?>

Ayatullah Khamenei optimis, gerakan Zionist semakin merosot

Ayatullah Khamenei optimis, gerakan Zionist semakin merosot

Imam Khamenei berkata pada Hari al-Quds Sedunia, "Saya memberitahu anda dengan optimis, gerakan merosot rejim Zionis telah bermula dan ia tidak akan berhenti."

Sempena Hari Al-Quds 2021 (7 Mei 2021)
Jumaat terakhir Ramadhan 1442

Imam Khamenei berkata pada Hari al-Quds Sedunia, "Saya memberitahu anda dengan optimis, gerakan merosot rejim Zionis telah bermula dan ia tidak akan berhenti."

Berikut ini adalah teks penuh ucapan yang disampaikan pada 7 Mei 2021, oleh Imam Khamenei, Pemimpin Revolusi Islam, sempena Hari Al Quds Sedunia. Beliau dalam pidatonya merujuk pada perubahan keseimbangan kekuatan yang memihak kepada dunia Islam dan Palestin. Khamenei menegaskan, "Saya memberitahu anda dengan penuh yakin bahawa pergerakan merosot rejim Zionis telah bermula dan tidak akan berhenti.”

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir semesta alam, selawat dan salam ke atas penghulu kita Muhammad, penutup para Nabi, semulia-mulia sekalian ciptaan, ke atas keluaga baginda yang baik lagi suci, para sahabat baginda yang terpilih, dan yang mengikuti mereka dengan ihsan hingga hari kiamat.

Apa yang berlaku di Palestin menjadi isu terpenting dan masalah bersama yang masih hidup di kalangan umat Islam. Dasar-dasar sistem kapitalis yang zalim dan penumpah darah telah memotong tangan sebuah bangsa dari rumahnya, dari tanah air, bumi nenek moyangnya. Di dalamnya juga telah wujudk rejim pengganas dan orang asing.

Apakah lagi yang lebih lemah dan tidak berasas daripada logik kosong pengasasan rejim Zionis? Berasaskan dakwaan mereka sendiri, orang Eropah mengaku telah menindas orang-orang Yahudi selama bertahun-tahun dalam Perang Dunia ke-2, justeru itu pembalasan orang-orang Yahudi harus dengan mengusir bangsa sebuah negara di Asia Barat dan melakukan kekejaman di negara itu...!

Inilah logik yang diandalkan oleh pemerintah Barat, dengan sokongan yang utuh dan tidak waras terhadap rejim Zionis. Dengan demikian ia telah memalsukan, semua dakwaan mereka mengenai hak asasi manusia dan demokrasi. Kisah lucu dan tangisan ini telah berlangsung selama lebih dari tujuh puluh tahun dan sesekali lebih banyak lembaran lain ditambahkan ke dalamnya.

Zionis telah menjadikan Palestin yang dijajah menjadi pangkalan pengganas sejak di hari pertamanya. Israel bukanlah sebuah negara, tetapi pusat gerombolan pengganas terhadap rakyat Palestin dan negara-negara Islam yang lain. Perjuangan menentang rejim penumpah darah ini adalah memerangi penindasan dan menentang keganasan; Inilah tugas semua orang.

Perlu diperhatikan, walaupun negara rampasan ini ditubuhkan pada tahun 1948, namun persiapan untuk menceroboh titik sensitif ini di wilayah Islam telah pun bermula bertahun-tahun sebelumnya. Tahun-tahun ini bertepatan dengan campur tangan aktif Barat di negara-negara Islam untuk pemerintahan sekularisme, nasionalisme ekstrem dan buta tuli, mengangkat pemerintahan kuku besi, dicengkam atau dimanipulasi oleh Barat. Kajian mengenai peristiwa-peristiwa pada tahun-tahun itu di Iran dan Turki, negara-negara Arab di Asia Barat hingga Afrika Utara, mengungkapkan kebenaran pahit bahawa kelemahan dan perpecahan dalam Umat Islam membuka jalan bagi bencana-bencana rampasan Palestin. Ini tamparan kuasa angkuh dunia kepada Umat Islam. Inilah gerangan pengajaran pada masa itu, kedua-dua kubu kapitalisme dan komunisme, ditambah lagi dengan qarun-qarun Zionist; Britain membuat rancangan asal dan memantau plan itu, puak kapitalis Zionist bertanggung jawab melaksanakannya dengan wang dan senjata. Kesatuan Soviet adalah pemerintah pertama yang merasmikan pengiktirafan penubuhan sebuah negara yang tidak sah dan menghantar sejumlah besar orang Yahudi ke sana.
Dari satu sisi, rejim perampas adalah hasil dari situasi di dunia Islam, konspirasi dan pencerobohan Eropah ini pula adalah dari sisi lain. Hari ini dunia tidak lagi seperti dulu; Kita mesti sentiasa ingat hakikat ini. Hari ini, keseimbangan kuasa telah beralih memihak kepada dunia Islam. Pelbagai peristiwa politik dan sosial di Eropah dan Amerika Syarikat menelanjangkan kelemahan, kecelaruan mendalam struktur, pengurusan, dan moral Barat kepada penghuni dunia. Peristiwa pilihan raya di Amerika Syarikat dan ujian skandal eksekutif mereka yang bercakap kosong dan angkuh, serta konfrontasi satu tahun yang gagal dengan wabak korona di Amerika Syarikat, Eropah dan sekitarnya yang memalukan. Pergolakan politik dan sosial baru-baru ini di kebanyakan negara-negara penting Eropah, semuanya adalah tanda kemerosotan dan kejatuhan kem Barat.

Sebaliknya, pertumbuhan kekuatan perlawanan di wilayah Islam yang paling sensitif, pertumbuhan kemampuan pertahanan dan serangan mereka, pertumbuhan kesedaran diri dan motivasi serta harapan di negara-negara Muslim, pertumbuhan slogan-slogan Islam dan al-Qur'an, pertumbuhan ilmu pengetahuan, pertumbuhan tuntutan kemerdekaan dan keberdikarian dalam negara adalah tanda-tanda yang diberkati yang menjanjikan masa depan yang lebih baik.

Di masa depan yang diberkati ini, peningkatan negara-negara Islam mesti menjadi tujuan utama, dan ini nampaknya tidak jauh untuk dicapai. Intisari peningkatan ini adalah isu Palestin, yang bermaksud seluruh negara, dan nasib al-Quds yang suci. Inilah kebenaran yang mendorong kalbu suci Imam Khomeini (semoga Allah merahmatinya) mengumumkan Hari Quds Antarabangsa pada hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan.

Kebangkitan umat Islam pada paksi al-Quds yang suci adalah mimpi buruk bagi pihak musuh Zionis dan penyokongnya dari Amerika dan Eropah. Rancangan gagal "perjanjian abad ini" dan kemudian usaha untuk menormalkan hubungan beberapa negara Arab yang lemah dengan rejim perampas adalah usaha terdesak untuk melepaskan diri dari mimpi buruk itu.

Saya tegaskan, bahawa usaha ini tidak akan berjaya; Peralihan kemerosotan dan pembinasaan rejim musuh Zionis telah bermula dan tidak akan berhenti.

Dua faktor penting menentukan masa depan: pertama - yang lebih penting – ialah kesinambungan perlawanan di wilayah Palestin, pengukuhan garis jihad dan kesyahidan. Kedua ialah sokongan global negara-negara dan bangsa-bangsa Muslim di seluruh dunia untuk mujahidin Palestin.

Kita semua - negarawan, intelektual, sarjana agama, parti-parti dan kumpulan-kumpulan, para pemuda yang bersemangat dan rakyat-rakyat lain - mesti mencari tempat sendiri dalam gerakan global ini dan memainkan peranan. Inilah yang membatalkan muslihat musuh, dan inilah janji ilahi:

أَمْ يُرِيدُونَ كَيْدًا ۖ فَالَّذِينَ كَفَرُوا هُمُ الْمَكِيدُونَ
(Bahkan mereka hendak melakukan rancangan jahat maka orang-orang yang kafir itulah yang akan ditimpa balasan rancangan jahatnya. - Tur ayat 42), menjadi realiti yang wujud akhir zaman,

وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَىٰ أَمْرِهِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

(Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. – Yusuf ayat 21)

Salam dan rahmat Allah kepada kamu

Saya ingin bercakap sedikit dengan pemuda Arab dalam bahasa mereka sendiri:

(terjemahan dari Bahasa Arab)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Salam sejahtera kepada semua orang Arab yang merdeka, terutama para pemuda daripada kalangan mereka, dan salam untuk rakyat Palestin yang melawan, dan pada orang-orang suci yang berkaitan dengan Masjid Al-Aqsa.

Selamat sejahtera bagi para syuhada perlawanan dan keturunan para mujahidin yang mengorbankan nyawa mereka di jalan ini, dan terutamanya as-syahid Sheikh Ahmed Yassin, as-syahid Sayyid Abbas Al-Mousawi, as-syahid Fathi Al-Shaqaqi, as-syahid Imad Mughniyeh, as-syahid Abdul Aziz al-Rantisi, as-syahid Abu Mahdi al-Muhandis, kemudian yang terulung, Qassem Soleymani... setelah hidup mereka yang diberkati dan murah hati, asing-masing meninggalkan kesaksiannya, iaitu jejak-jejak penting dalam lingkungan perlawanan.

Sesungguhnya perjuangan rakyat Palestin dan darah murni para syuhada perlawanan mampu menjaga panji-panji yang diberkati dan diangkat ini, ia melipatgandakan kemampuan jihad Palestin ratusan kali kekuatan zat untuk jihad Palestin.

Pada suatu ketika dahulu, pemuda Palestin membela dirinya dengan batu, dan pada hari ini ia bertindak balas terhadap musuh dengan melancarkan roket dengan tepat.

Palestin dan al-Quds, kedua-duanya disebut dalam Al-Qur'an sebagai “اَلاَرضُ المُقَدَّسَة” (Tanah Suci - Surah al-Ma’idah ayat 21)".
Selama beberapa dekad, tanah suci ini berada di bawah bebanan kebanyakan anak manusia yang paling keji dan kotor. Syaitan-syaitan ini yang menumpahkan darah orang-orang terhormat kemudian mengakuinya dan mengikrarkannya dengan penuh kurang ajar. Mereka adalah kaum yang telah mempraktikkan pembunuhan, penjarahan, pemenjaraan dan penyeksaan terhadap tuan tanah selama lebih dari tujuh puluh tahun, tetapi, segala puji bagi Tuhan, mereka tidak dapat mematahkan kehendak tuan tanah.

Sesungguhnya Palestin masih hidup, dan meneruskan perjuangannya, dan dengan pertolongan Tuhan, pada akhirnya, ia akan dapat mengalahkan musuh jahat. Al-Quds, Palestin, dan seluruh Palestin, adalah milik rakyat Palestin, dan ia akan kembali kepada mereka, insya Allah, " وَمَا ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ بِعَزِيزٍ " (Dan yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah melakukannya – surah Ibrahim ayat 20).

Pemerintah dan umat Islam secara keseluruhannya memikul tugas dan tanggungjawab terhadap perjuangan Palestin, tetapi fokus perjuangan ini adalah rakyat Palestin sendiri, yang berjumlah empat belas juta orang di dalam dan di luar wilayah yang dijajah. Kesungguhan berjuta-juta orang ini akan mencapai kejayaan yang besar.

Sesungguhnya perpaduan hari ini adalah sebesar-besar senjata Palestin.

Musuh-musuh perpaduan Palestin adalah entiti Zionis, Amerika dan beberapa kekuatan politik yang lain, tetapi jika kesatuan ini tidak retak dari dalam masyarakat Palestin, maka musuh luar tidak akan dapat melakukan apa-apa.

Tumpuan kesatuan ini harus menjadi jihad dalaman dan rasa tidak percaya terhadap musuh. Dasar Palestin tidak boleh bergantung pada musuh utama rakyat, iaitu Amerika, Inggeris dan Zionis yang jahat.

Orang-orang Palestin, sama ada di Gaza, Quds, atau Tebing Barat, dan tidak kira apakah mereka berada di tanah seribu sembilan ratus empat puluh lapan atau di khemah-khemah, mereka semua perlu membentuk satu badan, dan mereka harus beralih ke strategi perpaduan, supaya setiap sektor mempertahankan sektor-sektor lain. Mereka mendapat manfaat apabila tekanan diberikan pada sektor-sektor dari semua peralatan yang mereka miliki.

Terdapat lebih banyak harapan untuk kemenangan hari ini daripada sebelumnya. Keseimbangan kuasa berubah dengan kuat memihak kepada rakyat Palestin. Musuh Zionis semakin lemah dari tahun ke tahun, dan tenteranya, yang biasa dia katakan adalah "tentera yang tidak dapat dikalahkan", sekarang, setelah pengalaman tiga puluh tiga hari di Lubnan, pengalaman dua puluh dua hari dan pengalaman selama lapan hari di Gaza, telah berubah menjadi "tentera yang tidak akan merasakan kemenangan".

Entiti angkuh ini dalam situasi politiknya terpaksa mengadakan empat pilihan raya dalam dua tahun, dalam keadaan keselamatannya setelah kekalahan berturut-turut dan keinginan orang Yahudi yang semakin meningkat untuk penghijrahan semula, memberikan kesaksian skandal demi skandal.

Usaha berterusan yang telah dilakukannya dengan bantuan Amerika Syarikat untuk normalisasi dengan beberapa negara Arab itu sendiri merupakan petunjuk kelemahan entiti ini. Sudah tentu, ia tidak akan berfungsi. Ia menjalin hubungan dengan Mesir puluhan tahun yang lalu, tetapi sejak masa itu hingga sekarang, musuh Zionis lebih lemah dan retak. Dengan semua ini, adakah hubungan dengan sejumlah pemerintah yang lemah dan hina dapat menguntungkannya ?! Sebaliknya, pemerintah-pemerintah itu, pada gilirannya, tidak akan mendapat keuntungan daripada hubungan ini, dikeranakan musuh Zionis akan merosakkan tanah, wang, dan keamanan mereka.

Fakta-fakta ini tidak boleh menyebabkan orang lain mengabaikan tanggungjawab mereka yang berat terhadap tindakan ini. Para sarjana Muslim dan Kristian mesti menyatakan bahawa normalisasi adalah haram menurut Syariah, dan bahawa para intelektual dan orang-orang bebas merdeka bangkit untuk menjelaskan hasil pengkhianatan ini, yang merupakan tikaman dari belakang Palestin kepada semua orang.

Sebaliknya, hitungan ke belakang untuk entiti Zionis, peningkatan kemampuan barisan perlawanan, peningkatan kemampuan pertahanan dan ketenteraannya, pencapaian kecukupan dalam pembuatan senjata yang berkesan, peningkatan keyakinan diri di kalangan Mujahidin, penyebaran kesedaran diri di kalangan para pemuda, serta pengembangan lingkaran perlawanan di semua bahagian tanah Palestin dan di luarnya. Sumbangan belia Palestin baru-baru ini untuk membela Masjid Al-Aqsa, refleksi dari gema jihad rakyat Palestin dan penindasan mereka pada masa yang sama di kalangan pendapat umum di banyak tempat di dunia.. semua ini adalah berita gumbira tentang hari esok yang cerah.

Logik perjuangan Palestin, yang dicatat oleh Republik Islam Iran dalam dokumen PBB, ini lah logik yang canggih dan progresif. Pejuang Palestin dapat mengadakan referendum di kalangan penduduk pribumi Palestin. Referendum ini akan menentukan sistem politik negara ini, dan penduduk pribumi, dari semua bangsa dan agama, akan turut serta di dalamnya, termasuk penduduk Palestin yang terlantar. Sistem baru ini menjadikan penghuni kehilangan pendapatan dan menyelesaikan nasib peneroka asing.

Projek ini didasarkan pada demokrasi popular yang diakui di dunia, dan tidak ada yang dapat dipertikaikan kecanggihan dan keberkesanannya. Mujahidin Palestin mesti meneruskan perjuangan sah dan moral mereka terhadap entiti perampas sehingga entiti ini setuju untuk menerima tuntutan ini.

Majulah dengan nama Tuhan dan ketahui bahawa "Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolongNya" (وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ).

Selamat sejahtera ke atas kamu beserta rahmat Allah, dan keberkatanNya


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*