6 Ditahan Dan Seorang Cedera Di Dalam Protes Ke Atas Serangan A.S Di Florida

6 Ditahan Dan Seorang Cedera Di Dalam Protes Ke Atas Serangan A.S Di Florida

Sejumlah enam orang ditahan dan seorang lagi dibawa ke hospital akibat daripada pertembungan yang tercetus di antara para penunjuk perasaan di Jacksonville, Florida. Tunjuk perasaan itu dianjurkan untuk mengecam tindakan ketenteraan A.S ke atas Syria, lapor media tempatan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sejumlah enam orang ditahan dan seorang lagi dibawa ke hospital akibat daripada pertembungan yang tercetus di antara para penunjuk perasaan di Jacksonville, Florida. Tunjuk perasaan itu dianjurkan untuk mengecam tindakan ketenteraan A.S ke atas Syria, lapor media tempatan.

Tunjuk perasaan damai pada hari Jumaat yang dianjurkan dalam rangka memprotes tindakan kekerasan A.S ke atas Syria bertukar menjadi ganas apabila pihak yang berbeza pendapat saling bertelagah di antara satu sama lain. Perkara ini menyebabkan penahanan enam orang, lapor Florida Times.

Menurut Pejabat Syerif Jacksonville, sekitar 100-200 penunjuk perasaan telah menyertai program tersebut.

Sementara itu, ratusan manusia telah menyertai tunjuk perasaan yang serupa di beberapa daerah di New York pada petang Jumaat. Mereka membantah tindakan A.S menyerang pangkalan udara al-Sha'irat.

A.S melancarkan 59 buah peluru berpandu Tomahawk ke atas pangkalan udara al-Sha'irat yang terletak berdekatan Homs pada lewat hari Khamis. Presiden Trump mendakwa bahawa serangan itu adalah tindak balas Washington berikutan dakwaan bahawa Assad menggunakan senjata kimia ke atas Idlib.

Para pegawai A.S tidak membekalkan sebarang bukti untuk menunjukkan bahawa Damsyik telah melancarkan serangan kimia ke atas Idlib. Di dalam masa yang sama, pentadbiran Presiden Assad dengan mutlak menolak tuduhan itu sambil mengatakan bahawa penggunaan senjata kimia sama sekali tidak akan menguntungkan mereka.

Rusia pula menganggap tindakan unilateral dan terburu-buru A.S itu sebagai sebuah tindakan kekerasan dan pencabulan ke atas sebuah negara ahli anggota PBB.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini