?>

Analisa riwayat tentang kematian Abdullah, raja terakhir ‘Bani Fulān’ di Hijaz dan kaitannya dengan kezuhuran Imam Zaman.

Analisa riwayat tentang kematian Abdullah, raja terakhir ‘Bani Fulān’ di Hijaz dan kaitannya dengan kezuhuran Imam Zaman.

Berasaskan sejumlah riwayat dan berbagai indikasi, terbukti bahawa Abdullah merupakan raja terakhir yang berkuasa dalam pemerintahan di Hijaz. Secara ijma, dengan kematiannya, tiada lagi kerabatnya yang dapat mewarisi takhta meskipun ia mempunyai beberapa orang raja muda.

Berasaskan sejumlah riwayat dan berbagai indikasi, terbukti bahawa Abdullah merupakan raja terakhir yang berkuasa dalam pemerintahan di Hijaz. Secara ijma, dengan kematiannya, tiada lagi kerabatnya yang dapat mewarisi takhta meskipun ia mempunyai beberapa orang raja muda.

Kepercayaan tentang kezuhuran individu yang memenuhi keadilan dan mencabut kezaliman tidak hanya khusus kepada Islam semata-mata. Bahkan meliputi berbagai agama lain. Dalam Islam, Yahudi, Majusi dan lain-lain telah menisbahkan kezuhuran individu ini. Ringkasan dan hakikat mahdawiyyah ialah berhujungnya perjalanan hidup masyarakat dunia ke arah sebuah kehidupan yang satu dan kebahagiaan umum, keamanan, kebajikan, kerjasama, kerajaan perpaduan yang benar, keadilan sejagat, kemenangan hak ke atas batil, penaklukan tentera Allah ke atas tentera syaitan, penyelamatan golongan yang lemah, kebinasaan golongan angkuh, kekhalifahan golongan mukmin yang dipimpin seorang lelaki ketuhanan yang dijanjikan oleh para nabi, agama-agama, wasi yang ke-12 dan khalifah Nabi akhir zaman.

Riwayat menyatakan bahawa sebelum kedatangan Imam Mahdi (a.s), wilayah Hijaz negara Arab Saudi, Mekah dan Madinah, diperintah oleh kerajaan yang menentang Ahlul Bait dan musuh Syiah. Penguasanya dari generasi Bani Fulan yang menjalankan pemerintahan monarki. Tetapi setelah kematian Abdullah, kewibawaan pemerintah Bani Fulan melemah dan ada perbalahan di kalangan keluarga ini sehingga dalam kejahatan terakhir dari siri kejahatannya, nafs zakiyyah yang menjadi salah satu tanda pasti kezuhuran akan dibunuh di sisi Kaabah di bulan haram.

Tetapi dengan kemunculan dan kebangkitan Imam Mahdi, pemerintahan Bani Fulan akan hancur buat selama-lamanya. Walau bagaimana pun, dalam riwayat Islam, ada pembicaraan mengenai kemasukan tentera Sufyani ke Hijaz untuk mencari Syiah dan tempat kehadiran Imam Mahdi. Namun tidak disebut tentang penentangan pemerintah Hijaz ketika berhadapan dengan tentera Sufyani. Perkara ini mungkin disebabkan oleh kematian Abdullah, khalifah terakhir Hijaz yang kuat, dan perbalahan sesama kerabat Bani Fulan disebabkan perebutan kuasa dan takhta. Pun begitu, ia juga berkemungkin adalah hasil kesepakatan antara kerabat Bani Fulan dan Sufyani untuk membunuh Syiah dan menangkap Imam Mahdi (a.s). Namun persoalan di manakah Bani Fulan, di negara manakah ia akan memerintah, oleh kerana kewujudan berbagai kesaksian dan indikasi seperti: (1) perselisihan Bani Fulan di antara Haramain, (2) penjelasan riwayat tentang pembunuhan pemuda berketurunan Ahlul Bait di Madinah [غلام بمدینه], (3) demikian juga kesyahidan Nafs al-Zakiyyah yang merupakan petanda pasti kezuhuran, maka tinggallah hanya 15 hari lagi kezuhuhran imam, angkara Bani Fulan di Mekah. Justeru itu ini menunjukkan bahawa Bani Fulan memerintah di negara Arab Saudi dan kawasan Hijaz.

Pertanyaan:

Sebelum kemunculan al-Mahdi, siapakah yang memerintah bumi Hijaz (Saudi Arabiya)?

Apakah kerajaan Saudi di perintah secara monarki sebelum kezuhuran?

Apakah Abdullah, yang merupakan kerabat Bani Fulan, memerintah negara Saudi sebelum kezuhuran Imam Mahdi?

Apakah Abdullah, merupakan raja terakhir yang terkuat dari Bani Fulan, sehingga setelah kematiannya, Bani Fulan itu tidak lagi stabil seperti sebelumnya?

Berapa lamakah tempoh antara kematian raja Abdullah dengan kezuhuran Imam al-Mahdi?

Berapa lama pemerintahan Bani Fulan berkuasa di Arab Saudi?

Kematian Abdullah di Hijaz

Menurut riwayat yang dapat dipercayakan, Imam Jaafar al-Sadiq (a.s) berkata, pemerintah Hijaz akan binasa sebelum kezuhuran Imam Mahdi (a.s). Setelah beliau, kerajaan Hijaz akan ditadbir secara monarki yang akan terjebak dalam kemelut perselisihan di kalangan penguasa dan raja yang materialistik.

Abu Basir meriwayatkan daripada Imam Jaafar al-Sadiq (a.s) seperti berikut:

مَنْ یضْمَنْ لِی مَوْتَ عَبْدِ اللَّهِ أَضْمَنْ لَهُ الْقَائِمَ ثُمَّ قَالَ إِذَا مَاتَ عَبْدُ اللَّهِ لَمْ یجْتَمِعِ النَّاسُ بَعْدَهُ عَلَى أَحَدٍ وَ لَمْ یتَنَاهَ هَذَا الْأَمْرُ دُونَ صَاحِبِكُمْ إِنْ شَاءَ اللَّهُ وَ یذْهَبُ مُلْكُ سِنِینَ وَ یصِیرُ مُلْكَ الشُّهُورِ وَ الْأَیامِ فَقُلْتُ یطُولُ ذَلِكَ قَالَ كَلا.

 Barangsiapa yang menjamin kematian Abdullah untukku, maka aku pun menjamin untuknya tentang kedatangan al-Qa’im. Tatkala kematian Abdullah, manusia tidak akan sepakat lagi atas seseorang setelahnya. Perkara ini tidak akan berakhir melainkan dengan tuan kamu (Imam Mahdi a.s), dengan kehendak Allah, setelah beberapa tahun pemergian raja itu, maka tempoh raja yang memerintah kemudiannya hanya bertahan beberapa bulan dan beberapa hari. Aku bertanya: Apakah tempoh ini memakan masa yang panjang? Beliau menjawab: Tidak.

Syarah riwayat secara kesuluruhan

Hadis secara jelas tertakluk pada kes Abdullah, raja terakhir yang kuat, dan setelahnya, kerajaan tergugat dan lemah. Penggantinya yang terkemudian tidak mendapat kata sepakat dan terjadi perselisihan antara Bani Fulan. Perkara ini tidak memakan waktu yang lama, raja berikutnya akan naik takhta untuk beberapa bulan dan beberapa hari (kiasan tentang kuasa yang tergugat). Walau bagaimanapun, penggugatan kuasa ini juga tidak terlalu lama, sehingga tiba urusan kemunculan Imam Mahdi (a.s).

Kerajaan yang memerintah bercorakkan raja monarki. Ini disebabkan dalam riwayat, terdapat ta’bir perkataan “raja”. Sehinggakan dalam riwayat yang lain, (akan dibahaskan lagi), menyatakan kematian khalifah, perselisihan Bani Fulan setelah kematian Abdullah yang menunjukkan kesultanan akan ditadbir secara monarki di kalangan kerabat Bani Fulan.

Dengan meneliti dalam riwayat, terma “jaminan” yang ditutur oleh Imam Jaafar al-Sadiq (a.s) dalam teks hadis, maka diketahuilah bahawa kabar kematian Abdullah tersebar di kalangan orang ramai. Imam meminta jaminan tentang kematian Abdullah sehingga beliau dapat memberi jaminan dan kabar tentang kezuhuran Imam Mahdi (a.s).

Setelah kematian raja Abdullah, kerajaan ini tidak pun tumbang. Kabar seperti ini tidak ada, bahkan kerajaan ini berdepan risiko kedaifan sedangkan kerajaan yang memerintah selama beberapa bulan dan beberapa hari itu ialah kiasan betapa ia tidak lagi kuat, kuasanya menjadi tergugat dan terjadi perselisihan secara berperingkat, bukannya secara mendadak.

Kesepakatan riwayat itu ialah raja terakhir yang kuat ialah Abdullah yang sudah memerintah selama bertahun-tahun, dan ini tidak akan terjadi pada penggantinya. Perselisihan juga akan tercetus.

Persoalan dan pertikaian

Pertanyaan: Apakah riwayat ini berkaitan dengan peristiwa sebelum ini? Kemungkinan apa yang di kabarkan oleh riwayat ini telah terjadi dalam sejarah Islam dan tidak berkaitan dengan peristiwa akan datang.

Jawapan: Pertamanya, riwayat ini salah satu riwayat yang terpercaya.

Kedua: Demikian juga pendapat segelintir pihak, bahawa ia berkaitan dengan masa silam dan ia bukanlah berkaitan dengan zaman Bani Abbasiyyah. Bahkan sebenarnya ia berkaitan dengan masa depan dan zaman kemunculan Imam Mahdi. Ini disebabkan dalam teks riwayat, jaminan kezuhuran telah disebut dan menurut riwayat, urusan “tuan kamu” ialah Imam Mahdi (a.s) dan penghujung hadis menyatakan Imam akan bangkit di suatu tempat apabila tamat keghaiban dari sana (negara Hijaz). Sebagaimana yang telah kita ketahui, beliau akan bangkit di Mekah dan negara Hijaz (Saudi Arabia).

Kesaksian indikasi yang menyabitkan kematian raja Abdullah

Di negara manakah Bani Fulan memerintah? Meskipun ia tidak menunjukkan secara jelas kematian khalifah daripada keluarga Bani Fulan, di rantau manakah terjadi, dan kerabat Bani Fulan memerintah di negara mana sekalipun, namun dengan mengamati keseluruhan riwayat Bani Fulan, maka diketahuilah bahawa Bani Fulan berkuasa di bumi Hijaz, atau negara Arab Saudi, yang diperintah secara monarki.

Kesaksian indikasi untuk menyabitkan dakwaan ini?

  1. Riwayat perselisihan tatkala kematian khalifah di negara yang disebutkan itu menunjukkan setelah kejadian tersebut, Imam Mahdi (a.s) berlindung dari Mekah ke Madinah dan menantikan tenggelamnya askar Sufyani di Baidak.  Justeru itu, menurut indikasi ini, maka jelaslah kematian Khalifah Abdullah terjadi di tanah Hijaz manakala kerabat Bani Fulan memerintah negara Saudi Arabia.
  2. Ummu Salamah menukil daripada Rasulullah (s.a.w):

 

یكُونُ اخْتِلَافٌ‏ عِنْدَ مَوْتِ‏ خَلِیفَةٍ فَیخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْمَدِینَةِ هَارِباً إِلَى مَكَّةَ فَیأْتِیهِ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ فَیخْرِجُونَهُ وَ هُوَ كَارِهٌ فَیبَایعُونَهُ بَینَ الرُّكْنِ وَ الْمَقَامِ وَ یبْعَثُ إِلَیهِ بَعْثُ الشَّامِ فَتُخْسَفُ بِهِمُ الْبَیدَاءُ بَینَ مَكَّةَ وَ الْمَدِینَة ... .

Terjadilah perselisihan setelah kematian khalifah, maka keluar seorang lelaki daripada kalangan warga Madinah menuju ke Mekah, maka manusia daripada kalangan warga Mekah datang memberikan bai’at kepadanya. Maka mereka pun membai’atnya di antara rukun dan makam. Ketika ini Sufyani mengirim tentera dari Sham ke Hijaz. Namun mereka tenggelam di Baida’ antara Mekah dan Madinah.

Dalam kitab al-Ghaibah, Sheikh al-Tusi menukilkan riwayat daripada Imam Ridha (a.s):

 

إِنَّ مِنْ عَلَامَاتِ الْفَرَجِ حَدَثاً یكُونُ‏ بَینَ‏ الْحَرَمَینِ‏ قُلْتُ وَ أَی شَی‏ءٍ الْحَدَثُ فَقَالَ عَصَبِیةٌ تَكُونُ بَینَ الْحَرَمَینِ وَ یقْتُلُ فُلَانٌ مِنْ وُلْدِ فُلَانٍ خَمْسَةَ عَشَرَ كَبْشاً.

Antara alamat kemunculan ialah peristiwa yang terjadi di antara dua Haram. Aku bertanya, apakah peristiwa itu? Beliau menjawab:  Pertumpahan darah akan terjadi di antara dua Haramain yang menyebabkan fulan daripada anak fulan terbunuh seramai 15 orang.

 

Diriwayatkan daripada Imam Jaafar al-Sadiq (a.s):  

 

... یا زُرَارَةُ لَا بُدَّ مِنْ قَتْلِ غُلَامٍ بِالْمَدِینَةِ قُلْتُ جُعِلْتُ فِدَاكَ أَ لَیسَ یقْتُلُهُ جَیشُ السُّفْیانِی قَالَ لَا وَ لَكِنْ یقْتُلُهُ جَیشُ آلِ بَنِی فُلَانٍ یجِی‏ءُ حَتَّى یدْخُلَ الْمَدِینَةَ فَیأْخُذُ الْغُلَامَ فَیقْتُلُهُ فَإِذَا قَتَلَهُ بَغْیاً وَ عُدْوَاناً وَ ظُلْماً لَا یمْهَلُونَ فَعِنْدَ ذَلِكَ تَوَقُّعُ الْفَرَجِ.

 Wahai Zurarah, tiada lagi cara lagi, seorang budak lelaki di Madinah dibunuh. Aku bertanya: Jiwaku menjadi tebusanmu, bukan tentera Sufyani yang membunuh? Beliau berkata: Tidak. Tetapi dibunuh oleh tentera Bani Fulan. Mereka akan masuk ke madinah dan menangkap budak lelaki lalu dibunuhnya secara zalim. Ketika ini nantikan kezuhuran Imam Mahdi (a.s).

Perkataan dibunuh oleh tentera Sufyani dalam matan hadis menunjukkan bahawa riwayat ini adalah salah satu daripada riwayat-riwayat zaman kezuhuran. Ini disebabkan dalam riwayat yang muktabar, dalam kitab Ahlusunnah dan Syiah telah menunjukkan bahawa kemunculan al-Qa’im dan Sufyani adalah dalam tahun yang sama. Antaranya riwayat daripada Imam Baqir (a.s):

 

السُّفْیَانِیُّ وَ الْقَائِمُ فِی سَنَهٍ وَاحِدَه.

Sufyani dan al-Qa’im di dalam tahun yang sama.

 4. Indikasi penting yang lain menunjukkan kematian Abdullah dalam keluarga Bani Fulan terjadi di negara Hijaz dan setelah kematian itu, setelah kematian Abdullah yang lain kerajaan kerabat Bani Fulan tidak akan mencapai kekuasaan dan kesinambungan. Dalam riwayat daripada Imam Ali (a.s) menunjukkan ia sebagai pembunuhan Nafs al-Zakiyyah di tangan Bani Fulan, di negara Haram (Mekah), pada 25 Zulhijjah, 15 hari sebelum kebangkitan Imam (hari Asyura pada bulan Muharam). Peristiwa ini merupakan petunjuk pasti kezuhuran. Dalam riwayat ini, Imam Ali (a.s) secara jelas menyatakan berakhirnya pemerintahan beraja Bani Fulan dan kebinasaan kerajaan monarki setelah kesyahidan Nafs Zakiyyah:

 

الا اخبركم بآخر ملك بنی فلان؟ قلنا: بلی یا امیرالمؤمنین، قال قتل نفس حرام، فی یوم حرام، فی بلد حرام عن قوم من قریش و الذی حلق الحبة، و برأ النسمة ما لهم ملك بعده غیر خمس عشرة لیلة ... .

 Apakah tidak akan ku berikan khabar berakhirnya kerajaan Bani Fulan? Kami berkata: Bahkan iya wahai Amirul Mukminin. Beliau berkata: Pembunuhan Nafs Haram, di hari Haram, di negara Haram, daripada keluarga kaum Quraysh. Demi Yang merekahkan benih dan mencipta manusia, setelah itu, kerajaannya tidak akan kekal lama lagi selama lima belas malam.

Riwayat ini juga menunjukkan berakhirnya kerajaan dan kesultanan Bani Fulan setelah pembunuhan Nafs Zakiyyah.Dari satu sudut yang lain, kematian Abdullah juga secara jelas menunjukkan mengenai pertukaran kerajaan tahunan (ملک السنین) yang menjadi kerajaan bulanan (ملک الشهور). Perkara ini berakhir dengan Imam Mahdi (a.s) (لم یتناه هذا الامر دون صاحبکم). Sisi persamaan kedua riwayat ini ialah, masing-masing menunjukkan kebinasaan kerajaan Bani Fulan dan telah tiba masa urusan Imam Mahdi (a.s). Oleh kerana Nafs Zakiyyah dibunuh di Mekah, ia menunjukkan kerajaan Bani Fulan juga berada di bumi Hijaz yang dapat dikaitkan dengan pembunuhan Nafs Zakiyyah. Demikian juga riwayat ini menunjukkan bahawa kerajaan Bani Fulan akan kekal sehingga kezuhuran dan kebangkitan Imam Mahdi (a.s) secara terang-terangan walaupun status riwayat tersebut adalah dhaif sekalipun. Sehingalah Nafs Zakiyyah di bunuh secara kejam pada 25 Zulhijjah dan 15 hari setelah itu, kerajaan Bani Fulan kian lemah apabila terjadinya kebangkitan Imam Mahdi (a.s) pada 10 Muharam dengan kematian Raja Abdullah, kerajaan Bani Fulan pun menjadi lemah dan binasa.

Perselisihan di kalangan Bani Fulan

 Adapun setelah kematian Raja Abdullah, terjadi persengketaan di kalangan kerabat Bani Fulan tentang kekuasaan dan raja muda yahg menggantikan si mati. Beberapa riwayat menjelaskan perkara tersebut.

Dinukilkan daripada Imam Baqir (a.s):

 

... وَ لَیسَ فَرَجُكُمْ إِلَّا فِی اخْتِلَافِ بَنِی فُلَانٍ ... وَ لَنْ یخْرُجَ الْقَائِمُ وَ لَا تَرَوْنَ مَا تُحِبُّونَ حَتَّى یخْتَلِفَ بَنُو فُلَانٍ فِیمَا بَینَهُمْ فَإِذَا كَانَ كَذَلِكَ طَمَعَ النَّاسُ فِیهِمْ وَ اخْتَلَفَتِ الْكَلِمَةُ وَ خَرَجَ السُّفْیانِی ‏... .

 Kemunculan kami tidak menjadi kenyatataan melainkan terjadinya persengketaan di kalangan Bani Fulan… al-Qa’im tidak akan bangkit dan kamu tidak akan melihat apa yang mereka kasihkan sehingga terjadi persengketaan Bani Fulan sesame meraka. Jika terjadi demikian, masyarakat menjadi haloba (terhadap pemerintahan kerajaan, perpaduan pun binasa dan keluarlah Sufyani.

Sehinggakan dalam riwayat juga menjelaskan tentang perselisihan itu sebagai Mahtūm dan yang pasti terjadi. Ia adalah suatu petanda tentang peristiwa yang mesti terjadi walau apa jua keadaannya.  

 

Diriwayatkan daripada Imam Ja’far Sadiq (a.s):

... خُرُوجُ السُّفْیانِی مِنَ الْمَحْتُومِ وَ النِّدَاءُ مِنَ الْمَحْتُومِ ... و اخْتِلَافُ بَنِی فُلَانٍ مِنَ الْمَحْتُومِ وَ قَتْلُ النَّفْسِ الزَّكِیةِ مِنَ الْمَحْتُوم‏ ... . 

 Keluarnya Sufyani adalah daripada perkara yang pasti, seruan di angkasa jua adalah perkara yang pasti. Perselisihan di kalangan kerabat Bani Fulan adalah daripada perkara yang pasti, pembunuhan Nafs Zakiyyah daripada perkara yang pasti…

 Namun dalam beberapa riwayat, perbezaan antara Bani Fulan, telah ditafsirkan sebagai perbezaan antara Bani Abbas, dikeranakan perbezaan versi, pelbagai pandangan telah dibuat dalam hal ini. Sebilangan sarjana percaya bahawa pemerintahan Bani Abbas dibentuk pada zaman akhir dan sebelum kezuhuran. Sebahagian yang lain juga percaya, bahawa riwayat telah dicatat atau difahami bahawa Bani Abbas, merupakan kiasan terhadap Bani Fulan, iaitu orang yang bekerja sesuai dengan watak dan jalan yang dijejak oleh Bani Abbas. Allah jualah yang Maha Mengetahui.

Zaman perselisihan Bani Fulan

Berkenan berapakah tempoh kematian Abdullah dengan kezuhuran Imam Mahdi (a.s), riwayat tidak menyatakan sebarang petunjuk. Satu-satunya di dalam kitab al-Kafi susunan Marhum Kulaini mengisyaratkan tentang persengketaan Bani Fulan sebelum keluarnya Sufyani.

 

لَا تَرَوْنَ مَا تُحِبُّونَ حَتَّى یخْتَلِفَ بَنُو فُلَانٍ فِیمَا بَینَهُمْ فَإِذَا اخْتَلَفُوا طَمِعَ النَّاسُ وَ تَفَرَّقَتِ الْكَلِمَةُ وَ خَرَجَ السُّفْیانِی.

 Kamu tidak akan melihat apa yang kamu kasihi sehingga berselisih faham Bani Fulan sebagaimana di kalangan mereka itu, apabila berselisih, maka manusia pun haloba akan pemerintahan dan persengketaan menyelubungi. Setelah perkara ini terjadi, maka keluarlah Sufyani.

Wajarlah perselisihan antara Bani Fulan terjadi setelah kematian Abdullah dan penggantinya, yang mana dalam riwayat lain "kematian Abdullah" ditafsirkan sebagai "kebinasaan Fulan". Diriwayatkan daripada Imam Sadiq (a.s):

 

.... امْسِكْ بِیدِكَ هَلَاكَ الْفُلَانِی وَ خُرُوجَ السُّفْیانِی وَ قَتْلَ النَّفْسِ وَ خَسْفَ الْجَیشِ وَ الصَّوْت ... .‏

 Hitunglah dengan tanganmu akan kebinasaan Fulan, keluarnya Sufyani, pembunuhan Nafs Zakiyyah dan tenggelamnya askar Sufyani, dan suara seruan di angkasa.

 

Pengganti atau para pengganti Raja Abdullah?

Menurut riwayat berkenaan kematian raja Abdullah, pengganti atau para pengganti mula ingin bersandar pada kerajaan. Namun, apa pun yang terjadi, kerajaan dan sistem beraka tidak lagi akan mencapai kekuasaan seperti sebelum itu dan kerajaan secara perlahan-lahan akan runtuh. Apa yang dapat difahami tentang Raja sebulan dan sehari juga menunjukkan perkara ini.

 

Namun, noktah lain yang penting ialah pemahaman mengenai raja sebulan dan sehari. Sebaliknya, Kerajaan Tahunan kemungkinanada dua tafsir iaitu:

 

Zaman berakhirnya kerajaan Bani Fulan

Adapun berkenaan dengan kerajaan Bani Fulan, apakah kedudukan yang dicapai oleh Arab Saudi? Maka dari riwayat pembunuhan Nafs Zakiyyah, dapatlah difahamkan bahawa kerajaan Bani Fulan berdepan dengan kebinasaan sehingga sebelum kezuhuran Imam Mahdi (a.s), kebangkitan Imam secara terang-terangan, walaupun setelah kematian Raja Abdullah selaku raja yang kuat Bani Fulan Sehinggalah Nafs Zakiyyah dibunuh secara kejam pada 25 Dzulhijjah. Setelah itu, selama 15 hari berikutnya, kerajaan Bani Fulan sudah lemah dan mengalami kebinasaan dengan kebangkitan Imam secara terang-terangan pada 10 Muharam.

 

الا اخبركم بآخر ملك بنی فلان؟ قلنا: بلی یا امیرالمؤمنین، قال قتل نفس حرام، فی یوم حرام، فی بلد حرام عن قوم من قریش و الذی حلق الحبة، و برأ النسمة ما لهم ملك بعده غیر خمس عشرة لیلة ... .

 Tidakkah saya hendak memberitahu anda mengenai berakhirnya pemerintahan kerabat Fulan? Kami menjawab: Bahkan Iya wahai Amirul Mukminin. Beliau berkata: Pembunuhan jiwa di hari yang dihirmati, di negara yang dihormati, daripada kaum Quraysh, dan demi Yang Membelah biji benih, mereka tidak ada kerajaan lagi dalam tempoh 15 malam.

Kesimpulan

Justeru itu, dari himpunan berbagai riwayat dan petunjuk, maka tersabitlah bahawa Raja Abdullah merupakan raja yang gagah berani Bani Fulan, di bumi Hijaz (Saudi Arabiya). Dengan kematiannya, keluarga fulan tidak akan lagi mencapai kata sepakat mengenai penggantinya walaupun pengganti dan para penggantinya, sebagaimana yang ditunjukkan oleh riwayat dengan ta’ bir mengenai Raja bulanan dan Raja mingguan. Perkara ini menunjukkan bahawa Abdullah juga bulanlah pengganti. Namun tiada lagi raja yang gagah seperti Raja Abdullah. Kekuasaan pemerintahan akan silih berganti, akibatnya persengketaan dalaman pun tercetus. Kerajaan Hijaz menjadi tergugat dan lemah. Perkara ini (kematian Raja Abdullah dan perselisihan antara Bani Fulan) akan terjadiu sebelum keluarnya Sufyani dan kemunculan Imam Mahdi (a.s).

Namun tempoh kematian raja Abdullah dan keluarnya Sufyani tidak dijelaskan dalam riwayat dan ia kekal menjadi tanda tanya. Apapun yang terjadi, perselisihan di kalangan kerabat Bani Fulan akan berlanjutan dan kuasa silih berganti sehinggalah kerabat ini melakukan berbagai jenayah yang lain manakala Nafs Zakiyyah dibunuh secara kejam di sisi Ka’bah dan di kota Mekah.  Perkara ini menunjukkan, kedaulatan raja dan para pegawai yang lain sehingga kezuhuran dan kebangkitan terang-terangan Imam Mahdi (a.s) berterusan. Namun bukan dengan kekuasaan dan keperkasaan orang terdahulu di zaman Raja Abdullah dan setelah pembunuhan Nafs Zakiyyah, maka perkara urusan pemerintahan kembali kepada Imam Mahdi (a.s)

 

 

 منابع احادیث به ترتیب:

 

  1. شیخ طوسی، الغیبۀ، ص 447.
  2. اربلی، كشف الغمة، ج 2، ص 479.
  3. شیخ طوسی، الغیبۀ، ص 448.
  4. نعمانی، الغیبۀ، ص 166.
  5. نعمانی، الغیبۀ، ص 267.
  6. نعمانی، الغیبۀ، ص 258.
  7. کلینی، الکافی، ج 8، ص 209
  8. شیخ طوسی، الغیبۀ، ص 435.
  9. کلینی، الکافی، ج 8، ص 209.
  10. نعمانی، الغیبۀ، ص 258.
  11. نعمانی، الغیبۀ، ص 258.

 

مصطفی امیری - دانش‌آموخته حوزه علمیه قم

 


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*