?>
Sempena kewafatan Zainab (A.S);

Ayatollah Reza Ramezani ungkap kesabaran Zainab (A.S) di Sham.

Ayatollah Reza Ramezani ungkap kesabaran Zainab (A.S) di Sham.

Setiausaha Agung Majma’ Ahlul Bait (AS) menceritakan kesabaran yang dihadapi oleh Zainab (AS) ketika menjadi tawanan.

Dalam satu wawancara singkat, Ayatollah Reza Ramezani mengungkap kesabaran Zainab binti Ali (A.S) pada hari Jumaat lalu, sebelum melakukan perjalanan ke Syria.

Beliau yang merupakan Setiausaha Agung Majma’ Ahlul Bait (AS) menyampaikan tragedi yang menimpa Zainab yang dikenali sebagai “Bunda Musibah” (Umm al-Masā’ib) dalam program rangkaian saluran dua televiseyn Republik Islam Iran.

Kata beliau, kesabaran Hazrat Zainab (SAW) amat luar biasa dalam menghadapi penindasan Yazid dan pengikutnya setelah beliau dijadikan tawanan di kota Sham.

"Ketika kerabat Ahlul Bait tiba di Sham, mereka dilayan dengan sangat buruk dalam keruntuhan moral puak Sham. Sudah tentu pada masa yang sama, Hazrat Zainab (AS) menempuh adegan itu dengan gigih dan kuat. Tetapi beberapa adegan berlaku padanya yang amat sukar ialah, tatkala Zainab (AS) berdialog dalam majlis Yazid dan berucap. Ketika musuh berputus asa, mereka membawa kepala saudaranya (Husain) kepadanya dalam sebuah bekas dan semua orang melihat adegan itu.”

“Adegan lain adalah ketika kenalan Yazid itu, mengisyarat kepada Fatima binti Al-Hussein (AS), sambil berkata: Berikan saya gadis ini; Sangat sukar bagi Hazrat Zainab (SAW) untuk mendengar kata-kata seperti itu.”

“Adegan ke-tiga, ialah peristiwa yang menimpa Quqayyah di Sham.”

“Tatala rombonngan kerabat Ahlul Bait masuk ke Sham, ada yang melontar gumpalan batu ke atas kepala-kepala para syuhada dari atas bumbung sehingga beberapa kepala terjatuh. Peristiwa ini disaksikan oleh kanak-kanak.”

..................

177


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*