$icon = $this->mediaurl($this->icon['mediaID']); $thumb = $this->mediaurl($this->icon['mediaID'],350,350); ?>

Penelitian makna Imāmah dan Khilāfah dari segi bahasa dan istilah

  • News Code : 358528
  • Source : ABNA.co

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha penyayangProgram Ḥablul Matīn; Ayatullah Dr. Sayid Muhammad Husaini al-QazwiniTajuk: Penelitian makna Imāmah dan Khilāfah dari segi bahasa dan istilahAgha Muhsini:Tolong jelaskan makna imām dari segi bahasa kepada kami, iaitu apa makna imām?Dr. Husaini Qazwini:Sebelum kami memasuki perbahasan dalil-dalil al-Qur’an dan pengriwayatan imām, kekhalifahan Amīrul Mukminīn dan Ahlul Bait yang maksum dan suci, beberapa perbahasan telah kami bentangkan kepada para penonton.Salah satunya ialah perbahasan riwayat “من مات بلا امام مات ميتة جاهلية”. Salah satu perbahasan riwayat “ستفترق امتي علي ثلاث و سبعين فرقه”. Hadis yang lain ialah “خلفائي اثنا عشر”. Perbahasan yang lain pula ialah sunnah nabi sebagai penerang dan penafsir al-Qur’an. Pada hari ini, kami ingin bicarakan tentang sebahagian terminologi-terminologi. Ketika kita berkata: “يا علي أنت خليفتي”, mereka akan mengatakan dalam keluarga baginda ada khalifah. “انت وصيي” mereka mengatakan waṣī bererti puasa dan solat yang wajib ke atasnya untuk mengqadanya.Kami mengatakan bahawa Ali adalah imām, mereka mengatakan Ali adalah imām solat berjemaah. Setiap kali kami menerangkan sesuatu subjek, mereka berkata seperti “من کنت مولي فعلي مولاه” (Barangsiapa yang menjadikan aku pemimpin, maka Ali adalah pemimpinnya), mereka bertanya mengapa nabi tidak berkata: “من کنت والي فعلي والي” (Barangsiapa yang menjadikan aku wālī, maka Ali adalah wālī)?Untuk ini, kami ingin mengadakan perbahasan yang lebih utama terlebih dahulu sebelum mamasuki perbahasan asal iaitu apakah makna kalimah “imām” dari segi bahasa dan istilah. Apakah makna “khalīfah” dari segi bahasa dan istilah? Apakah makna kalimah “walī” dan “wālī” dari segi bahasa?Ini semua hendaklah diterangkan, mungkin perbahasan ilmu kita pada malam ini mungkin agak kurang menarik. Namun kami berusaha membawa sedikit contoh dalam menerangkan hakikat makna imām dari segi bahasa, yang mana perbahasan tidak akan terkeluar dari daerah ilmu.Mengenai makna Imām dari segi bahasa, beberapa noktah perlu saya ringkaskan, Rāghib Isfahāni telah menulis kitab “Mufradāt Gharīb al-Qur’an” dan kitabnya adalah muktabar. Syiah dan Sunni sama-sama merujuk kepada kitab ini, terdapat di dalam kitab ini:والامام المؤتم به إنسانا كأن يقتدى بقوله أو فعله، أو كتابا أو غير ذلك محقا كان أو مبطلا وجمعه أئمة.المفردات في غريب القرآن، الراغب الأصفهاني، ص24Imam ialah seseorang insan yang diikuti kata-katanya atau perbuatannya, ataupun kitab atau bukan kitab, di mana ini semua dikatakan imām, dan imām ini adalah seorang pemimpin yang diikuti oleh orang ramai, tidak ada bezanya samada yang bersama kebenaran atau kebatilan, jamak perkataan itu ialah a’immah.Al-Qur’an menyatakan: “وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا.” (Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin dengan perintah Kami,) - surah al-Anbiya ayat 73. Al-Qur’an menyatakan: “وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ” (Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua yang mengajak ke neraka) - surah al-Qaṣaṣ ayat 41. Jawhārī di dalam kitab Ṣiḥāh Fī al-Lughah berkata:والإمامُ: الذي يُقْتَدى به، وجمعه أَيِمةُAl-Jawharī, jilid 5 halaman 1865, imām mereka yang diikuti oleh orang ramai, jamak perkataannya ialah Aimmah. Ibnu Manẓūr, penulis kitab Lisān Al-ʻArab berkata: المتقدّم لهم ويكون الإِمامُ رئِسياًLisān al-ʻArab, Ibnu Manẓūr jilid 12 halaman 26Sesiapa yang memimpin sebuah kaum, dikatakan imām. Oleh itu makna imām dari segi bahasa ialah pemimpin dan ketua yang diikuti perbuatan dan ucapan.Agha Muhsini:Tolong jelaskan kefahaman imāmah menurut pandangan ulama Ahlusunnah dan Syiah.Ustaz Qazwini:Perbahasan dari segi bahasa merupakan sebuah dunia yang lain, banyak perkara yang mengakibatkan makna dari segi bahasanya telah ditinggalkan dan dilupakan umumnya. Makna istilāh pula menguasai orang ramai dan penegak syariat. Contohnya kalimah “solat” yang mana dari segi bahasa bermakna “doa”, namun sekarang setiap umat Islam ketika ditanya apakah solat? pasti ia menjawab: “sembahyang”.Mereka ini apabila sampai kepada ayat Ṭaṭhīr, mereka pasti akan mencari maknanya dari segi bahasa. Mereka mengatakan Ahlul Bait dari segi bahasa ialah isteri dan anak sehingga memasukkan isteri-isteri Rasulullah ke dalam ayat Ṭaṭhīr.Barangsiapa yang bertanyakan tentang ini dari segi istilah al-Qur’an dan sunnah, perkataan-perkataan akan berubah seperti Zakāt bermakna tumbuh; namun dari segi istilah syarak ialah “ʻIshriyah” iaitu sepersepuluh harta.Ṣawm bermakna menghindari; namun dalam istilah ialah puasa yang bermula dari awal timbulnya fajar sehingga awal maghrib. Solat bermakna doa, namun dalam istilah Islam bermakna rukun-rukun yang khusus. Oleh itu apabila Ahlul Bait mempunyai sebarang makna sekalipun, namun dengan wujudnya 70 riwayat bahawa Nabi (s.a.w) bersabda maksud Ahlul Bait ini ialah aku, Ali, Hasan, Husain dan Fatimah Zahra, maka mereka ini pun mula mencari dalih, tidak tahulah apa kebencian dan perseteruan mereka dengan Ahlul Bait.Kalian membawa sebuah riwayat dhaif iaitu Aisyah mendakwa bahawa aku adalah sebahagian daripada Ahlul Bait dalam ayat Ṭaṭhīr. Satu lagi riwayat Ummu Salamah berkata: “Nabi bersabda: Aku termasuk di dalam ayat Ṭaṭhīr.” Ummu Salamah sendiri berkata: “Demi Allah, ketika aku bertanya wahai Rasulullah, apakah aku termasuk ke dalam Ahlul Bait atau bukan? Jikalau baginda menjawab iya, maka ia lebih baik dari seluruh kekayaan di dunia buatku.” Di dalam Sahih Muslim, hadis Zaid Bin Arqam mengingatkan: Semua isteri Nabi bukanlah Ahlul Bait.Saya tidak tahu mereka ini mencari fasal dan masalah apa, sehingga ingin memasukkan para isteri Nabi ke dalam ayat Ṭaṭhīr dengan mengatakan: Terdapat di dalam bahasa si fulan makna sekian, makna sekian tentang nabi Musa, makna sekian apabila berkaitan dengan nabi Ibrahim.Jikalau benar menurut metodologi ayat, maka di dalam surah Taubah ayat 40 menyatakan:فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا“Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya.”Bandingkan ayat tersebut dengan ayat 26 surah Taubah dan ayat 26 surah al-Fath, lihatlah, apa yang terjadi?Jikalau benar perlu ikut kriteria metodologi ayat, ayat ini menunjukkan kekufuran sebahagian daripada simbol suci kamu; namun kamu mengenepikan metodologi ayat dengan mengatakan, “Kami mempunyai riwayat bahawa ayat 40 surah al-Taubah dengan mengatakan:إِذْ هُمَا فِي الْغَارِyang berkaitan dengan Abu Bakar. Ayat Ifk di dalam surah Nur ayat 11 berkaitan dengan Ayshah. Saya tidak tahu mengapakan bibirnya tumpul dan pudar jika berbicara sebab penurunan ayat 11 surah Nur. Malah memberikan keputusan yang terbalik.Walau apa pun makna imām dari segi bahasa, kami tidak mempunyai urusan dengan makna leksikalnya. Kerana ini saya mengetengahkannya di mana saya perlu sabitkan dengan peristiwa yang menemukan pemahaman perkataan di dalam istilah syarak.Taftazānī yang merupakan ulama kalam terkenal Ahlusunnah berkata:والإمامة رياسة عامة في أمر الدين والدنيا خلافة عن النبي عليه الصلاة والسلامشرح المقاصد في علم الكلام، ج2، ص272“imāmah merupakan sebuah kepimpinan umum dalam urusan agama dan dunia, khalifah Rasulullah (s.a.w).”Ahli linguistik tidak memberikan makna seperti ini, mereka benar-benar mencari makna lain untuk kalimah imāmah di sini.Iḍḍuddin Ījī yang wafat dalam tahun 756 Hijrah, dan Sayid Jarjānī yang wafat pada tahun 816 berkata:والأولى أن يقال هي خلافة الرسول في إقامة الدين وحفظ حوزة الملة بحيث يجب اتباعه على كافة الأمة المواقف للإيجي، ج3، ص579iaitu: Imāmah adalah khalifah Rasulullah (s.aw) dalam menegakkan agama dan menjaga bangsa umat Islam yang mana seluruh umat wajib menaatinya.Di sini makna dari segi bahasa sebelumnya sudah bertukar, maka imāmah adalah sebuah kepimpinan dalam urusan agama dan dunia, atau khalifah Nabi (s.a.w).Ibnu Khaldun yang merupakan ulama terkemuka Ahlusunnah, wafat tahun 808 berkata:الخلافة نيابة عن صاحب الشرع في حفظ الدين وسياسة الدنيا،مقدمة ابن خلدون، ج1، ص218Kekhalifahan ialah pengganti ṣāḥib al-Sharʻ dalam menjaga agama dan politik dunia. Ini juga berbeza dengan makna dari segi bahasa. Mereka ini ketika ingin memberikan makna imāmah, mereka pasti menerangkan khalifah Rasulullah (s.a.w).Namun menurut pandangan Syiah, Marhum Syeikh Mufid di dalam kitab al-Nukkat Al-Iʻtiqādiyyah berkata:الإمام هو الإنسان الذي له رئاسة عامة في أمور الدين و الدنيا نيابة عن النبيالنكت الإعتقادية، الشيخ المفيد، ص39Imām ialah insan yang mempunyai kepimpinan semua pihak di dalam urusan agama dan dunia, daripada Rasulullah (s.a.w)Di sana terdapat “خلافة عن النبي” (khalifah Rasulullah), namun di sini “نيابة عن النبي” (pengganti Rasulullah).Nanti saya akan terangkan apakah bezanya “khilāfah” dan “niyābah”.Al-Marhum Sayid Murtadha, anak murid Syeikh Mufid yang matang, di mana Syeikh Mufid hakikatnya bersukacita dan berbangga dengan murid seperti sayid Murtadha. Selalunya murid berbangga dengan guru, namun kali ini guru berbangga dengan murid.Beliau berkata: “Pada suatu malam Syeikh Mufid bermimpi mengajar di dalam masjid, kemudian Fatimah Zahra masuk sambil memegang tangan Imam Hasan dan Imam Husain. Fatimah Zahra berkata kepada Syeikh Mufid: “علمهما الفقه.”, Iaitu ajarkanlah fikah kepada mereka berdua.Beliau berkata: Aku bangun dari tidur dan merasa sangat takut dan berkata, apakah yang telah terjadi, apakah dosaku sehingga Fatimah Zahra berkata kepadaku: Ajarkanlah Imam Hasan dan Imam Husain.Semoga aku tidak melakukan perbuatan keji atau memberikan fatwa yang salah dengan sesuatu yang lebih tinggi dari ucapan para imam.Beliau tidak senang hati dan pergi ke masjid untuk memberikan kuliah dan ketika sedang sibuk, tiba-tiba kelihatan ibu Sayid Murtadha dan Sayid Radhi masuk ke dalam masjid sambil memegang tangan kedua-dua mereka. Ibu itu berkata: Wahai Syeikh, ajarkanlah fikah kepada mereka berdua. Ucapan itu mirip dengan kata-kata Fatimah Zahra di dalam mimpi Syeikh Mufid.Barulah Syeikh Mufid merasakan bahawa mereka berdua di bawah perhatian Fatimah Zahra. Kerana itu Syeikh Mufid berusaha bersungguh-sungguh mendidik kedua-dua tokoh ini di mana salah seorang daripada mereka berdua adalah Sayid Radhi, yang menulis kitab Muhaj al-Daʻawāt dan Nahjul Balāghah yang merupakan salah seorang pancang dan wali. Selain itu ialah Sayid Murtadha Allamul Hudā r.a.Sayid Murtadha wafat tahun 435 Hijrah dan ustaz Syeikh al-Ṭūsī (kurun ke-lima merupakan kurun kegemilangan dan keemasan Syiah) berkata:الإمامة : رياسة عامة في الدين بالأصالة لا بالنيابة عمن هو في دار التكليف.رسائل الشريف المرتضى، الشريف المرتضى، ج2، ص264Imāmah merupakan sebuah kepimpinan umum dalam agama dengan aṣālah, bukan dengan niyābah.Ketika datang imām, maka kepimpinan umum berada di tangannya tetapi bukanlah secara niyābah sehingga seluruh isu mengambil izin “munūb ʻanhu”, di mana apakah perbuatan yang aku lakukan ini, ataupun sesuatu pekerjaan tidak boleh aku lakukan di zaman syariat imām sudah dikuatkuasakan yang maka seluruh urusan agama telah diserahkan kepada beliau. Ketika sudah diserahkan, maka kepimpinan secara umum adalah bil ’iṣālah, dan kita juga mempunyai tafwīḍ di dalam hadis-hadis yang menyatakan:إنّ اللَّه أدّب نبيّه فأحسن تأديبه وفوّض إليه أمر دينه.بصائر الدرجات، محمد بن الحسن بن فروخ ( الصفار )، ص398 و بحار الأنوار، العلامة المجلسي، ج 17، ص 7Sesungguhnya Allah mendidik dengan baik nabiNya, ketika sampai ke martabat kesempurnaan, urusan agama telah diserahkan kepada tanggungjawab nabi.Baṣā’ir al-Darājāt, halaman 398; Bihārul Anwār al-ʻAllamah al-Majlisī, jilid 17 halaman 7.Imām berkata: Apa yang Allah (s.w.t) telah tafwīdkan kepada Nabi (s.a.w), ditafwīdkan juga kepada para Amīrul Mu’minīn dan para imām yang lain dengan izin Allah (s.w.t).Ini adalah wilāyah Tashrīʻī yang dikatakan oleh Syiah. Andainya ada ruang, insyallah akan kita bicarakan tentang wilāyah Tashriʻi dalam satu forum yang khusus.Walau bagaimanapun, apa yang ada pada kita tentang para imām boleh menyebabkan para ulama naʻthal yang melihatkan akan mengatakan:وفصل الخطاب عندکم.Apakah yang tertinggal lagi pada Tuhan? dan mereka juga akan berkata dengan lebih ekstrem. “فصل الخطاب” iaitu “علم القضاوة”, dan “علم القضاوة” mereka lihat banyak terdapat pada Ali dan para imām. Ini yang Nabi berikan kepada para imām (a.s) dengan izin Allah; namun apabila mufti besar kalian memberikan fatwa secara rasmi iaitu:المفتي قائم مقام النبي.“Mufti berdiri pada kedudukan Nabi” Mengapakah kalian tidak berkata apa pun? Namun jikalau Syiah mengatakan: P