20 Julai 2025 - 20:17
Kebencian Terhadap Palestin Ditanam Dari Kecil

Indoktrinasi dari usia yang muda bukan sahaja suatu kelakuan yang kejam buat anak-anak kecil malah boleh diambil kira sebagai suatu jenayah. Malangnya, cara ini sangat efektif bagi menanam apa sahaja naratif yang mereka inginkan tanpa kesedaran para pendengar.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): Salah satu latar belakang kebencian warga Israel pada bangsa dan warga Palestina, adalah hasil indoktrinasi pada mereka sejak zaman kanak-kanak lagi.

Rakyat Palestin, menurut naratif yang mereka terapkan di minda-minda anak kecil ini di sekolah-sekolah digambarkan sebagai sosok primitif atau pengganas yang akan melakukan holocaust (pembersihan etnik kaum Yahudi) buat kali kedua, jika tidak segera dilenyapkan.

Your Comment

You are replying to: .
captcha