksklusif mengenai Imam Zaman (a.j.f) dan sebahagian yang lain pula membahaskan tentang Imam Zaman (a.j.f) secara terperinci.

Terdapat satu fasal dari kitab anda memperincikan warga Iran sebagai pembentang latar kemunculan Imam Mahdi (a.j.f). Perkara ini telah disalah gunakan dan dirujuk kepada beberapa individu di Iran. Contohnya dokumentari "Zuhur Kheyli Nazdik Ast" yang telah difilemkan beberapa tahun lalu dengan merujuk kepada kitab anda.
- Saya sendiri mengkritik filem tersebut kerana ketika dikatakan seseorang itu adalah Syu'ib bin Soleh, atau orang itu adalah Sayid Khorasani, sebenarnya kamu sendiri yang menentukan waktu, iaitu kamu mengatakan bahawa Imam Zaman (a.j.f) telah muncul dalam usia orang ini. Ini adalah penentuan waktu. Iaitu menentukan waktu untuk kezuhuran sedangkan para imam kita telah melarang kita menentapkan waktu. Penetapan waktu untuk kezuhuran adalah haram. Ketika kita merealisasikan seseorang itu dengan hadis maka kita telah menetapkan waktu, dan ini adalah salah.

Anda tidak bersetuju dengan penetapan?
- Benar, sampai bila pun tidak boleh membuat penetapan dan saya menidakkan perkerjaan ini.

Tapi kenapa anda menetapkan perkara-perkara mengenai Iran dan revolusi Islam di Iran?
- Walau bagaimanapun penetapan dibolehkan dalam pengantar mukadimah. Ini disebabkan mukadimah tidak bermasalah. Iaitu terdapat dalam riwayat bahawa kezuhuran berasal dari Bumi Timur dan Kaum Salman yang mana kita dapat membuat ketetapan bahawa ia adalah orang Iran. Ini tidak memberikan ketetapan tempoh tertentu kerana kita tidak menunjukkan mana-mana usia seseorang. Sekiranya kita berkata bahawa ini menepati dengan orang Iran, maka ia tidak ada masalah. Namun sekiranya kita menentapkan dan berkata bahawa orang ini adalah pembantu Imam, iaitu Imam akan muncul dalam usia orang ini, maka ianya adalah salah. Ini disebabkan sekiranya orang ini meninggal dunia, maka diketahuilah bahawa kita tersilap. Para Imam sentiasa melarang kita membuat ketetapan. Sebahagiannya datang dan sebahagian individu merujuk beberapa tokoh berpengaruh di zaman kezuhuran dengan zaman sekarang. Ketetapan ini tidak boleh diterima kerana ia bermakna penetapan waktu, dan ini bermakna waktu kemunculan Imam telah ditetapkan. Kita mempunyai hadis sahih dan mutawatir daripada Ahlul Bait (a.s) yang menyatakan bahawa perkara ini adalah haram.

Anda sendiri telah melihat dokumentari ini?
- Dalam sepotong klip yang mereka bawakan, tidak dapat saya sahkan. Ini semua adalah khayalan belaka. Tindakan kita hendaklah berlogik, berakal dan berasaskan hadis Ahlul Bait, dan hadis-hadis hendaklah dari sumber kelas pertama. Namun sekiranya seorang sahaja yang membawa hadis tersebut, maka ini tidak dapat dijadikan sandaran.

Antara petanda-petanda kezuhuran ialah kebangkitan Sufyani di Sham dan anda juga telah telah tunjukkan di dalam kitab tersebut. Menurut kepercayaan anda apakah transformasi di Syria berkaitan dengan kebangkitan Sufyani.
- Mereka banyak bertanya kepada saya mengenai perkara ini, dan jawapan saya adalah tidak, tidak ada tanda-tanda bagi mereka.

Tanda-tanda yang mana?
- Sebelum kebangkitan Sufyani, perlu ada kekosongan politik di Arab Saudi dan perang kabilah. Dalam keadaan ini kerajaan di Arab Saudi akan meminta Sufyani mengerahkan pasukan untuk menjaga keamanan Madinah. Tanda yang lain, terjadi gegaran tanah di Damsyik. Tanah di Harasta, iaitu sebuah perkampungan di Damsyik. Tanah di di Harasta akan tenggelam. Selepas kejadian ini seorang yang wajahnya bercapuk-capuk dan lebih terkenal sebagai Abqa' yang bangkit menentang Ashab. Ashab adalah pemerintah ketika itu dan Abqa bangkit menentangnya. Oleh itu untuk membuat ketetapan, hendaklah merujuk kepada nas jelas riwayat.

Apakah terdapat kemungkinan berlakunya perubahan dalam tata susunan tanda-tanda ataupun ianya tidak terjadi sama sekali?
- Tidak, ketika Ahlul Bait (a.s) berbicara dengan penuh keyakinan tentang keluarnya Sufyani, maka kemungkinan perkara ini terjadi adalah suatu yang pasti, dan tanda-tandanya juga adalah pasti, ianya perlu terjadi. Tanpa kemunculan tanda-tanda ini revolusi Imam Zaman (a.j.f) pasti tidak akan terjadi dan kezuhuran beliau tertakluk kepada realiti petanda ini.

Tidakkah kebangkitan negara-negara Arab juga berkaitan dengan zaman kemunculan?
- Walau bagaimanapun, sifat-sifat seperti kemasukan Barat ke Iraq dapat dilihat dalam riwayat. Namun jaraknya dengan kezuhuran Imam Zaman (a.j.f) tidak jelas. Terdapat dalam riwayat kita mengenai negara-negara Arab contohnya bangsa Asbani yang terlepas dari ikatan turun ke jalan-jalan dan melaung-laungkan slogan. Namun kita tidak dapat mengatakan revolusi negara-negara Arab seperti yang berlaku di Mesir merupakan salah satu dari kejadian sebelum zuhur. Tanda-tanda yang dapat dipegang ialah mereka berkait rapat dengan kezuhuran sesuai menurut pandangan akal dan ilmu.

Apakah tidak ada alamat kezuhuran dalam tindakan kumpulan pengganas ISIS di Syria dan Iraq berkaitan dengan keluarnya Sufyani di Sham?
- Tidak, saya telah menyentuh tentang topik garisan Sufyani, keluarnya Sayid Yamani sebagai topik yang paling penting sebelum kezuhuran dalam buku saya. Oleh itu alamat-alamat ini hendaklah datang sehingga kita mampu berkata bahawa kezuhuran telah dekat.

Kenapa anda menyentuh tentang topik pembikinan filem Nostradamus dalam mukadimah kitab?
- Baiklah, filem ini merupakan kegiatan promosi musih paling besar di mana ia mempunyai hubungan secara langsung dengan akidah kita, orang Syiah tentang kezuhuran Imam Mahdi (a.j.f). Filem ini telah ditayangkan secara berturut-turut dalam berbagai saluran tv di Amerika selama tiga bulan. Bukti-bukti menunjukkan Zionisme ada campur tangan dalam membikin filem ini dan semua objektifnya adalah menyatukan Eropah dan Amerika bagi tujuan memusuhi umat Islam. Para penerbit filem ini tleah menambah ramalan Nostradamus dan ini semua selepas kekalahan Eropah, kemusnahan kota-kota dan simbol-simbol tamadun Amerika melalui roket-roket gergasi milik Imam Mahdi. Warga Amerika berkonfrontasi dengan Imam Mahdi dengan meminta bantuan orang Russia dan akhirnya mereka mencapai kemenangan. Filem ini diterbitkan berasaskan ramalan Nostradamus yang mana ianya tidak mempunyai asas ilmu. Ini disebabkan ianya ditulis dalam bahasa lama Perancis dan amat meragukan sehingga banyak tafsiran dapat dicerap daripadanya. Buku ini tersebar dengan berbagai tafsiran dan telah mencapai cetakan jutaan naskah. Selepas difilemkan, jutaan orang menontonnya dalam saluran tv. Umat Islam dan Syiah hendaklah tahu apa yang terjadi di sebalik penerbitan filem ini iaitu pihak musuh Islam merasa gentar dengan kebangkitan umat di negara-negara muslim. Mereka menggunakan apa sahaja unsur propaganda untuk memaklumkan bahaya kepada bangsa mereka. Namun seluruh reaksi yang menentang akidah kezuhuran Imam Mahdi bermula selepas revolusi Islam. Ini disebabkan revolusi atas nama beliau berbentuk slogan menyiapkan rantau Timur Tengah dan dunia untuk kemunculan dan kemenangan.

Apakah alamat-alamat berhubung dengan kezuhuran?
- Kita mempunyai riwayat bahawa 15 hari sebelum kezuhuran beliau mengutuskan seorang pemuda sebagai pembantu ke Makkah untuk membaca kenyataan. Namun sebelum solat atau ketika membaca risalah kepada orang ramai mereka akan menyerangnya dan menyeret beliau sehingga di antara rukun dan maqam Masjidil Haram, kemudian mereka membunuhnya. 15 hari selepas kejadian ini, Imam akan zuhur dan ini dikenali sebagai pembunuhan Nafs Zakiyyah. Hadis secara jelas menunjukkan dan memperincikan tanda-tanda berhubung dengan kezuhuran beliau.

Ramai yang menyangka bahawa kejadian di Syria berkemungkinan sebahagian dari kezuhuran Sufyani?
- Mungkin sekadar mukadimah sahaja, namun kita tidak dapat mengatakan ianya sebagai tanda sufyani. Ramai orang menekan saya agar berkata bahawa kejadian ini mempunyai hubungan dengan kebangkitan Sufyani di Sham. Namun mereka hendaklah berbicara berasaskan tanda-tanda yang telah Ahlul Bait (a.s) tetapkan, tanpa pengamatan ini, maka merkea tidak boleh mengatakannya.

Menurut pandangan anda, yang mana satu tanda kezuhuran yang sudah menjadi realiti?
- Salah satu tanda yang menjadi realiti kita boleh menamakan beberapa marhalah. Kebangkitan orang Iran ada enam fasa iaitu dua peringkat telah berlalu dan ianya sedang berlanjutan sehinggalah awal kebangkitan Imam. Kedua ialah pencerobohan Barat ke Iraq. Begitu juga tertegaknya kerajaan Israel, orang Yahudi berhimpun di Palestin, dan membentuk kerajaan mereka. Perhatian dunia kepada Ahlul Bait (a.s) dan Imam Mahdi. Ini adalah tanda-tanda bahawa kita mampu menyatakan ianya benar-benar sudah terjadi. Tanda-tanda seperti kekosongan politik di Arab Saudi, teriakan di langit pada bulan Ramadhan, kerajaan Sufyani iaitu musuh musuh Ahlul Bait di Syria dan Jordan, kerajaan Yamani di Yaman iaitu pencinta Ahlul Bait, serta beberapa kejadian lain sehingga kezuhuran beliau.

Apakah maksud anda enam peringkat kebangkitan orang Iran?
- Sebelum ini saya sudah bercakap tentang enam peringkat kebangkitan warga Iran. Sebuah hadis daripada Imam Baqir (a.s) yang mana Sunni dan Syiah sama-sama meriwayatkannya telah menerangkan kebangkitan tersebut. Imam berkata sebuah kaum dari Timur akan keluar dan menuntut haknya daripada dunia. Namun dunia tidak akan memberikannya. Peringkat pertama warga Iran ialah perang yang dipaksa. Dalam peringkat kedua ialah penentangan mereka terhadap musuh. Namun penduduk Timur berdiri menghadapi musuh dan meminta pengiktirafan rasmi hak-haknya. Namun musuh tidak memberikannya. Dari kepercayaan saya, Iran sekarang berada di peringkat kedua. Iaitu permusuhan dunia terhadap Iran dalam meraih hak tenaga nuklear. Yang ketiga ialah berbentuk kejadian baru dari musuh-musuh penentang, namun penduduk Timur menuntut haknya sebanyak dua kali. Mereka ingin hak-haknya diiktiraf. Iaitu mereka sampai ke peringkat meminta mereka berkata kami memiliki senjata. Peringkat keempat ialah penduduk Timur menyandang senjata di bahu, iaitu menyatakan kesediaan untuk berperang. Dalam peringkat ini pihak musuh baru memberikan hak kepada mereka dengan syarat. Penerangan Imam Baqir (a.s) atau penerangan Nabi (s.a.w) ialah mereka menyandang senjata di bahu dan berkata kami mempunyai senjata. Ketika itu dunia memberikan hak mereka. Dalam peringkat kelima, mereka tidak menerima syarat-syaratnya dan meneruskan kerja-kerja mereka. Dalam kejadian ini orang Iran ada dua kumpulan. Namun perselisihan mereka adalah mengenai politik. Saya percaya ketika Yamani sudah muncul manakala Imam (a.j.f) memberikan arahan hendaklah taat kepada Yamani manakala Wilayatul Faqih dan Marja'iyyah akan berakhir. Masalah ketaatan kepada Yamani akan wujud terutamanya di Iraq dan Iran.

Apakah semua ini merupakan analisa anda dari himpunan hadis-hadis?
- Berasaskan pemahaman hadis sahih. Kekuatan asli setiap topik berada dalam tafsir penyingkapan Nabi dan Ahlul Bait. Iaitu pertama anda menemukan matan sahih dan utuh, kemudian memahaminya dari berbagai dimensi. Hadis-hadis hendaklah dianalisa begini.

Selain daripada anda, adakah orang lain yang membuat tafsiran dan analisa seperti ini?
- Alhamdulillah, sekarang di Qom terdapat beberapa pusat penyelidikan khusus tentang mahdawiyyat dan mereka menerbitkan beberapa buah kitab dan mengadakan beberapa kegiatan.

Berapa banyak manfaat ilmu pengetahuan tentang kezuhuran kepada kita?
- Sangat penting. Pertama ianya memberikan harapan agar gerakan kita dan pemimpin kita menuju ke arah negara keadilan Ilahi. Tidak sepatutnya pemerintahan zalim bergerak menuju ke gerakan keadilan. Mempunyai ilmu pengetahuan dalam subjek ini amatlah penting dalam mewujudkan keadilan dalam negara. Kepercayaan orang ramai terhadap kerajaan seperti ini dalam rangka menuju ke arah kezuhuran membawa kepada banyak manfaat. Ketika orang Iran percaya bahawa gerakan kita adalah untuk Imam Zaman, maka semua pegawai tidak boleh menzalimi orang ramai dan bersikap adil kepada mereka. Mereka perlu takut kepada kezaliman dan ketidak adilan. Ini disebabkan gerakan ini berkait rapat dengan kezuhuran beliau. Kerajaan Republik Islam Iran dalam menyegerakan gerakan kezuhuran di rantau ini amatlah memberikan kesan dan pengetahuan tentang perkara ini amatlah penting bagi masyarakat.

Menurut iktikad anda, dalam masyarakat Iran dan sejak tahun-tahun setelah revolusi, berapa banyakkah ilmu pengetahuan benar tentang tanda-tanda kezuhuran yang telah beredar di kalangan masyarakat?
- Dalam perkara ini, terlalu sedikit yang telah dikerjakan, malangnya ia membawa kepada kerugian, contohnya dakwaan eksklusif berkomunikasi dengan Imam Mahdi hampir setiap hari kedengaran di seluruh pelusuk Iran dan pengasasan irfan palsu telah membentangkan latar untuk dakwaan-dakwaan seperti ini. Irfan dusta di Iran merupakan latar penting untuk dakwaan-dakwaan ini.

Anda rasa subjek ini merintis jalan bagi orang yang mendakwa ada hubungan dengan Imam (a.j.f)?
- Benar, banyak pengaruhnya. Pernah satu kali mereka bertanya dalam sebuah wawancara bahawa kitab Asr al-Zuhur menyebabkab orang Iran tertarik terhadap keghaiban dan ini adalah sebuah dakwaan serta menyebabkan kerosakan masyarakat. Saya katakan tidak, sekiranya hubungan dengan keghaiban bertepatan dengan akal dan logik, ianya tidak memberikan sebarang kerosakan dan banyak faedahnnya. Kerosakan dalam perkara ini, bagi masyarakat Islam terjadi dalam dua lingkungan: Pertama Irfan palsu, yang mana sekarang ini sudah banyak, kedua ialah ekstrim pada seseorang individu sehingga mengaitkan sifat maksum kepadanya. Iaitu kerosakan terhadap masyarakat Islam bukan dari kita Asr al-Zuhur, malah dari individu-individu ekstrim ini. Keroasakan dari situ, yang menyatakan mari kita kenali Allah sehingga mencapai darjat yang ulung dan Fana' Fillah, baiklah ketika sampai ke darjat Fana' Fillah, iaitu Allah engkau kecilkan. Apabila anda mengecilkan Allah maka engkau akan melakukan hal yang sama kepada Imam Zaman juga! Mereka yang berfikir seperti Allah, kenapa tidak berfikir seperti Imam Zaman? Yang lain pula berfikir bahawa orang ini ada hubungan komunikasi dengan Imam Zaman dan telah sampai ke makam yang ulung dalam irfan serta sifat. Inilah dia kerosakan yang pertama. Kemudian ia datang menuntut tanpa meniti jalan dan madariji. Mereka berkata ayatullah dan laqab gelaran telah menutupinya dan mereka menisbahkannya dengan sifat Imam. Baiklah, apabila sifat para Imam dinisbahkan kepada individu biasa dan seseorang ulama, maka ini membawa kepada bahaya. Dengan itu, kerosakan ini bukanlah dari kita Asr al-Zuhur. Menemui kepada kumpulan ini dan mereka yang mengaku mempunyai hubungan dengan Imam Zaman disebabkan faktor hawa nafsu.

Walau apa pun yang terjadi, memang terdapat kemungkinan salah guna kitab anda.
- Kemungkinan ini juga ada pada al-Qur'an. Pandangan ini benar tetapi tidak menyebabkan kita tidak menulis kitab. Kitab-kitab hendaklah ditulis dengan tangan ini namun hendaklah kita waspada dengan orang yang ingin menyelewengkannya. Jangan kita biarkan perbuatan ini terjadi namun hendaklah ia menyatakan kebenaran. Hendaklah memenuhi pengukuhan akidah masyarakat, mewujudkan harapan kepada mereka, mendorong mereka ke arah keadilan Ilahi, mengenal ciri-ciri kerajaan adil Ilahi dan menekan para pegawai agar menerapkan keadilan dalam masyarakat. Sebua ini adalah sebuah kemestian. Sekarang sekiranya ada penyelewengan, maka kita hendaklah bangkit mengahadapinya.

Dalam budaya Mahdawiyat, apakah noktah penting dan terkenal dalam subjek keadilan dunia yang dapat dikatakan?
- Pertama, masalah kita dengan barat akan diselesaikan oleh Imam Zaman. Ini disebabkan selepas kezuhuran beliau, Nabi Isa (a.s) akan turun dari langit dan solat di belakang belau. Selain dari Imam Mahdi tidak ada siapapun yang mampu menyelesaikan masalah kita dengan Barat. Selain itu dari sisi yang lain beliau juga akan menyelesaikan masalah dalaman umat Islam. Perpaduan umat Islam akan menjadi realiti ditangan Imam Mahdi (a.s). Keadilan Ilahi ini menjadi slogan semua orang berkurun-kurun lamanya, dan ditegakkan oleh teriakan atas nama fakir revolusi, namun golongan fakir semakin bertambah dan menjadi realiti. Noktah penting yang lain ialah subjek kemajuan ilmu di zaman kezuhuran dan kekayaan akan dikeluarkan dari bumi melalui Imam Mahdi.

Saudara Kurani! Berdasarkan iktikad anda, di antara pengaruh yang tertulis dan dikaryakan oleh kita, berapa banyakkan ianya dapat memberikan kesan terhadap kebudayaan Mahdawiyyah?
- Walau bagaimanapun, ia adalah kerja-kerja yang bagus. Namun banyak lagi kerja-kerja yang perlu dilakukan. Saya berharap kebudayaan Imam Mahdi di Iran semakin mendalam dan diteliti secara mendalam dalam berbagai dimensi. Kemudian ia akan merentasi sempadan bahasa-bahasa lain terutamanya dalam bahasa Inggeris. Namun ilmu dan logik bukanlah khayalan iaitu ianya berasaskan hadis. Subjek ini amatlah penting kerana pertamanya 80 peratus hadis-hadis mengenai Imam Mahdi (a.j.f) di antara Sunni dan Syiah adalah serupa. Seterusnya Ahli Sunnah juga meriwayatkan hadis daripada Imam Baqir dan Imam Jaafar secara hormat dan menerimanya. Ianya banyak dibincangkan dalam berbagai penerbitan dan majalah di Iran, termasuklah laman web. Namun sekiranya setiap bulan beberapa halaman tentang subjek Imam Mahdi, kerajaan adil global, gerakan mahdawiyat dicetak secara ringkas, mendalam dan berilmiah oleh percetakan antarabangsa dalam beberapa bahasa, ianya akan memberikan banyak manfaat. Ia perlu menepati hadis sahih dan muktabar dari sumber asli dan bertepadan dengan al-Quran dan riwayat Ahlul bait (a.s). Cara gerak kerjanya juga seperti ini. Iaitu hadis ini saya cari dan ianya dijadikan asas pertimbangan, kemudian saya mula menelitinya. Dalam kata lain, saya mencari sanad yang sahih, kemudian menganalisanya. Namun pemalsu hadis mencari riwayat yang mereka inginkan. Mereka mengambil hadis daif kemudian menjadikannya sebagai asas dan menafsirkannya menurut keinginannya. Oleh itu hendaklah berhati-hati terhadap gerakan ini.

Dalam berbagai cetakan berikutnya, apakah terdapat perkara tambahan akan dibukukan atau ianya dihapuskan?
- Benar, hampir 20 rahun lalu saya menulis Asr al-Zuhur dan saya sediakan gambaran berkenaan zaman kezuhuran Imam Mahdi (a.j.f) dalam sebuah bahasa yang bersandarkan ayat al-Qur'an dan riwayat Ahlul Bait (a.s). Dalam menerangkan sandaran dan pemahaman subjek buku, biasanya saya cukupkan dengan satu atau dua sumber. Objektif saya ialah menyediakan simbol umum zaman kezuhuran, gerakan dan kejadian yang berkaitan dengan zaman tersebut. Sebagaimana yang saya katakan setelah penerbitan Asr al-Zuhur, kitab Dairah Ma'rifah Imam Mahdi (a.j.f) telah saya siapkan selama 5 tahun. Kemudian saya melihat betapa perlunya mengambil peluang awal untuk menambah beberapa perkara berkaitan dengan zaman kezuhuran dalam kitab Asr al-Zuhur setiap minggu. Sebahagian perkara yang boleh ditokok tambah tidaklah menepati keutuhan sanad atau kewujudannya tidak berapa penting dalam kitab tersebut. Alhamdulullah perkara ini telah dilaksanakan dan beberapa perkara baru yang lebih utuh telah dimasukkan dalam naskah cetakan.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*