3 Terbunuh, 1 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Sebuah Sekolah California

3 Terbunuh, 1 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Sebuah Sekolah California

Tiga orang dilaporkan terbunuh dan seorang lagi mengalami kecederaan di dalam sebuah insiden tembakan di sebuah sekolah yang terletak di San Bernardino, California.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tiga orang dilaporkan terbunuh dan seorang lagi mengalami kecederaan di dalam sebuah insiden tembakan di sebuah sekolah yang terletak di San Bernardino, California.

Insiden itu berlaku pada hari Isnin di Sekolah Rendah North Park apabila seorang lelaki menembak mati seorang guru wanita yang kemudiannya disahkan sebagai isterinya sendiri. Penyerang juga mencederakan dua orang kanak-kanak sebelum membunuh dirinya sendiri.

Salah seorang daripada kanak-kanak itu kemudiannya menemui ajal berikutan kecederaan yang dialaminya. Mangsa yang lain dilaporkan kini berada di dalam keadaan kritikal.

"Insiden ini disifatkan sebagai kes bunuh/bunuh diri dengan kedua-dua orang dewasa mengalami kecederaan yang membawa maut. Mangsa lelaki mengalami trauma yang diakibatkan oleh tembakan diri sendiri," kata leftenan Mike Madden dari Jabatan Polis San Bernardino.

Penyerang itu dikenalpasti sebagai Cedric Anderson dan isterinya pula bernama Karen Elaine Smith. Kedua-dua mereka berusia 53 tahun. Mereka dilaporkan pernah berkahwin untuk beberapa ketika sebelum bercerai sejak sebulan setengah yang lalu.

Sekitar 15 pelajar berada di dalam kelas itu bersama-sama dengan 2 orang guru ketika Anderson memasuki bilik tersebut. Penyerang memperolehi akses ke dalam kelas tersebut apabila dia memberitahu pihak sekolah bahawa dia mahu "meninggalkan sesuatu untuk isterinya."

Polis memberitahu bahawa kanak-kanak bukanlah sasaran utama penyerang. Akan tetapi mereka mengalami kecederaan kerana berada terlalu dekat dengan mangsa wanita yang terbunuh.

Berikutan insiden itu, para pelajar dibawa ke sekolah lain oleh pihak yang terlibat di atas tujuan keselamatan.

San Bernardino pernah mencuri perhatian dunia sebelum ini apabila sepasang suami isteri melepaskan tembakan rambang yang membunuh 14 orang dan mencederakan 21 yang lain, Kejadian itu berlaku pada 2 Disember tahun 2015.

Tashfeen Malik, 27 tahun dan suaminya Syed Rizwan Farook, 28 tahun menyerang sebuah pesta keramaian tahun baharu di San Bernardino sekaligus membunuh para mangsa dan mencederakan yang lain. Beberapa jam kemudia, kedua-dua mereka terbunuh selepas berbalas tembakan dengan pihak polis. Kumpulan pengganas Takfiri Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas insiden itu.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini