Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) – Ustaz Abdullah bin Hasan bersama lebih 20 pengikut mazhab Syiah Imamiyah di sekitar negeri Kedah hadir di Ibupejabat Polis Daerah Pendang kelmarin (08/02/2011) untuk membuat laporan polis berikutan fitnah yang dilemparkan oleh seorang penceramah agama terhadap Syiah. Dalam ceramah kali ini pengikut Syiah dilabel sebagai ahli neraka.
Ceramah agama itu telah diadakan di sebuah masjid di Kepala Batas, Jitra pada 6 February lalu sekitar jam 7:45 hingga 9:30.
Abdullah bin Hasan menyatakan kekesalan terhadap intisari ceramah tersebut yang dikatakan bersifat hasutan, fitnah dan pendustaan bagi tujuan mencetuskan kemarahan saudara Ahlusunnah terhadap pengikut mazhab Syiah sedangkan kedua-dua golongan bersaudara dan hidup dalam suasana harmoni selama ini. Beliau selaku tenaga pengajar di pusat pengajian Syiah Husainiyah Az-Zahra, Pendang menyatakan penceramah tersebut sengaja berbohong dan untuk menyinggung emosi saudara Ahlusunnah wal Jamaah supaya membenci Syiah.
"Saya bersama lebih 30 pengikut fahaman Syiah turut mengikuti ceramah agama ini bagi mendengar sendiri isi kandungannya selepas penceramah itu memburukkan fahaman Syiah dalam ceramah agamanya yang diadakan 19 Januari lalu di sebuah masjid dekat Alor Setar.
“Saya sendiri yang turun bagi mendengar sendiri isi kandungannya terkejut apabila dia telah menghukum saya dan beberapa orang yang bersama saya sebagai ahli (penghuni) neraka dengan merujuk kepada gambar yang tertera pada laporan Sinar Harian edisi utara muka surat U14 yang diterbitkan 2 Februari 2011,” katanya.
Selain itu peceramah agama tersebut mengugut untuk menangkap beliau dengan kuasa yang ada padanya. Namun Abdullah menyatakan beliau siap menerima apa sahaja tindakan yang dikenakan.
Ustaz Abdullah Hasan ketika diwawancarai wartawan.