$icon = $this->mediaurl($this->icon['mediaID']); $thumb = $this->mediaurl($this->icon['mediaID'],350,350); ?>
Pengarah filem Amerika;

Saya sudah masuk Syiah dan peribadi Ali menarik perhatian saya

  • News Code : 297991
  • Source : ABNA.co

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengarah Filem Amerika, Sean Stone atau anak lelaki pelakon terkenal, Oliver Stone telah memeluk agama Islam di Iran baru-baru ini dengan memilih Syiah sebagai mazhabnya. Selain itu beliau turut menukar nama kepada Ali. Sepanjang berada di Iran dalam rangka menghadiri Seminar Kajian Filem Hollywood, beliau sempat bertemu dengan dan berdialog dengan para penggiat seni Iran.

Antara wawancara beliau dengan wartawan Fars adalah seperti berikut:

-Apakah sebab anda masuk Islam?

Sean Stone: Agama Islam melestarikan kalimah Allah; iaitu Tuhan yang mengutuskan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan seluruh mazhab dan Ushul agama telah disatukan. Nabi Muhammad telah menyatukan umat manusia yang telah kufur. Saya mengerti keberanian dan pengetahuan Rasulullah (s.a.w), kerana itu saya masuk Islam.

-Apakah keluarga anda mengetahui keislaman anda?

Sean Stone: Saya tidak tahu.

-Apakah yang anda fikirkan tentang reaksi mereka tentang perkara ini?

Sean Stone: Sebenarnya dengan Islam, saya menjadi pengikut seluruh agama terdahulu. Kita semua dalam perhatian Tuhan yang berkuasa. Agama dan mazhab yang lain seperti Islam juga yang menyembah Tuhan yang maha esa. Oleh itu La Ilaha Illallah bukanlah fahaman yang baru. Bahkan ia sentiasa mengiringi berbagai agama walaupun tafsirannya berbeza.

-Mengapakah anda masuk Islam dalam usia 27 tahun?

Sean Stone: Keislaman saya adalah kehendak Allah, saya bukanlah orang yang menentukan masanya.

-Apakah pandangan anda tentang Al-Quran?

Sean Stone: Saya membaca Al-Quran. Sudah tentu pembacaan selama satu malam tidak menyebabkan seseorang menjadi muslim. Hendaklah seluruh hidupnya membaca Al-Quran.

- Apakah perasaan anda ketika mengucap dua kalimah syahadah?

Sean Stone: Saya merasakan berada dalam situasi kerohanian dan kesucian, pemikiran saya ada hubungan khusus dengan Allah.

- Mengapakah anda memilih nama Ali?

Sean Stone: Saya tertarik dengan peribadi manusia suci ini. Oleh itu simbol pedang Maula Ali (a.s) sentiasa ada di sekitar leher saya; kerana pedang adalah keadilan.

- Ciri-ciri manakah menarik pada Ali?

Sean Stone: Keimanan beliau Kepada Allah, kesetiaan beliau dengan Muhammad (s.a.w), keadilan, keilmuan dan kepahlawanan pemimpin Syiah ini menarik perhatian saya.

- Pada pandangan anda, apakah masa depan umat Islam di serantau?

Sean Stone: Saya fikir, sebagaimana kerajaan Babylon yang gagah sudah tenggelam, maka kuasa-kuasa di zaman ini juga akan tenggelam. Ini disebabkan rakyat mula bangkit di setiap rantau. Perbezaan di antara insan ialah keimanan dan Barat tidak mempunyai iman.

- Apakah penilaian anda terhadap gerakan Wall Street?

Sean Stone: Wall Street tidak akan berakhir kerana tidak bertempat di hati orang ramai.

- Eduardo Anil, anak lelaki seorang yang terkenal di Eropah seperti anda yang masuk Syiah dan memilih nama Mahdi, namun musuh Islam telah membunuhnya. Apakah anda tidak takut peristiwa ini terjadi pada anda?

Sean Stone: Saya tidak takut untuk mati selagi Allah melindungi saya.