?>
Perutusan Ayatollah Safi Golpayegani;

Berdiam diri terhadap tragedi di Afghanistan, kesilapan yang tidak dapat dibaiki

Berdiam diri terhadap tragedi di Afghanistan, kesilapan yang tidak dapat dibaiki

Ayatollah "Lotfollah Safi Golpayegani", Marja’ Syiah tersohor di Iran mengeluarkan pesanan penting yang memperingatkan tentang kejahatan kumpulan pengganas Taliban.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatollah "Lotfollah Safi Golpayegani", Marja’ Syiah tersohor di Iran mengeluarkan pesanan penting yang memperingatkan tentang kejahatan kumpulan pengganas Taliban.

Beliau bertegas dalam perutusan yang dikeluarkan berikutan kemaraan Taliban dan diamnya masyarakat antarabangsa mengenai peristiwa tragik di Afghanistan sebagai keganasan dan kekejaman pengganas di satu pihak; Dan di sisi lain, diamnya dunia, pemerintah dan persatuan hak asasi manusia sangat mengejutkan dan memalukan!

Teks mesej Marja’ taqlid ini adalah seperti berikut:

Dengan nama Tuhan

 

انّ ربّک لبالمرصاد

 

Hari-hari ini, dunia menyaksikan peristiwa yang sangat mengerikan dan malang apabila hati nurani manusia dan sifat murni berasa malu dengan kejahatan ini.

Mungkinkah kumpulan yang menyebut diri mereka sebagai manusia, tetapi melakukan semua kejahatan ini terhadap jenis mereka sendiri!?

Keganasan dan kekejaman pengganas di satu pihak; Dan di sisi lain, diamnya dunia manakala dakwaan pemerintah dan pertubuhan hak asasi manusia sungguh mengejutkan dan memalukan!

Adalah satu kesalahan besar dan tidak dapat diperbaiki lagi, apabila mempercayai kumpulan yang mempunyai rekod kejahatan dan pembunuhannya sudah jelas bagi seluruh dunia!

Demi tanggung jawab agama dan kemanusiaan, saya memberi amaran kepada semua negara dan pusat antarabangsa, terutama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Kerajaan Republik Islam Iran, terhadap kekejaman ini serta pertumpahan darah ramai orang yang ditindas di Afghanistan dan ribuan orang yang menjadi pelarian; Lelaki dan wanita, muda dan tua, termasuklah kanak-kanak, maka bertindak balas lah dengan serius demi mencegah ia dari melampaui batas.

Yang pasti, diamnya mereka hari ini akan menimbulkan penyesalan di masa depan.

Salam sejahtera bagi yang mengikuti petunjuk,

Qom,

3 Dhu al-Hijjah 1442


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*