A.S Kenakan Sekatan Terbaharu Ke Atas Iran

A.S Kenakan Sekatan Terbaharu Ke Atas Iran

Amerika Syarikat telah mengumumkan sekatan ekonomi terbaharu terhadap 11 individu dan syarikat dari Iran yang dituduh oleh Washington menyokong Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) atau terlibat dalam serangan siber ke atas institusi kewangan A.S.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat telah mengumumkan sekatan ekonomi terbaharu terhadap 11 individu dan syarikat dari Iran yang dituduh oleh Washington menyokong Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) atau terlibat dalam serangan siber ke atas institusi kewangan A.S. Akan tetapi, pentadbiran Presiden Trump telah memutuskan untuk mengecualikan Iran daripada sebarang sekatan berkaitan program nuklear Tehran.

"(Jabatan) Perbendaharaan akan terus mengambil tindakan tegas di dalam menghadapi provokasi Iran dan perkara itu merangkumi sokongan (mereka) buat Angkatan IRGC-Quds, para pengganas serta pelampau, kempen kekerasan yang sedang berlangsung di Syria dan serangan siber yang bertujuan untuk mengganggu kestabilan sistem kewangan A.S," kata Setiausaha Jabatan Perbendaharaan Steven Mnuchin dalam satu kenyataan pada hari Khamis.

Sekatan terbaru itu menyasarkan sebuah syarikat kejuruteraan, dua syarikat pengangkutan udara dan sebuah syarikat IT yang dituduh melakukan serangan penolakan perkhidmatan (denial-of-service) ke atas sekurang-kurangnya sembilan institusi kewangan Amerika Syarikat termasuk bank-bank utama dan bursa saham di antara tahun 2011 dan 2012.

Sekatan itu membekukan setiap aset yang dimiliki oleh individu dan syarikat tersebut di A.S. Di dalam masa yang sama, sekatan itu turut melarang warga Amerika Syarikat dan mereka yang menetap di sana daripada berurusniaga dengan mereka. Larangan yang sama turut diberikan kepada kesemua syarikat A.S yang mempunyai kepentingan dengan mereka. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky