Cinta Ahlul Bait (a.s) mendominasi jiwa Haji Abu Ali untuk menjadi khadam penziarah hingga ke akhir hayat

  • News Code : 655614
  • Source : Abna.ir
Brief

Abu Ali yang berusia lebih 60 tahun berharap akan menjadi khadam sepanjang riwayat hidupnya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Sekiranya anda berjalan kaki menuju ke Karbala dari Basrah, pasti anda akan bersua dengan Haji Abu Ali yang mengagihkan kuih Arab demi meraih keberkatan berbakti kepada penziarah Imam Husain (a.s).

Sebaik sahaja subuh menyinsing, beliau yang sudah melangkau usia 60-an tidak jemu untuk bangun awal dan menunggu penziarah melalui jambatan Shat al-'Arab di Basrah.

Beliau sanggup bersusah payah untuk memenuhi apa keperluan para penziarah. Sejak pagi tangannya sentiasa menghulurkan segelas kopi panas kepada penjalan kaki.

Abu Ali berkata, "Sudah lapan hari saya berdiri di jalan ini, saya tidak merasa letih untuk menjadi khadam kepada para penziarah. Setelah lapan hari ini tidak ada lagi penziarah yang bergerak dari Basrah ke Karbala untuk saya menjadi khadam mereka. Jadi saya berazam untuk bermastautin di dalam Husainiyah az-Zahra (a.s) yang telah dibangun oleh warga Basrah di antara jalan pergerakan penziarah dari Najaf ke Karbala supaya saya dapat berkhidmat kepada penziarah Imam Husain (a.s) yang terakhir."

Beliau berkata, "Hari Arba'in, saya sendiri akan sampai ke Karbala untuk melaksanakan ziarah Arba'in, dan berdoa agar dapat menjadi khadam penziarah sepanjang usia."

Tidak sekadar berusia lanjut, malah Abu Ali sedang menderita sakit kaki. Namun itu semua tidak menghalang beliau bergerak menuju ke Karbala dengan berjalan kaki hasil refleksi cinta kepada Ahlul Bait (a.s).

...............


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini