58 Peratus Warga A.S Malu Dengan Presiden Donald Trump

58 Peratus Warga A.S Malu Dengan Presiden Donald Trump

Menurut sebuah bancian, majoriti rakyat Amerika Syarikat merasa malu dengan pentadbiran Presiden Donald Trump.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut sebuah bancian, majoriti rakyat Amerika Syarikat merasa malu dengan pentadbiran Presiden Donald Trump.

58 peratus peserta sebuah bancian menggunakan perkataan "memalukan" untuk menggambarkan perasaan mereka berhubung prestasi Presiden Donald Trump. Bancian McClatchy-Marist itu dikeluarkan pada hari Khamis semalam.

Hanya 33 peratus responden sahaja yang mengatakan mereka bangga dengan tindakan yang diambil oleh pentadbiran tersebut sejak mereka memegang tampuk kekuasaan di Rumah Putih.

Selain daripada itu, sekitar 49 peratus responden mengatakan mereka tidak berpuas hati dengan prestasi Trump setakat ini. 41 peratus yang lain pula mengatakan bahawa mereka berpuas hati terhadap pentadbiran itu.

Di dalam sebuah laporan yang lain, Universiti Quinnipiac mengeluarkan keputusan sebuah bancian berhubung kadar penerimaan warga A.S terhadap pentadbiran Trump pada hari Rabu. Menurut bancian itu, hanya 38 peratus peserta bancian menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan pentadbiran Trump.

"Populariti Presiden Trump tenggelam seperti batu (tenggelam di dalam air)," kata Tim Malloy yang merupakan pembantu pengarah di Universiti tersebut.

"Beliau dikecam berhubung kejujuran, empati, kemampuan membuat keputusan dan menyatukan (populasi). Di dalam masa yang sama, (tahap kepercayaan rakyat terhadap) dua kekuatan beliau; kepimpinan dan kebijaksanaan semakin memudar," tambahnya.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky