11 Juta Dihantar Pulang Segera

11 Juta Dihantar Pulang Segera

Pentadbiran Presiden AS mengeluarkan arahan baharu imigresen yang akan menyaksi lebih 11 juta pendatang tanpa izin di negara ini dihantar pulang dengan segera.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pentadbiran Presiden AS mengeluarkan arahan baharu imigresen yang akan menyaksi lebih 11 juta pendatang tanpa izin di negara ini dihantar pulang dengan segera.

Tanpa mengubah undang-undang imigresen sedia ada negara ini, arahan itu memberi kuasa kepada anggota peronda sempadan dan pegawai imigresen untuk menghantar pulang pendatang yang ditahan secepat mungkin, dengan hanya memberikan pengecualian kepada kanak-kanak.

Pendatang tanpa dokumen sah ditahan kerana ke­salahan trafik atau mencuri juga akan dihantau pulang seperti mana mereka yang disabitkan dengan jenayah lebih serius.

Malah, mereka yang didakwa atau berpotensi berdepan tuduhan jenayah akan dihalau keluar dari negara ini.

“Dengan penge­cualian yang terhad, Jabatan Ke­selamatan Dalam Negeri menguatkuasakan arahan terhadap pendatang asing menerusi penguatkuasaan tanpa mengira kelas atau kategori mereka.

“Semua mereka yang melanggar undang-undang imigresen mungkin tertakluk kepada prosiding penguatkuasaan, terma­suk dikeluarkan dari AS,” kata Jabatan.

Selain tindakan drastik itu, Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, John Kelly turut mengarahkan tindakan segera bagi memulakan perancangan pembinaan tembok di sepanjang sempadan antara AS dengan Me­xico selain pengambilan 15,000 pegawai dalam agensi imigresen dan kastam.

Dalam perkembangan lain, Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International menyelar ucapan ‘retorik beracun’ yang buat oleh Donald Trump dalam kepimpinannya sehingga menyebabkan perpecahan dan menjadikan dunia semakin tidak selamat.

Dalam laporan tahunan meliputi 159 buah negara, pertubuhan tersebut menegaskan, prinsip kemanusiaan dan kesaksamaan telah diserang oleh ahli-ahli politik yang terlalu ghairah ingin mendapatkan sokongan, mengarahkan kenyataan itu kepada Trump yang mengambil alih jawatan pada 20 Januari lalu.

Badan tersebut turut mengecam dasar luar pemmpin itu yang dilihat mampu menjejaskan kerjasama pelbagai pihak selain menyebabkan ketidakstabilan yang lebih ketara.

“Kempen retorik beracun Trump telah mencipta satu trend global ke arah politik kebencian dan perpecahan.

“Dunia telah menjadi gelap dan semakin tidak stabil dengan peningkatan kenyataan berunsur kebencian yang menyasarkan golongan pelarian di seluruh Eropah dan AS,” tegas Amnesty dalam kenyataan yang dikeluarkan di Paris. – REUTERS


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky