23 Disember 2016 - 15:09

Perampas kapal terbang penumpang Libya yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Malta telah sersetuju untuk meletakkan senjata dan membebaskan 118 orang penumpang yang menaiki pesawat tersebut. Perkara itu dilaporkan oleh media Malta Today pada hari Jumaat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perampas kapal terbang penumpang Libya yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Malta telah sersetuju untuk meletakkan senjata dan membebaskan 118 orang penumpang yang menaiki pesawat tersebut. Perkara itu dilaporkan oleh media Malta Today pada hari Jumaat.

Awal hari ini, sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Afriqiyah (A320) telah mendarat di Malta setelah dirampas. Menurut pihak media, pesawat itu dijadualkan untuk mendarat di Tripoli selepas berlepas dari sebuah lagi bandar Libya iaitu Sebha. Akan tetapi para perampas telah mengarahkan supaya kapal terbang itu mendarat di Malta. Salah seorang daripada perampas itu dipercayai membawa bom tangan bersamanya.

Perdana Menteri Malta, Joseph Muscat telah mengesahkan bahawa para perampas telah bersetuju untuk meletakkan senjata dan membebaskan semua tahanan. Menurut beliau juga, seramai 109 orang penumpang telahpun dibebaskan.