?>

20 unit tentera pulang ke kem Yaman setelah dilatih oleh Israel di Abu Dhabi

20 unit tentera pulang ke kem Yaman setelah dilatih oleh Israel di Abu Dhabi

Sumber media mendedahkan bahawa 20 komandan dan pegawai tiba di Mokha, setelah mendapat latihan ketenteraan oleh pegawai Israel di Abu Dhabi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sumber media mendedahkan bahawa 20 komandan dan pegawai tiba di Mocha, setelah mendapat latihan ketenteraan oleh pegawai Israel di Abu Dhabi.

Media tempatan melaporkan bahawa sejumlah "Briged Giants", dalam dua hari ini, tiba di kota Al-Mokha, yang berada di bawah pendudukan Emirat, yang diketuai oleh "Ali Salem Al-Hasani , Abu Zar'ah Al-Muharrami, dan Raed Al-Habhi bersama pemimpin lain, yang diarah melaksanakan misi ketenteraan untuk kepentingan entiti Zionis, dan di bawah pengawasan langsung UAE.

Berita ini terbongkar apabila pesawat UAE tiba di lapangan terbang Aden secara mengejut tanpa pengetahuan pihak berkuasa Arab Saudi dan pentadbiran lapangan terbang. Sumber-sumber ini menunjukkan ia adalah pesawat sama yang membawa ketua "Peralihan Selatan", Aidaroos Al-Zubeidi, Jumaat lalu, ke kota Aden, dari Abu Dhabi.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*