?>

Al-Assad dan Hajji setuju keperluan Jawatankuasa Perlembagaan tanpa campur tangan pihak luar

Al-Assad dan Hajji setuju keperluan Jawatankuasa Perlembagaan tanpa campur tangan pihak luar

Presiden Syria Bashar Al-Assad menerima kunjungan pembantu tertinggi menteri luar Iran. Dalam pertemuan itu beliau menegaskan jawatankuasa perbincangan perlembagaan perlu diteruskan tanpa campur tangan asing.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Presiden Syria Bashar al-Assad berbincang dengan pembantu kanan Menteri Luar Iran, Ali Asghar Khaji mengenai hubungan strategik antara kedua-dua negara, dan bidang kerjasama, terutama di sektor ekonomi dalam satu pertemuan di Damsyik, kelmarin.

Presiden Syria mengisyaratkan bahawa perundingan itu juga menyentuh proses rundingan damai di Astana, pertemuan berikutnya di Sochi, selain mesyuarat jawatankuasa perbincangan perlembagaan di Geneva.

Ditekankan bahawa tugas jawatankuasa ini harus diteruskan tanpa campur tangan pihak asing, sebagaimana yang dibincang oleh pegawai Iran dalam pertemuan dengan Menteri Luar Negeri Syria, Faisal Al-Miqdad.

SANA melaporkan bahawa dalam pertemuan itu, mereka membincangkan hubungan strategik antara kedua-dua negara dan bidang-bidang kerjasama dua hala, terutama di tingkat ekonomi, yang akan memberikan sumbangan untuk membolehkan rakyat Syria menghadapi pengepungan serta langkah-langkah paksaan unilateral yang dikenakan ke atas mereka.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini