?>
Bennett menjadi Perdana Menteri baru rejim Zionis;

Berakhirnya 12 tahun pemerintahan penjenayah, Netanyahu

 Berakhirnya 12 tahun pemerintahan penjenayah, Netanyahu

Pemerintahan Perdana Menteri Israel yang terkenal kekejamannya berakhir.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pungutan suara undi di Knesset (parlimen Israel) untuk memilih calon kabinet gabungan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Naftali Bennett telah berakhir.

Setelah banyak konflik dan ketegangan, Knesset akhirnya memilih kabinet Israel yang baru dipimpin oleh Naftali Bennett dan Yair Lapid dengan 60 setuju dan 59 menentang.

Oleh itu berakhirlah kepimpinan presiden Benjamin Netanyahu selama 12 tahun dalam rejim Zionis, dan Naftali Bennett menjadi perdana menteri Zionis ke-13 dan ketua kabinet ke-36.

Yair Lapid juga mengangkat sumpah di Knesset untuk dinobatkan sebagai perdana menteri pengganti kedua dalam sejarah rejim Zionis.

Di bawah perjanjian kabinet gabungan, Lapid dan Bennett kedua-duanya mempunyai kuasa veto atas dasar kabinet, dan Lapid akan menjadi perdana menteri selama dua tahun.

Lapan parti Israel bersatu untuk menyingkirkan Benjamin Netanyahu dari kekuasaan dan membentuk gabungan 60 kerusi yang terdiri daripada 120 anggota Knesset.

Gabungan baru terdiri daripada 25 kerusi dari parti tengah-kanan, 19 kerusi dari parti sayap kanan, 13 kerusi dari parti sayap kiri dan 4 wakil dari salah satu gerakan Arab.

Netanyahu, 71, terkenal sebagai pembunuh kanak-kanak, gagal dalam pilihan raya umum keempat dalam dua tahun untuk membentuk kerajaan gabungan.

-------------

177


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*