Ayatullah Alawi Gurgani;

Dosa mengurangkan makrifat

  • News Code : 487162
  • Source : ابنا
Brief

Salah seorang marja' taqlid Syiah berkata, "Sekiranya insan mengetahui hubungan Allah dengannya, maka ia akan berusaha sedaya upaya agar hubungan ini tidak luput. Ini menunjukkan betapa Allah Maha Mengasihi makhlukNya."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Alawi Gurgani dalam ceramahnya pada tengahari Sabtu lalu menceritakan tentang peranan penting pertahanan negara dan berkata, "Salah satu penampilan yang sering menimpa manusia ialah cepat leka dalam setiap pekerjaan.

"Ayat al-Qur'an menjelaskan bahawa Insan perlu berfikir, Nabi (s.a.w) juga memohon kepada Allah agar manusia sedar dan beringat," kata beliau.

Marja' taqlid Syiah ini menjelaskan tanggung jawab sebenar para nabi ialah memberikan peringatan dan menyampaikan hukum hakam daripada Allah (s.w.t).

"Ulama juga sebenarnya memerlukan peringatan. Oleh itu peringatan perlu ada dalam masyarakat," kata beliau lagi.

Guru hauzah yang terkenal ini menceritakan tentang kepentingan mengambil manfaat daripada ucapan para ulama untuk berbagai individu dalam masyarakat, "Sekiranya penerangan dari berbagai sudut tidak disampaikan kepada masyarakat, individu-individu masih perlu memanfaatkan pemikiran dari ucapan-ucapan kerohanian."

Beliau turut menegaskan betapa pentingnya kita mengkaji sebab-sebab pengutusan para nabi. Kata beliau, "Bagi mengelakkan insan dari kelalaian, dan menimbulkan teladan kepadanya, maka timbullah konsep hari kebangkitan iaitu kehidupan manusia tidak terbatas di dunia material ini semata-mata.

"Sekiranya insan mengetahui hubungan Allah dengannya, maka ia akan berusaha sedaya upaya agar hubungan ini tidak luput. Ini menunjukkan betapa Allah Maha Mengasihi makhlukNya," ujar beliau.

Ayatullah Gurgani mengingatkan bahawa manusia hendaklah mencari kasih sayang dan hubungan di dengan Penciptanya.

"Sekiranya insan mengenal kasih sayang ini, maka ia pasti akan mencegahnya dari perbuatan dosa," jelas beliau.

Sambil menukilkan riwayat daripada Nabi (s.a.w), beliau menegaskan, "Para imam maksum mencapai peringkat tidak berfikir untuk berbuat dosa. Tidakkah insan mempunyai kelebihan sehingga tidak memikirkan dosa? Ini disebabkan ia telah meraih makrifat yang sempurna."

Selain itu, beliau menceritakan bahawa kematian yang tiba akan menukarkan semua kesangsian kepada keyakinan. Kata beliau lagi, "Tatkala Munkar dan Nakir bertanya kepada manusia, orang yang tidak lalai pasti mampu menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka dengan mudah, dan perjalanan ini pun tidak mudah dilalui."

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini