Personaliti agung Ali bin Abi Talib

  • News Code : 201948
Beberapa tauladan dalam kehidupan Amirulmukminin Ali bin Abi Talib

Ali bin Abi Talib mempunyai banyak kelebihan yang mana setiap satu darinya menyingkap birai keperibadian agung beliau.

 

Sifat eklusif tokoh didikan Rasulullah ini tidak dapat dirungkai dengan ringkas kerana keluasan dimensi keperibadian beliau ternyata berbilang dan berbagai entitinya. Ali selaku pemimpin yang memimpin telah didaftarkan keistimewaan dan tauladannya dalam lembaran-lembaran sejarah Islam yang boleh mencetuskan pengaruh kritis ke atas sikap individu, hubungan kekeluargaan, kemasyarakatan dan pentarbiyahan generasi akan datang.

 

Keadilan

 

Sifat terpuji Ali bin Abi Talib yang sangat menonjol padanya ialah keadilan. Ali menganggap keadilan adalah fondasi penciptaan, barangsiapa yang khilaf dengan fondasi ini akan dihukum sebagai seteru dan riwayat hidupnya akan berkesudahan dengan kebinasaan.  Beliau juga menganggap keadilan adalah suatu konsodilasi  rakyat dan memperindahkan institusi pemerintahan.

 

Musuh Ali yang tidak dapat menahan derita kebencian telah bangun merencanakan kesyahidan beliau. Akhirnya khalifah Islam ini syahid di atas pemerintahan yang adil.

 

Bekerjasama dalam urusan kehidupan

 

Banyak masalah yang timbul di tengah-tengah masyarakat sepanjang hayat Ali termasuk kebimbangan terhadap unsur-unsur yang ingin menggugat agama Islam. Walau bagaimana pun Ali tidak pernah lalai tanggungjawabnya menguruskan rumahtangga dengan pertolongan isterinya Fatimah az-Zahra.

 

Walaupun beliau dalam keadaan menimang cahayamata, isterinya tersibuk memasak roti atau mengisar gandum, namun Ali masih keluar berjihad dan pulang dengan luka-luka. Fatimah menyambut beliau, merawat kecederaannya dan mencuci pedangnya. Kerana ini Ali dapat memaksimumkan kerja-kerjanya secara efisyen dan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam kehidupannya. Fatimah Zahra juga turut berjaya menyempurnakan ibadat, mempertahankan wilayat,  melaksanakan tugas rumahtangga dan  yang paling penting mendidik anak-anak.

 

Pengaturan keluarga

 

Dari dalam rumah Ali bin Abi Talib muncul insan-insan yang berharga bersama tauladan yang bernilai. Penghuninya tidak pernah sekali-kali melupai tuhan. Pengorbanan dan infaq bagi mereka adalah urusan yang unggul. Mereka sanggup menghadiahkan apa yang terbaik yang dimiliki demi kesenangan orang lain. Mengucapkan takbir, mengerjakan solat di awal waktu merupakan amalan yang menguasai kehidupan mereka.

 

Semangat mesyuarat dalam pengaturan aktiviti harian turut mempengaruhi kehidupan keluarga beliau di mana Ali dan Fatimah menjadi konsultannya.

 

Ahli politik dan berkorban demi Islam

 

Sepintas lalu Amirul Mukminin adalah model contoh dalam lapangan jihad, tulus ikhlas mencurah bakti dan ahli politik yang tajam pemikirannya. Bahkan ahli keluarganya telah disebut-sebut dalam sejarah seperti Fatimah az-Zahra seorang pejuang yang lantang bersuara di zaman Nabi dan setelah wafat baginda. Lebaran sejarah telah mencatatkan Fatimah telah syahid, Ali wafat dalam keadaan luka yang parah, Hasan telah diracun, Husain disembelih, Zainab dan Kulthum menjadi tawanan.

 

Kemesraan

 

Kemesraan dengan tetamu, ramah tamah kepada seluruh anggota keluarga merupakan salah satu sifat terpuji beliau. Seorang demi seorang anggota keluarganya tidak hanya menjadi pembimbing umat Islam, bahkan di rumah mereka juga tidak berlengah-lengah membantu dan menjaga ahli keluarga yang lain disamping sesama mereka bersatu hati.

 

Pembantu isteri

Pembahagian kerja di rumah, memberikan kebahagiaan kepada isteri, menghulurkan bantuan kepada isteri, memimpin rumahtangga dengan penuh kasih sayang adalah sebahagian dari fondasi kekeluargaan Ali bin Abi Talib.

 

Mendidik anak-anak

Mengucapkan kalimah azan dan iqomah di telinga anak, memilih nama baik untuk anak, tidak memilih kasih antara anak-anak dan istiqomah dengan dasar keadilan.

 

Beliau mempunyai program latihan sendiri untuk anak-anak antaranya ialah atucara pendekatan dan tarbiah ibadah untuk putera puterinya, mendewasakan anak dengan adab, akhlak Islami, menggunakan kesempatan berbeza untuk mendidik pengalaman dan nasihat, memperkenalkan penyimpangan dan syubhat di kalangan masyarakat, menganjurkan pembacaan sejarah, berpesan-pesan dengan kesabaran ketika ditimpa musibah dan menghadapi masalah dunia, menerima tanggungjawab ketika mampu menanggungnya, mengatur urusan hidup dengan rapi, mempunyai hubungan ramah dengan keluarga, saling hormat dan menghormati.

 

Tiada syak lagi rumah yang mempunyai didikan seperti ini memberi pengaruh yang sangat besar terhadap personaliti anak-anak. Kerana itulah jasa bakti Hasan, Husain, Zainab masyhur dan abadi di dalam sejarah.
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini