Pertemuan Sheikh Hasan al-'Iraqi dengan Imam Mahdi (a.s)

  • News Code : 692822
  • Source : SMYAZDANI
Ulama besar Ahli Sunnah menukilkan kisah pertemuan Sheikh Hasan al-Iraqi dengan Imam Mahdi (a.s)

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Penentang mazhab Syiah Imamiyah percaya bahawa Imam Mahdi (a.s) belum lahir ke dunia dan kelahirannya akan terjadi di zaman kezuhurannya

Namun dalam masa yang sama, ulama besar Ahli Sunnah kurun ke 10 Hijrah, Abdul Wahhab al-Sha'rani berkongsi pengalaman Sheikh Hasan al-'Iraqi yang dikatakan pernah bertemu dengan Imam Mahdi (a.s).

Sha'rani di dalam kitab al-Tabaqat al-Kubra menulis:



ومنهم الشیخ العارف بالله تعالى سیدی حسن العراقی رحمه الله تعالى المدفون بالکوم خارج باب الشعریه رضی الله عنه بالقرب من برکه الرطلی، وجامع البشیری ترددت إلیه مع سیدی أبی العباس الحریثی، وقال: أرید أن أحکی لک حکایتی من مبتدأ أمری إلى وقتی هذا کأنک کنت رفیقی من الصغر، فقلت له: نعم .

فقال: کنت شاباً من دمشق، وکنت صانعاً، وکنا نجتمع یوماً فی الجمعه على اللهو واللعب، والخمر، فجاءنی التنبیه من الله تعالى یوماً ألهذا خُلِقْتُ ؟ فترکت ما فیهم فیه، وهربت منهم فتبعوا ورائی فلم یدرکونی، فدخلت جامع بنی أمیه، فوجدت شخصاً یتکلم على الکرسی فی شأن المهدی علیه السلام، فاشتقت إلى لقائه فصرت لا أسجد سجده إلا وسألت الله تعالى أن یجمعنی علیه فبینما أنا لیله بعد صلاه المغرب أصلی صلاه السنه، وإذا بشخص جلس خلفی، وحسس على کتفی، وقال لی:

قد استجاب الله تعالى دعاءک یا ولدی مالک أنا المهدی.

فقلت تذهب معی إلى الدار، فقال نعم، فذهب معی، فقال: أخل لی مکاناً أنفرد فیه فأخلیت له مکاناً فأقام عندی سبعه أیام بلیالیها، ولقننی الذکر، وقال:

أعلمک وردی تدوم علیه إن شاء الله تعالى تصوم یوماً، وتفطر یوماً، وتصلی کل لیله خمسمائه رکعه.

فقلت: نعم فکنت أصلی خلفه کل لیله خمسمائه رکعه وکنت شاباً أمرد حسن الصوره فکان یقول:

لا تجلس قط إلا ورائی

فکنت أفعل، وکانت عمامته کعمامه العجم، وعلیه جبه من وبر الجمال فلما انقضت السبعه أیام خرج، فودعته، وقال لی:

یا حسن ما وقع لی قط مع أحد ما وقع معک فدم علی وردک حتى تعجز، فإنک ستعمر عمراً طویلا

انتهى کلام المهدی.


Daripada mereka ialah Sheikh Arif Billah, Hasan al-Iraqi yang disemadikan di Kum, di luar Bab al-Sha'riah, dekar dengan Burkah al-Ratli dan Jami' al-Bushairi. Aku dan Abul Abbas al-Harisi pergi bertemu dengannya. Hasan al-Iraqi berkata: Disebabkan aku dan engkau seakan-akan sudah bersahabat baik sejak kecil, aku ingin menceritakan kisah diriku kepadamu. Aku berkata: Ceritakanlah.

Jawabnya: Aku adalah seorang warga Damsyik dan pengusaha. Pada suatu hari Jumaat, kami berhimpun lalu sibuk melakukan pekerjaan sia-sia dan meminum arak sehinggalah pada suatu hari datanglah kepadaku peringatan daripada Allah (s.w.t): "Apakah engkau diciptakan semata-mata untuk ini?"

Maka akupun meninggalkan mereka dan apa yang mereka lakukan. Aku melarikan diri daripada mereka, sehingga ke peringkat mereka menjejakiku tetapi tidak menemuikan aku. Maka akupun masuk ke dalam masjid Jami' Bani Umayyah dan aku dapati seorang individu sedang berbicara tentang Imam Mahdi (a.s) di atas kerusi. Setelah mendengar ucapan tersebut, aku terlalu ingin bertemu dengan Imam Mahdi (a.s). Dalam setiap sujud, aku memohon kepada Allah (s.w.t) agar dipertemukan aku dengannya.

Sehinggalah pada suatu malam setelah solat Maghrib, aku mendirikan solat nafilah di mana seorang individu duduk di belakangku dan meletakkan tangannya di bahuku seraya berkata: Anakku, Allah telah mengabuli doamu. Apa sudah jadi padamu? Aku adalah Imam Mahdi.

Jawabku: Mahukah engkau pergi ke rumahku?

Jawab beliau: Baiklah.

Beliau pun mengikuti aku pulang ke rumah dan berkata: Siapkan tempat khalwat/sunyi untukku.

Akupun menyediakan tempat khalwat untuknya dan beliau tinggal selama tujuh hari dan mengajar aku zikir kepada Allah (s.w.t) seraya berkata: Aku ingatkan kepadamu insyallah semoga engkau konsisten dengannya. Berpuasalah satu hari dan berbuka pada hari berikutnya, dirikanlah solat lima ratus rakaat setiap malam.

Aku menjawab: Baiklah. Maka setiap malam aku mendirikan solat di belakangnya sebanyak lima ratus rakaat. Aku adalah pemuda tidak berjanggut dan rupawan.

Kata beliau: Duduklah di belakangku dan aku akan melakukan kerjaku.

Serban beliau seperti orang ajam dan jubahnya diperbuat dari gebuan bulu unta. Setelah berlalu tujuh hari, beliau mengucapkan selamat tinggal dan berkata: Wahai Hasan, apa yang terjadi antara aku dan engkau tidak terjadi pada orang lain. Teruskanlah zikir yang aku ajar padamu sehingga hari tuamu menjelang. Sesugguhnya usiamu itu panjang adanya.

Berakhirlah kata-kata Imam Mahdi (a.s), kata Hasan lagi: Umurku sekarang seratus dua puluh tujuh tahun.

shaarani1

shaarani2

shaarani3

shaarani4



Syarah perihal al-Sha'rani

Sayid Mahmud al-Alusi al-Hanafi (wafat tahun 1270 Hijrah) berkata tentang Sha'rani:

"Antara yang menjadi keanehan ialah Maulana Sha'rani yang merupakan salah seorang ulama besar Ahli Sunnah, bahkan salah seorang tokoh besar umat telah menukilkan daripada gurunya bahawa beliau menganggap hanya malaikat sahaja yang maksum."

shaarani5

shaarani6

shaarani7


Berasaskan fakta yang dinukilkan ulama besar Ahli Sunnah, Imam Mahdi (a.s) telah wujud dan terdapat individu yang bertemu pernah dengan beliau.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky