?>

Anwar nasihat anak muda telaah surat Ali kepada Malik Ashtar

Anwar nasihat anak muda telaah surat Ali kepada Malik Ashtar

Anwar Ibrahim menasihati anak-anak muda agar mempelajari warkah khalifah Ali yang dikirim kepada gabenor Mesir sebagai pedoman dalam pemerintahan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tazkirahnya tengahari kelmarin mengingatkan betapa pentingnya pembacaan surat Sayyidina Ali kepada Gabenor Mesir, Malik Ashtar ketika itu demi tertegaknya keadilan dan meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai paksi hukum kenegaraan.

"Warkah yang mencakup segala aspek kehidupan, termasuk ‘ethics of governance’ dan masalah orang miskin yang melarat," kata beliau yang dimuatkan dalam status di Facebook.

"Saya gesa para pemimpin dan anak muda untuk telaah warkah yang cukup berguna ini," tegas beliau lagi.

Anwar Ibrahim ketika menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982−1983) pernah mencetak surat Sayyidina Ali tersebut dan diedar untuk tatapan para pegawai kerajaan.

Menurut beliau, surat tersebut mengandungi nasihat tatkala terjadi kemelut kewangan dalam negara, pemimpin hendaklah utamakan suntikan dana kepada rakyat yang melarat, bukannya kepada golongan konglomerat.

Menurut beliau, intisari surat tersebut adalah:

"Ingatlah bahawa kelompok kecil yang menikmati kemewahan itu tidak akan menolong kamu dalam krisis. Mereka akan cuba menghalang tertegaknya keadilan. Mereka akan meminta lebih daripada apa yang sepatutnya dan tidak akan menghargai bantuan yang diberikan. Mereka akan cemas menghadapi kemelut... sesungguhnya rakyat marhaenlah yang akan menjadi tonggak kekuatan negara dan agama. Merekalah yang akan melindungi negara daripada musuh. Oleh itu, hendaklah kamu sentiasa bersama mereka dan cakna mengenai kebajikan mereka."


Surat tersebut telah ditulis oleh Sayyidina Ali kepada Malik Ashtar yang baru berkhidmat menjadi gabenor Mesir dalam abad ke-tujuh Masihi. Kini, nasihat Sayyidina Ali itu menjadi model untuk keadilan sosial dalam politik Muslim di seluruh dunia.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*