Pertanyaan tentang surah al-Ahzab ayat 33:

Apakah isteri nabi termasuk dalam ayat Tathir?

  • News Code : 200480
Pertanyaan: Pertanyaan saya adalah tentang ayat 32, 33, 34 surah al-Ahzab tentang Ahlul Bait nabi. Ayat ini menyatakan Allah hendak menghilangkan daripada isteri-isteri nabi kenistaan dan menyucikan mereka sesuci-sucinya. Telah diketahui ketika ayat ini diturunkan, A’isyah tinggal bersama-sama Rasulullah dan Khadijah sudah pun wafat. Oleh itu ayat ini adalah berkenaan isteri-isteri nabi. Namun kenapa pula isteri-isteri nabi tidak dikira sebagai Ahlul Bait? Sedangkan Sayidah Fatimah Zahra pula dan Imam Ali tinggal bersama Hasan dan Husain dalam rumah yang berasingan. Ayat ini pun turun pada zaman tersebut maka sudah tentu ia meliputi isteri-isteri nabi, iaitu isteri-isteri nabi pun Ma’sum dan sudah tentulah isteri-isteri nabi termasuk juga Ahlul Bait nabi. Sila rujuk pada penerangan ini habis-habisan dan sila jawab dengan sumber-sumber yang muktabar. Terima kasih.

Jawapan:1. Ayat tersebut sewaktu menceritakan tentang isteri-isteri nabi menggunakan ‘Dhamir Muannath’, seperti:من يات منکن - و من يقنت منکن - لستن - ان اتقيتن - تخضعن - وقرن - بيوتکن و ....Namun ketika sampai pada ayat Tathir, ‘Dhamir Jama’ Muzakkar’ pula dipakai pada ayat itu seperti:ليذهب عنکم - ويطهرکم .Maka diketahuilah ‘Mukhatab’ dalam ayat Tathir bukanlah ‘Mukhatab’ dalam ayat sebelum dan selepasnya itu.2. Adapun isteri-isteri nabi ramai dan berbeza pula rumah yang mereka tinggal. Oleh itu dalam ayat 32 disebut (وقرن في بيوتکن) dan jikalau ayat tersebut termasuk ayat Tathir pastilah menggunakan ayat (اهل البيوت) kerana ingin mengatakan mereka itu Ahlul Bait (اهل البيت)3. Menurut riwayat dari Sahih Muslim dan yang lainnya, ketika ayat Tathir diturunkan, Rasul yang mulia (s) memasukkan Ali, Fatimah, Hasan dan Hussain dibawah selimut dan ayat suci tersebut dibacakan.قَالَتْ عَائِشَةُ خَرَجَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم غَدَاةً وَعَلَيْهِ مِرْطٌ مُرَحَّلٌ مِنْ شَعْر أَسْوَدَ فَجَاءَ الْحَسَنُ بْنُ عَلِيّ فَأَدْخَلَهُ ثُمَّ جَاءَ الْحُسَيْنُ فَدَخَلَ مَعَهُ ثُمَّ جَاءَتْ فَاطِمَةُ فَأَدْخَلَهَا ثُمَّ جَاءَ عَلِيٌّ فَأَدْخَلَهُ ثُمَّ قَالَ (إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا).صحيح مسلم: 7 /130 ح 6414.4. Dalam Sahih Muslim menurut riwayat Zaid bin Arqam telah ditanya adakah isteri-isteri nabi disebut sebagai Ahlul Bait atau tidak? Beliau menjawab isteri seorang lelaki tidak dikira sebagai Ahlul Bait kerana perempuan-perempuan hanya suatu waktu tinggal bersama lelaki, namun di akhir waktu setelah ditalak, ia akan pergi ke rumah ayahnya.إنّ زيد بن أرقم سئل عن المراد بأهل البيت هل هم النساء ؟ قال: لا / وأيم اللّه ، إنّ المرأة تكون مع الرجل العصر من الدهر ، ثمّ يطلّقها ، فترجع إلى أبيها وقومها.صحيح مسلم: ج 7 ص 123، (رقم 6381)، كتاب فضائل الصحابة، باب فضائل علي بن أبي طالب (ع).5. Isteri-isteri rasulullah sedikitpun tidak pernah dipanggil dalam ayat Tathir yang mana termasuk diri kami. Namun sedikit khilaf dinukilkan seperti Ummu Salamah yang berkata setelah turunnya ayat Tathir dan memuliakan baginda Rasulullah, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain (a.s.). Saya maju dan kepada baginda Rasulullah dan bertanya, apakah saya bersama mereka wahai Rasulullah? Baginda menjawab sesungguhnya engkau di atas kebaikan:صحيح ترمذي:عن أمّ سلمة، أنّ النبي صلى الله عليه وسلم جلل على الحسن والحسين وعلى وفاطمة كساء ثمّ قال : «اللهم هؤلاء أهل بيتى وحامّتي أذهب عنهم الرجس وطهّرهم تطهيراً. فقالت أم سلمة : وأنا معهم يارسول الله ؟ قال: إنّك على خير. هذا حديث حسن صحيح . وهو أحسن شئ روى في هذا الباب.سنن الترمذي: ج 5 ص 361. رواه الحاكم قائلا: هذا حديث صحيح على شرط البخاري ولم يخرجاه. المستدرك: 2/ 416، 3/ 146. وقال بعد نقل رواية اخرى بعد ذلك: هذا حديث صحيح على شرط مسلم ولم يخرجاه. المستدرك: 2/ 416.وروى أيضاً عن عن عمر بن أبي سلمة قال: (لما نزلت هذه الآية على النبي (صلى الله عليه وآله): (إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرا) في بيت أم سلمة، فدعا فاطمة وحسناً وحسيناً، فجللهم بكساء وعلي خلف ظهره، فجلله بكساء، ثم قال: اللهم، هؤلاء أهل بيتي، فاذهب عنهم الرجس وطهرهم تطهيراً، قالت أم سلمة: وأنا معهم يا رسول الله؟ قال: أنت على مكانك وأنت إلى خير).سنن الترمذي 5: 328. قال عنه الألباني: صحيح. صحيح سنن الترمذي، الألباني 3: 306 ح 3205.

Dalam riwayat Suyuthi dan Tabrani dan Ahmad bin Hanbal dinukilkan bahawa Ummu Salamah berkata, saya maju dan cuba masuk dalam selimut, baginda Rasulullah (s) menarik selimut dari tangan saya dan tidak mengizinkan saya menyertai dalam selimut tersebut:

عن أمّ سلمة أنّها قالت: «فرفعت الكساء لأدخل معهم فجذبه من يدي وقال: إنّك على خير .مسند أحمد ج 6 ص 323، المعجم الكبير للطبراني ج 3 ص 53،الدر المنثور ج 5 ص 198.

Dengan ini jikalaulah mana-mana isteri nabi dikatakan Ahlul Bait juga dan mereka pun termasuk dalam ayat Tathir, maka sudah tentu Ummu Salamah dapat mengambil selimut ditangan nabi itu dan memasukinya.


پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini