9 Mac 2025 - 14:07
Tanggapan Al-Jolani Terhadap Pergolakan Di Syria

Sebagai tindak balas kepada pergolakan yang berlaku di negara itu, pemimpin Tahrir al-Sham menyeru pihak penentangnya untuk meletakkan senjata mereka dan menyerah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): Ahmad al-Sharaa, pemimpin Tahrir al-Sham, yang dikenali sebagai "Abu Muhammad al-Jolani", dalam satu kenyataan yang menekankan kesinambungan konfrontasi tegas dengan apa yang disebutnya sebagai "sisa-sisa kerajaan dahulu", menyeru mereka untuk meletakkan senjata mereka secepat mungkin.

Menurut akhbar Asharq Al-Awsat, dia memberi amaran bahawa tindakan kumpulan ini adalah ancaman kepada keselamatan negara dan akan dijawab dengan tindak balas yang keras.

Dia mengumumkan dalam mesej video: "Pasukan keselamatan akan terus mengejar dan menangkap saki-baki bekas rejim untuk membawa mereka ke muka pengadilan. Kerana kumpulan ini cuba menjejaskan keselamatan Syria dan mencabar Syria baharu yang tidak mereka kenali."

Al-Jolani mendakwa: "Pasukan bekas rejim telah melakukan jenayah yang tidak boleh dimaafkan dan menyasarkan pasukan keselamatan Syria, yang merupakan suatu pencabaran terhadap semua rakyat Syria. Kami menyeru mereka untuk meletakkan senjata dan menyerah diri sebelum terlambat."

 Dia menambah: "Syria baru sahaja bersatu dan bersama, dan tidak ada perbezaan antara kerajaan dan rakyat."

Al-Jolani turut menekankan perlunya kerajaan memonopoli senjata dan memberi amaran bahawa sebarang tindakan terhadap orang awam akan dikenakan hukuman berat.

Kenyataan ini datang pada masa, menurut imej dan video yang diterbitkan di media sosial, pasukan di bawah perintah Golani telah membunuh dan memnyembelih beberapa orang awam di barat negara itu.

Sementara itu, pertempuran sengit telah berlaku antara pasukan di bawah perintah Jolani dan penentang dasar di kawasan termasuk Latakia dan Tartus, mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pihak.

Hassan Abdul Ghani, jurucakap bagi apa yang dipanggil "Kementerian Pertahanan Syria," mendakwa beberapa jam lalu bahawa "pasukan kerajaan telah menguasai sepenuhnya bandar Tartus dan Latakia."

Sumber keselamatan mengatakan bahawa tiga anggota pasukan keselamatan dalam negeri yang bergabung dengan kerajaan Jolani terbunuh dalam serangan oleh penentang kerajaan baharu Syria di Latakia.

Beliau juga mendakwa lapan anggota tentera pembangkang terbunuh dalam serangan itu.

Menurut laporan, ratusan rakyat Syria telah turun ke jalan raya sejak Khamis untuk membantah serangan dan tindakan ganas dan pengganas kerajaan baharu yang diketuai oleh Jolani, melaungkan slogan "menentang kerajaan baharu".

Menurut statistik terbaru yang diterbitkan oleh badan pemantau itu, berpuluh-puluh orang telah terbunuh dalam pertempuran ini setakat ini, kebanyakannya adalah tentera yang bergabung dengan al-Jolani.

Your Comment

You are replying to: .
captcha