9 Mac 2025 - 14:37
12,316 Wanita Palestin Gugur Syahid

Pejabat Penerangan Kerajaan Palestin di Gaza mengumumkan sejumlah 12,316 wanita Palestin syahid dalam perang Gaza pada Hari Wanita Antarabangsa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): Pejabat Penerangan Kerajaan Palestin di Gaza mengumumkan semalam, Sabtu, 8 Mac, sempena Hari Wanita Antarabangsa, "12,316 wanita Palestin syahid dalam perang genosid rejim Zionis terhadap Gaza."

Pejabat itu juga mengumumkan dalam satu kenyataan: "Dalam perang ini, 13,901 wanita menjadi balu dan 17,000 ibu kehilangan anak." Malah sekarang, terdapat lebih 50,000 wanita hamil yang sedang menjalani hidup keadaan yang tidak berperikemanusiaan.

Menurut kenyataan ini, 2,000 wanita dan gadis Palestin akan mengalami kecacatan kekal akibat kekejaman rejim Israel, dan dalam fasa-fasa baru ini, berpuluh-puluh wanita Palestin telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Pejabat itu menyatakan bahawa wanita Gaza mengalami kematian yang perlahan akibat pengepungan, kekurangan sanitasi, dan pencegahan bantuan.

Menurut IRNA, perang dan serangan kejam oleh rejim Zionis terhadap penduduk Gaza yang tertindas telah memberi kesan yang paling besar kepada wanita dan kanak-kanak, mewujudkan keadaan yang tidak tertanggung buat mereka.

Al-Arabi Al-Jadeed sebelum ini telah menyatakan dalam laporan yang merujuk kepada situasi wanita di Gaza: "Wanita di Gaza kini berada dalam keadaan yang sukar dan bersama-sama dengan kanak-kanak, adalah yang paling terjejas oleh perang rejim Israel kerana kekurangan kemudahan. Peperangan Israel ke atas Gaza telah membawa akibat yang teramat negatif kepada semua penduduk, terutamanya wanita, bersama-sama kanak-kanak, yang semakin menderita di atas faktor kondisi hidup yang menyeksakan. Dasar perpindahan paksa tentera Zionis telah menyebabkan dua juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal yang kini bertempat di sekitar runtuhan dan kem-kem pelarian yang juga menjadi sasaran roket rejim zalim Israel.

Your Comment

You are replying to: .
captcha