Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Zimbabwe (ZHRC) mendedahkan pasukan keselamatan diarahkan untuk melakukan penyeksaan secara sistematik ke atas penduduk selepas insiden protes ganas yang tercetus ekoran kenaikan mendadak harga minyak.
Pesuruhjaya ZHRC memberitahu, kekejaman polis dikesan menerusi tahap kecederaan mereka yang mati atau yang masih hidup serta laporan perubatan.
Polis melaporkan hanya tiga orang mati dalam pergolakan yang berlaku minggu lalu itu.
Namun laporan itu bercanggah dengan dakwaan peguam dan kumpulan hak asasi manusia yang menyatakan lebih 10 orang terbunuh manakala berpuluh lagi cedera akibat terkena tembakan.- REUTERS
22 Januari 2019 - 17:56
News ID: 925973

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Zimbabwe (ZHRC) mendedahkan pasukan keselamatan diarahkan untuk melakukan penyeksaan secara sistematik ke atas penduduk selepas insiden protes ganas yang tercetus ekoran kenaikan mendadak harga minyak.