Ugutan bunuh penyokong Amerika kepada Syaikh Abbas Qumi

  • News Code : 215781
  • Source : آینده نیوز
Walaupun al-Marhum Muhaddith Qumi terkenal dengan keluasan pengaruh ilmu dan Hadisnya, dari perspektif politik beliau banyak mengutarakan pandangan-pandangan bertentangan yang menarik perhatian negara-negara penjajah sehingga ejen-ejen mereka memberi ancaman bunuh kepada beliau.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Haji Syaikh Abbas Qumi terkenal sebagai Muhaddith Qumi, penulis kitab Safinatul Bihar dan Mafatih Jinan serta berbagai kitab lain dalam bidang sejarah. Beliau juga seorang sejarawan, ahli hadith, zuhud, ilmuan dan berakhlak mulia. Ddalam tahun 1319 Syamsiah beliau meninggal dunia iaitu kira-kira 70 tahun yang lalu.

Walaupun al-Marhum Muhaddith Qumi terkenal dengan keluasan pengaruh ilmu dan Hadisnya, dari perspektif politik beliau banyak mengutarakan pandangan-pandangan mengkritik yang menarik perhatian negara-negara penjajah sehingga ejen-ejen mereka memberi ancaman bunuh.

Beberapa catatan ulama besar ini telah ditemui Hujjatul Islam Ali Davani di dalam kitab-kitab karangan beliau (1), sebuah kumpulan bergelar Komoniti Majazat Hizb Demokrat Masyhad telah memberi ancaman bunuh kepada beliau atas kesalahan menentang Amerika di atas minbar pada bulan Ramadhan. Beliau akhirnya tidak berjaya dibunuh sebagaimana dalam ikrar kumpulan tersebut.

Nota Komuniti Majazat:

Wahai Abbas Qumi! [....]! Aku telah mendengar bahawa engkau telah mengkritik Amerika di atas minbar. Jikalau kedengaran lagi engkau berbicara mengarut begini, hari Ahad ini perutmu akan kami tembak seperti perut [.....] yang terkoyak dan dipenuhi asap. - Komuniti Hizb Demokrat Masyhad.

Nota Muhaddith Qumi:

Aku dengan segala rendah diri menaiki minbar di bulan Ramadhan selama beberapa tahun. Di akhir bulan kertas ini telah dikirim kepadaku, dan hari yang dijanjikan itu ialah Ahad. Pada hari Sabtunya, saya pergi melawat penunai haji [....] (2) Toman serta merta sampai kepada saya daripada penunai haji. Sama waktu saya berada di Makkah, demokrat telah hancur musnah.

(1) Mafakhir al-Islam, jil 11, bahagian pertama (syarah Ahwal Haji Syaikh Abbas Qumi), halaman 351.(2) Satu perkataan yang tidak dapat dibaca.


پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini