?>

AS melancarkan serangan hebat terhadap Kata’ib Hizbullah di timur Syria

AS melancarkan serangan hebat terhadap Kata’ib Hizbullah di timur Syria

Gabungan Amerika Syarikat (A.S) melancarkan serangan hebat di timur Syria pada hari Khamis petang, dengan menyasarkan sejumlah anggota tentera paramiliter Iraq berhampiran bandar sempadan Albukamal.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Menurut laporan dari timur Syria, gabungan A.S. menyasarkan pasukan Kata'ib Hizbullah di sebuah pangkalan berhampiran sempadan Iraq; yang mengakibatkan kerosakan yang teruk.

Jumlah korban akibat serangan A.S. masih belum diketahui ketika ini, kerana Kata'ib Hizbullah belum mengeluarkan angka mengenai kerugian yang diamali mereka.

Serangan itu adalah yang pertama dilakukan oleh pentadbiran Presiden A.S. Joe Biden sejak dia memegang jawatan pada 21 Januari 2021.

Pentadbiran Biden mengatakan serangan pada hari Khamis malam itu dilakukan sebagai pembalasan atas serangan roket di Iraq yang mengorbankan seorang kontraktor Amerika.

..................

177


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*