?>

Bahaya peralat agama menurut pandangan Imam Husain

Bahaya peralat agama menurut pandangan Imam Husain

Perjuangan Ibnu Zubayr menjadikan Ka’bah sebagai perisainya sedangkan Imam Husain (a.s) menjadi tubuh badannya sebagai perisai bagi Islam.

Salah satu bahaya apabila agama diperalatkan ialah akan ada yang berlindung dengan agama demi mencapai maksud dan kepentingan diri sehingga sanggup melakukan perbuatan yang dihubung kait dengan agama. Akibatnya terjadilah malapetaka besar. Dengan membandingkan tindakan Imam Husain (a.s) dan Ibnu Zubayr, maka diketahuilah antara kedua-dua individu ini ada jurang yang amat dalam. Satu pihak berusaha meraih kekuasaan tergamak menjadikan Ka’bah sebagai kubu perisai manakala satu pihak lagi menjadikan ahli keluarga sebagai kubu bagi Ka’bah. Justeru itu, satu pihak menjadikan Islam sebagai korban dirinya dan yang lain menjadikan diri sebagai korban demi Islam.

Tatkala menjawab usulan Ibnu Zubayr supaya membatalkan perjalanan ke arah Kufah, Imam Husain (a.s) berkata, “Ayahku telah memberikan kabar kepadaku, oleh kerana di Mekah ada kambing bertanduk, maka kehormatan kota itu akan dilanggar dan aku tidak mahu menjadi kambing itu. Demi Allah, sekiranya aku terbunuh sejauh dua jengkal daripada Mekah, maka ia lebih baik daripada aku terbunuh satu jengkal di dalamnya.” Setelah itu beliau berkata, “Wahai anak Zubayr! Sekiranya aku dikebumikan di tebing sungai furat, bagiku lebih baik daripada aku dikebumikan dalam perkarangan Ka’bah.” [1]

Farazdaq berkata, “Aku pulang dari Kufah, Imam Husain melihatku di jalan dan berkata: Wahai Abu Firas! Apa kabar di belakangmu? Lalu aku menjawab: Apakah aku perlu jujur berkata kepadamu: Beliau berkata: Iya, aku inginkan kejujuranmu. Aku menjawab: Hati para penduduk Kufah, semuanya bersamamu. Namun pedang-pedang mereka membantu Bani Umayyah, sedangkan pertolongan dan bantuan daripada Allah.”[2]

Berkatalah Imam Husain, “Benar, kata-kata ini engkau tuturkan atas kebenaran dan kejujuran. Manusia sentiasa menjadi sahaya dunia. Rangkaikata yang diucap orang beragama tidak berguna dan tidak berasas belaka. Manfaat agama mereka hanyalah meraih kehidupan dalam lingkungan pancarannya. Dengan ujian dan cubaan yang ditempuhi, diketahuilah bahawa betapa sedikitnya orang beragama yang sebenar-benarnya.” [3]

Dalam pernyataan ini, Imam Husain (a.s) dengan jelas berkata dan menolak perbuatan memperalatkan agama dan menjadikan agama sebagai perisai.

Kewujudan kerajaan korup mengatas namakan agama adalah malapetaka bagi agama dan penganutnya. Kelompok ini bersandar pada agama dan mazhab. Sebaliknya, sebagai ganti melaksanakan hukum hakam, perintah dan ajaran agama, mereka melaksanakan pandangan, keyakinan dan tujuan diri sendiri ke atas masyarakat. Dengan peri laku korup dan autokrasi, mereka menutup apa sahaja jalan kebebasan, menyediakan sarana yang melemahkan dan menjatuhkan imej agama serta menjauhkan manusia daripada agama.

Demikian juga memperalatkan agama, membelakangi agama, penyembunyian untuk melaksanakan matlamat dan tujuan oleh individu-individu, kumpulan dan tokoh tersohor, adalah terhitung dalam bencana besar dalam agama dan penganutnya. Tidak laksana hukum hakam Allah, penerimaan kezaliman dan menyingkirkan semangat kebenaran merupakan bencana dan malapetaka yang terpantul daripada tutur kata Imam Husain (a.s).

Kesimpulannya, hendaklah diingatkan bahawa Imam Husain (a.s) amat menekankan pembaik pulih kerosakan sosial masyarakat Muslim dan mengembalikan kehidupan prinsip dan nilai-nilai berguna yang telah dihilangkan oleh penunggang agama.

 

[1] Muhammad Sadiq Najmi, Sokhanan Hossein bin ‘Ali (a.s) az Madineh ta Karbala, Qom Entesharat Eslami, 1362, muka surat 74

[2] Shaykh Mufid, al-Irshad, terjemahan dan syarahan Sayyid Hashem Rasuli Mahallati, Tehran, jilid 2 muka surat 69

[3] Mohammad Hoseini Tehrani, Lumu’at al-Husain, Tehran, Sadra, 1407 H, muka surat 35


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*