Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemerintah Tunisia mengeluarkan larangan ke atas penggunaan kitab suci al-Quran dan hadis bagi tujuan komersial.
Menurut laman web berita Rasid, Majlis Tertinggi Media negara tersebut berkata bahawa sebarang bentuk penggunaan ayat suci al-Quran dan hadis di dalam iklan radio dan TV adalah dilarang sama sekali.
Menurut laporan, keputusan telah diambil untuk mengelakkan sebarang bentuk penyalahgunaan kandungan agama Islam dalam iklan-iklan komersial.
Majlis itu juga mengharamkan pengiklanan ke atas usaha pengumpulan dana.
Tunisia adalah sebuah negara Afrika Utara yang bersempadan dengan Laut Mediterranean dan Gurun Sahara.
Islam adalah agama rasmi di Tunisia. Kira-kira 99 peratus daripada penduduk negara ini adalah beragama Islam. ABNA24
11 Jun 2019 - 14:51
News ID: 949751

Pemerintah Tunisia mengeluarkan larangan ke atas penggunaan kitab suci al-Quran dan hadis bagi tujuan komersial.