Wawancara bersama Ayatullah Dr. Husaini Qazwini di Televisyen Salam;

Kisah dongeng Abdullah bin Saba (1)

  • News Code : 230715
  • Source : ABNA
Ayatullah Dr. Husaini Qazwini memberi penjelasan tentang personaliti yang ditolak oleh Sunni dan Syiah iaitu Abdullah bin Saba. Namun golongan Wahabi memilihnya untuk dihikayatkan sebagai pengasas Syiah.

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Saluran televisyen Salam tanggal 13/01/1388(Sumber-sumber riwayat diambil dari peranti lunak Maktabah Ahlul Bait (a.s)

Yasini:Personaliti Abdullah bin Saba dipergunakan oleh golongan Wahabi sebagai keraguan untuk mengatakan bahwa Syiah telah diasaskan oleh beliau. Bolehkah tuan terangkan perkara ini, apakah beliau benar-benar wujud atau hanyalah kisah dongeng semata-mata.

Ayatullah Qazwini:Salah satu keraguan yang dianggap paling lama buat menghadapi kebudayaan nurani Syiah ialah: tuduhan pengasas dan fondasi mazhab Syiah merupakan seorang Yahudi yang bernama Abdullah bin Saba. Ibnu Taimiyyah menerangkan perkara ini, setelah beliau Dahlawi, Ihsan Ilahi Zahir sampai sekarang beberapa pensyarah di universiti-universiti Arab Saudi seperti Dr. Qaffari dan yang lain lagi menceritakan hal yang sama. Dalam sebahagian wawancara bersama Wahabi terutama sekali di akhir-akhir 3 bulan yang silam, saya melihat mereka terlalu sering mencanangkan perkara tersebut, mereka mengaitkan mazhab Syiah dengan Abdullah bin Saba. Di sini saya juga akan membacakan persoalan mazhab Wahabi sehingga penonton yang dihormati mengetahui betapa Mazhab Ahlul Bait dan mazhab Syiah ini berdasar dari matan al-Quran dan benar-benar menepati kebudayaan Muhammadi (s.a.w), dan bagaimana mereka telah canangkan ucapan yang tidak berasas, sehingga dalam perkara ini, mereka sendiri turut terjebak dalam berselisih pendapat serta masing-masing saling mempunyai objektif-objektif tersendiri. Anda semua lihatlah, Ibnu Taimiyyah selaku pemuka Wahabi di dalam kitab Majmu’ Fatawa mereka cipta pembohongan ini:

أن أصل الرفض من المنافقين الزنادقة، فإنه ابتدعه ابن سبأ الزنديق و أظهر الغلو في علي بدعوى الإمامة و النص عليه و ادعى العصمة له.مجموع الفتاوي لإبن‌تيميه، ج4، ص435

 

Golongan Rafidhah berasal daripada kaum munafiq dan zindiq, yang bernama Abdullah bin Saba al-Zindiq, beliau melahirkan ketaksuban yang berlebihan tentang Ali dengan dakwaan kononnya ia adalah Imam, kemudian membawa bukti (bahawa Nabi melantiknya sebagai Imam), serta mendakwa kema’sumannya. -Ibnu Taimiyah, Majmu’ al-Fatawa, jilid 4 halaman 435.

Begitu juga di dalam berbagai kitab yang lain, beliau telah menyatakan perkara tersebut, dan menarik perhatian di sini, beberapa pemuda dan syaikh saudara kita daripada golongan Ahlusunnah membayangkan Wahabi adalah sebahagian daripada Sunni. Pihak Wahabi sentiasa menggula-gulakan mereka, di mana sahaja saudara Ahlusunnah tinggal, samada di dalam atau di luar negara, pihak Wahabi  cuba membawa khabar tentang kedudukan Syiah. Ketika ditanya apakah pandangan mereka tentang Syiah, mereka akan menjawab:

 

اول من ابتدع القول بالعصمة لعلي و بالنص عليه بالخلافة هو رأس هولاء المنافقين عبدالله بن سبأ، فأظهر الإسلام و أراد فساد دين الإسلام کما أفسد بُلس دين النصارا.

 

Orang yang pertama yang mengasaskan kema’suman Ali, dan membawa nas kekhalifahan beliau ialah kepala kaum munafiq iaitu Abdullah bin Saba. Dia menzahirkan diri sebagai Islam sambil berhasrat menghancurkan Islam, sama halnya seperti Buls menghancurkan agama Nasrani, untuk merosakkan agama Masihi ia masuk Kristian.

Ibnu Taimiyah mangatakan: “Syiah adalah pengikut Abdullah bin Saba” dan..:

فلا يصلون جمعة و لا جماعة.

“Syiah tidak solat Jumaat mahupun solat Jema’ah”.

Penonton yang dihormati, dalam berbagai negara yang mempunyai penduduk, perhimpunan dan penerbitan Syiah, saksikanlah sendiri, apakah yang telah Ibnu Taimiyah katakan? Ia mengatakan begini: “Syiah tidak ke masjid dan mengagungkan kuburan”. (Majmu’ al-Fatawa Ibnu Taymiyah, jilid 4 halaman 518). Insyallah dalam forum yang lain, kita akan bicarakan perkara ini.

Ia (Ibnu Taimiyyah) turut mengatakan, seluruh riwayat Syiah yang dinukil daripada Ahlul Bait adalah bohong, tidak ada riwayat yang mereka dengar daripada Ahlul Bait, semuanya adalah ciptaan Abdullah bin Saba. Sementara itu mereka juga turut percaya bahawa Ali bin Abi Talib membunuh atau membakar Abdullah bin Saba.

Ihsan Ilahi Zahir seorang yang terkenal di kalangan Wahabi telah menukilkan perkara tersebut daripadanya (Ibnu Taimiyah), dan topik ini telah diterjemah dan disebarkan. Ihsan berimiginasi mempunyai perkara baru, namun ia hanyalah menerangkan topik tidak berasas daripada Ibnu Taimiyyah dan Dahlawi sehingga kitab-kitab beliau lebih mirip caci maki berbanding dengan kitab Islam. Saya mempunyai sebuah kitab yang bernama Syi’ah wa Tasyayyu’ dan tajuk ini ada dibicarakan di dalam halaman 267.

Abdul Aziz Dahlawi di dalam kitab Tufatul Ithna ‘Syariyyah - sebenarnya ia kitab penghinaan terhadap Syiah – Di halaman 9 dan 53, cetakan Pakistan telah membahas perkara ini secara berasingan.

Dr. Qaffari, salah seorang pemimpin dan idealog Wahabi, kitab beliau dicetak  oleh kerajaan Arab Saudi dan diedar dengan beratus ribu naskah sehingga ia menjadi mata pelajaran Universiti Antarabangsa Madinah. Dalam kitab Ushul Mazhab al-Syiah al-Imamiyyah, jilid 2 halaman 792 telah membahaskan kata-kata Ibnu Taimiyyah, Dahlawi dan Ihsan Ilahi Zahir dengan mengatakan:

 

تمام مباحثي که امروز، شيعه مطرح مي‌کند و عقائد شيعه نسبت به وصايت اميرالمؤمنين (عليه السلام) و عصمت ائمه (عليهم السلام) و بحث رجعت، به فردي به نام عبدالله بن سبأ يهودي برمي‌گردد.

Seluruh perbahasan tentang Syiah hari ini tentang kema’suman pada Imam, Raj’at telah diterangkan dengan merujuk kepada seorang Yahudi Abdullah bin Saba.

Oleh kerana keraguan ini menjadi sensasi utama buat golongan Wahabi, mereka menggunakannya demi mendapatkan tempat di tengah masyarakat dan mempengaruhi akidah pemuda-pemudi. Insyallah kita akan bahaskan perkara ini satu persatu. Dengan kuasa Allah (s.w.t), kami akan terangkan Abdullah Ibnu Saba dengan mendedahkan seorang yang zindiq di kalangan Ahlusunnah bernama Sayf bin Umar yang sentiasa mencanang kisah dongeng, khayalan, ciptaan dan hadis rekaan.

Yasini:Apakah sebab utama Wahabi mencipta Abdullah bin Saba?

Ayatullah Qazwini:Setelah saya menyelidik perkara ini secara meluas, saya telah mengemukakan jawapan kepada Dr. Qaffari di dalam kritikan kitab Ushul Mazhab Syiah Imamiyyah. InsyaAllah saya berjanji kepada hadirin yang dikasihi sekalian  dalam waktu mendatang. Tidak lama lagi, sebuah kitab bebas tentang kisah dongeng Abdullah bin Saba akan menemui orang awam dalam bahasa Arab dan Parsi. Apabila sampai kepada kesimpulannya, saya dapati tiga perkara asasi yang menyebabkan kisah dongeng Abdullah bin Saba direka cipta iaitu:

Stimulasi pertama:

Sebahagian ekstrimis daripada golongan Wahabi dan Ahlusunnah melihat pemikiran Syiah tentang Imamah, khilafah dan kema’suman Ahlul Bait mempunyai asas dari al-Quran dan Sunnah. Dalam kitab-kitab lama dan baru yang telah ditulis telah membuktikan seluruh akidah Syiah mempunyai dalil bertepatan dengan kitab-kitab Ahlusunnah, pendapat para ahli tafsir, ahli hadis Ahlusunnah dengan sanad yang sahih, seperti yang ditulis dalam kitab al-Ghadir yang sangat berharga karangan ‘Allamah Amini, kitab Ihqaq al-haq yang tiada tandingannya daripada Qadi Nurullah Syusytari, serta beberapa kitab terbaru yang lain.

Mereka melihat dengan penciptaan Abdullah bin Saba ini adalah jalan terbaik menyesatkan sekurang-kurangnya golongan muda, supaya mereka tidak lagi mendengar dan memberi perhatian kepada kata-kata Syiah, kerana muara mazhab ini merujuk kepada seorang Yahudi yang bernama Abdullah bin Saba.

Stimulasi ke-dua.

إن تمسکتم بهما، لن تضلوا بعدي.

Jikalau berteguh dengan keduanya, kalian tidak akan sesat selama-lamanya.

Dengan itu mereka mampu membariskan sunnah sahabat setara dengan sunnah Nabi selain menjadikan bicara sahabat sebagai tempat rujukan Islam dan Syariat. Mereka dapat beriktiqad dengan keadilan sahabat atau dengan kata lain, beriktiqad dengan kema’suman para sahabat, kata-kata mereka adalah firman Allah dan syariat Islam. Sedangkan kita berhati-hati dan tidak melihat kata-kata sahabat sebagai sumber syariat.

Selain itu mereka melihat ada perbalahan sengit di kalangan para sahabat ini setelah kewafatan Nabi (s.a.w). Kekecohan di antara mereka tercetus dalam pembunuhan Usman. Dalam peristiwa perang Jamal, tokoh-tokoh besar seperti Amirul Mukminin (a.s), Ibnu ‘Abbas, Imam Hasan (a.s), Imam Husain (a.s) dan beberapa orang sahabat yang terkenal berada di satu pihak. Manakala satu pihak lagi terdiri daripada Ummul Mukminin ‘Aisyah, Talhah, Zubair dan yang lain-lain lagi dan memakan korban hampir 30,000 orang.

Dalam peperangan Siffin, satu pihak terdiri daripada Amirul Mukminin (a.s) dan beberapa orang yang terkenal. Sebelah pihak lagi terdiri daripada Muawiyah, ‘Amru ‘Ash yang mereka gambarkan orang-orang ini sebagai sahabat.

Bagaimana mungkin orang-orang yang berkeadaan begini boleh diambil sebagai sumber syariat? Mereka ingin menerima kata-kata Ali (a.s) atau Talhah? Mereka menerima bicara Ibnu Abbas, Imam Hasan, Imam Husain, Ammar atau kata-kata Zubair, Muawiyah, ‘Amru ‘Ash dan Marwan? Oleh kerana itu mereka rasa peperangan dan perselisihan antara para sahabat tidak dapat dijelaskan. Salah seorang ulama Kalam Sunni bernama Taftazani, wafat tahun 791 Hijrah di dalam kitab Syarh Maqasid ada menceritakan perkara ini. Para penonton sila teliti kata-kata Taftazani:

 

Semenjak kewafatan Nabi (s.a.w), Ahlul Bait telah dipinggirkan. Orang ramai telah memisahkan diri mereka dari Ahlul Bait dan pergi kepada Sahabat sedangkan Nabi (s.a.w) bersabda tentang perkara berharga:

أن ما وقع بين الصحابة من المحاربات و المشاجرات على الوجه المسطور في كتب التواريخ و المذكور على ألسنة الثقاة، يدل بظاهره على أن بعضهم قد حاد عن طريق الحق و بلغ حد الظلم و الفسق و كان الباعث له الحقد و العناد و الحسد و اللداد و طلب الملك و الرياسة.شرح المقاصد في علم الكلام للتفتازاني، ج2، ص306

 

Apa yang terjadi di antara sahabat, iaitu peperangan dan pertempuran dengan sanad yang sahih di dalam kitab-kitab sejarah, menunjukkan bahawa sebahagian daripada mereka menyimpang dari jalan yang benar sehingga melampaui batas kezaliman dan kefasikan. Ini disebabkan kedengkian, keras kepala, hasad dan gila kuasa. - Syarh Maqasid fi ‘Ilm Kalam Li Taftazani, jilid 2 halaman 306.

Oleh itu, mereka cuba membawa dua masalah untuk membenarkan perselisihan besar di kalangan sahabat, peperangan, pembunuhan dan pengkafiran sesama sahabat. Pertamanya mereka menuduh seluruh perselisihan antara para sahabat merujuk kepada seorang Yahudi yang bernama Abdullah Ibnu Saba.

Dr. Ahmad Mahmud Subhi, pensyarah falsafah universiti Iskandariah Mesir berterus terang dengan mengatakan, “Ada satu hakikat yang tidak diambil peduli oleh para sejarawan dan mengenepikannya dengan mudah, iaitu peristiwa menyakitkan dan pahit di dalam sejarah Islam seperti pembunuhan khalifah ke-tiga dan perang jamal”.

و قد شارک فيها کبار الصحابة و زوجة الرسول.

Yang terlibat di dalamnya adalah para sahabat dan isteri Rasulullah (s.a.w).

Selain itu mereka saling mengkafirkan dan menganggap pembunuhan adalah wajib. Para sejarawan melihat tidak ada jalan yang lain untuk memberi penerangan tentang pembunuhan, saling memfasiqkan dan mengkafirkan antara satu sama lain.

كان لا بد أن تلقى مسؤولية هذه الأحداث الجسام على كاهل أحد و لم يكن من المعقول أن يحتمل وزر ذلك كله صحابة أجلاء أبلوا مع رسول الله (صلي الله عليه و آله و سلم) بلاء حسنا، فكان لا بد أن يقع عبء ذلك كله على ابن سبأ فهو الذي أثار الفتنة التي أدت لقتل عثمان و هو الذي حرض الجيشين يوم الجمل على الالتحام على حين غفلة من علي و طلحة و الزبير.

Hendaklah apa yang terjadi di antara sahabat disandangkan kepada seorang yang mampu bertanggung jawab dalam masalah ini. Tidak ada lagi orang yang terbaik untuk dikaitkan dengan fitnah ini selain Abdullah bin Saba. Maka dialah yang menyebabkan kesan fitnah untuk kelengkapan pembunuhan Usman.

Oleh itu penjelmaan Ibnu Saba ini adalah rekaan semata-mata di mana seluruh perbalahan perang Jamal, pembunuhan Usman dan peperangan antara sahabat diletakkan kepada beliau.

Stimulasi ke-tiga.

Mereka memberi fatwa dan berkata bahawa:  tidak ada jalan keluar dari yang tersemat di dalam sejarah tentang topik khilaf sunnah dan al-Quran, kafir-mengkafir dan saling mengkafirkan sebagai berikut:

إلا أن العلماء لحسن ظنهم بأصحاب رسول الله ( ص ) ذكروا لها محامل و تأويلات.شرح المقاصد في علم الكلام للتفتازاني، ج2، ص306

Para ulama berbaik sangka terhadap para sahabat Rasulullah (s.a.w), menyebutnya (perbalahan dan pengkafiran) sebagai takwil-takwil mereka. - Syarh al-Maqasin fi ‘Ilm al-Kalam Li Taftazani, jilid 2 halaman 306.

Ketika ‘Aisyah, Talhah dan Zubair tampil berdepan dengan Ali (a.s), Ammar, Ibnu Abbas, Imam Hasan (a.s) dan Imam Husain (a.s), kelompok ini percaya membunuh mereka itu adalah wajib, Imam Ali juga berdiri menghadapi mereka. Dalam peperang Siffin yang berlarutan selama 18 bulan, Muawiyah, ‘Amru ‘Ash, Marwan dan yang lain-lain lagi menganggap bahawa membunuh Ali (a.s) dan ‘Ammar adalah wajib. Andainya mereka anggap tidak wajib, pastilah mereka tidak akan ikut berperang. ‘Ali juga turut menganggap bahawa membunuh Muawiyah itu wajib. Saya pernah berbahas dengan tokoh-tokoh Wahabi, sekiranya perbahasan sudah sampai di sini, ketika saya menerangkan perbahasan tentang sahabat dan perselisihan antara mereka, mereka akan berkata berkali-kali: ianya sudah berlalu, kita tidak boleh membahaskannya.

تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَ لَكُمْ مَا كَسَبْتُمْ وَ لَا تُسْأَلُونَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ   

             (سوره بقره/آيه134)

 

Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan. (Surah al-Baqarah ayat 134)

Kata mereka: apa hak kita dengan Ali? Atau apa urusan kita dengan Talhah, Zubair dan Muawiyah? Kewajiban kita ialah menyampaikan salam di mana Muawiyah berada di dalam syurga. Begitu juga Ali (a.s) sedang berada di dalam syurga.

Ketika perbahasan ini kami syarahkan, mereka juga mengatakan jangan membahaskannya dan ia tidak mendatangkan kebaikan. Ibnu Hajar mengatakan:


Liputan Khas Kesyahidan  Pemimpin Tentera Islam  Haji Qasem Soleimani dan Abu Mahdi al-Muhandis
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini