Emamzadeh Abdullah Syah Ghazi, sanak saudara Ahlul Bait di Karachi

  • News Code : 207994
  • Source : ABNA

Penulis: Farhat Husian Mahdawi

Abu Muhammad Abdullah bin Muhammad bin Abdullah bin Hasan bin Husain bin Hasan bin Ali bin Abi Talib (as) terkenal dengan gelaran Emamzadeh Abdullah Syah Ghazi. Beliau lahir pada tahun 98 Hijrah dalam tumah Sayed Muhammad Nafas Zakiyah di Madinah.

Ayah beliau Muhammad Nafas Zakiyah anak kepada Sayed Abdullah Mahad dan dari jalur Hasan Muthna yang bersambung keturunannya dengan Imam Hasan al-Mujtaba bin Ali bin Abi Talib (as).

Abu Ahmad Abdullah al-Asytar belajar daripada ayahnya dan sebahagian sejarawan mengatakan beliau adalah salah seorang ahli Hadis.

Abullah di zaman kerajaan Mansur Dawaniqi berhijrah dari Bashrah ke Sind (sebahagian menulis beliah berhijrah di zaman Harun Abbasi). Walau bagaimana pun beliau berhijrah ke sana dengan tujuan menyebarkan ilmu dan Islam. Kedatangan beliau diterima baik oleh masyarakat rantau tersebut dan selama 12 tahun tablighnya ratusan orang telah menerima Islam.

Ayah beliau setelah zaman kemerosotan pemerintahan Bani Umayyah tahun 138 Hijrah bangun untuk menegakkan kerajaan Alawi dan saudaranya Ibrahim bin Abdullah telah dikirim ke Bashrah. Ibrahim telah ditangkap oleh penguasa dan ia digantung di dinding sampai mati. Sehingga kini dinding tersebut masih wujud.

Abdullah telah mendapat khabar kesyahidan ayah dan bapa saudaranya dan khalifah bani Abbasiyah telah mengeluarkan arahan supaya beliau ditangkap. Namun Hafs bin Umar gabenor Sind menulis kepada khalifah bahawa individu ini tidak wujud di wilayahnya. Abdullah dikirim ke sebuah wilayah berpantai dan seorang Raja Hindu menerimanya sebagai tetamu.

Beliau meninggal pada tanggal 20 Zulhijjah tahun 151 Hijrah dan dimakamkan di wilayah Klipton kota Karachi di tepian pantai. Makam beliau sentiasa dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat yang berbilang mazhab dan agama untuk memohon hajat.


پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini