Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya 13 anggota pihak keselamatan Mesir terbunuh di dalam serangan militan ke atas sebuah pusat pemeriksaan di bandar el-Arish yang terletak di wilayah Sinai.
Menurut laporan, di antara mereka yang terbunuh adalah pegawai keselamatan. Serangan itu turut menyebabkan sekitar 12 orang mengalami kecederaan.
Menurut sumber keselamatan, sebuah serangan bom kereta telah dilancarkan di pusat pemeriksaan itu hingga menyebabkan beberapa kematian. Setelah itu, para militan menyerang tempat kejadian dengan tembakan.
Sebuah laporan daripada Alarabiya pula mengatakan bahawa serangan itu dimulakan dengan serangan roket RPG sebelum serangan bom kereta itu dilancarkan. Selepas itu barulah mereka memulakan tembakan ke arah pusat pemeriksaan itu.
9 Januari 2017 - 18:51
News ID: 803923

Sekurang-kurangnya 13 anggota pihak keselamatan Mesir terbunuh di dalam serangan militan ke atas sebuah pusat pemeriksaan tentera di bandar el-Arish yang terletak di wilayah Sinai.